Thursday, March 29, 2012

diluar kotak fikiran

 google

Kadang-kadang saya selalu berfikir sehingga diluar kotak fikiran. Ada bagus dan ada tak bagus. Yang bagusnya ialah otak kita berjalan, yang tak bagusnya pulak, kadang-kadang bila selalu fikir kita akan jadi tension. Orang selalu kata jadilah manusia yg sentiasa positif. Yup. Betul tu. Tapi kalau tiba-tiba jadi sesuatu yang negatif, apa kita patut buat?

Sebab itu saya selalu fikir hingga diluar kotak fikiran. Kadang-kadang benda tu tak patut difikirkan pun, tapi bagi saya, saya kena fikir, lagi-lagi benda yg berkaitan dengan masa depan atau orang yg kita sayang seperti ahli keluarga, suami, anak-anak etc.

Contoh benda yang saya selalu fikir (fikir....bukan doa) ialah apa akan jadi pada diri aku kalau tiba-tiba aku keseorangan? Sekarang memang tengah berdua, ada orang jaga, ada orang sayang...tapi kalau tiba-tiba benda tu semua hilang sekelip mata, apa jadi pada diri aku? apa jadi pada anak aku? owh...mintak-mintak Allah jauhkan segala yang buruk.

Kenapa saya selalu fikir benda macam tu? Sebab saya dah alami 3 kali mimpi buruk. Mimpi yang membuatkan saya rasa nak menangis. Kenapa aku mimpi macam tu? takde ke mimpi yang happy-happy atau boleh buat aku ketawa lepas terjaga dari tidur? kenapa aku mimpi benda yang buat dada aku sesak?

Mungkin mimpi tu nak memberi amaran atau peringatan untuk diri saya supaya sentiasa memperbaiki diri dari sehari ke sehari. Kalau tak kerana mimpi tu, mungkin saya tak terfikir hingga diluar kotak fikiran.

Sama juga dengan gangguan-gangguan luar. Contohnya, orang stalk kita, add di fb tapi bukan nak jadi kawan, tapi nak jadi stalker, nak mengintip, nak tengok saya berdua ni bahagia ke, happy ke. Orang-orang macam tu dah selamat aku delete.

Betul mak kata, tak semua orang suka kita. Kalau suka pun hanya depan-depan, belakang belum tentu. Kena sentiasa berhati-hati dan pandai jaga diri. Baca ayatul Kursi setiap kali keluar melangkah dari rumah, bawa kereta atau kemana-mana saja. Itu saja lah pelindung yang aku harapkan, hanya pada Dia yang satu.

Wednesday, March 28, 2012

saya rasa..

  • Kadang-kadang saya rasa macam nak tutup je blog ni.
  • Saya dah pandai pakai skirt labuh. Dalam situasi sekarang, pakai skirt labuh atau baju kurung lebih selesa daripada pakai seluar.
  • Saya sibuk mencari produk penjagaan muka baru yg sesuai dengan kulit
  • Saya rindu nak berhiking macam dulu tapi rasanya harus dilupakan....mungkin utk selamanya.
  • Saya rasa cepat mengah kalau banyak berjalan, cepat kenyang walaupun baru makan sikit dan kadang-kadang tak tahu nak makan apa.
  • Kalau nak bagi terbuka selera, saya kena makan ulam, ikan masin atau ikan pekasam dan sedikit sambal belacan. Sungguh melayu tekak ni.
  • Saya sedang berjinak-jinak buat kraf yg entah apa-apa, janji happy walaupun hasilnya agak huduhhhh.
  • Fikiran mudah terganggu dengan perkara-perkara yg entah apa-apa, walaupun perkara tu kecik tapi selalu memikirkannya.
  • Dalam situasi sekarang, shopping online lebih menyeronokkan daripada nak berjalan dalam mall. Click here, click there, barang dah sampai depan mata.

Friday, March 23, 2012

my pregnancy journal - week 9

Atas sebab-sebab tertentu, saya delete gambar yg saya attach sebelum ni.


Dear baby,

You are growing 9 weeks in my tummy now. Your father and I went to the clinic yesterday to make my first check-up for you. We have decided to choose Klinik Kesihatan Presint 3, Putrajaya. Why we choose to go there? There are 3 reasons:

1) This clinic take only 5-10 minutes from our home.
2) Not so crowded with other peoples and I feel so comfy.
3) It's free of charge.

Nurse have to make check-up on my breast, blood pressure, height and my weight. Then, I went into the doctor's office to make other check-up. Guess what? That's a scanning...scanning you. I am so excited.

Luckily, my health is good, and you too. Nurse said, please eat more fish and vege, drink milk or horlick. Dont take nescafe or tea. Reduce fastfood. Reduce fastfood doesn't mean I can't eat Mc.D or KFC, I still can take the food, but in a small amount.

Will updated more about you later.

Wednesday, March 21, 2012

Monday, March 19, 2012

tekak dah buat hal

Saya rasa tekak ni dah mula nak mengada-ngada. Dah mula memilih makanan. Sebelum ni dengan bangganya saya boleh makan apa saja. Tapi semenjak dua menjak ni, tekak dah mula tak menentu. Nak makan ikan masin (oh sangat mengada), nak makan yg pedas sikit (tapi bukan pedas sangat sebab saya dah tak mau makan pedas) dan....ermm...nak yang masam sikit. Fuh....baru saya tau apakah itu erti mengandung.

Kalau makan something yg manis, sure saya rasa loya. Cthnya...lauk sweet sour atau apa-apa yang diletak sos. Sos kan ada rasa manis. Confirm...saya telan tanpa rela. Tapi cuba bagi ikan masin atau ikan pekasam....aduhhh...ratah macam tu pun boleh.

Tekak ohhh tekak....jangan buat hal boleh tak...

bunga dulu, api kemudian

Dulu jemari ni suka memetik button kamera, snap sana, snap sini. Bila gambar yg diambil tak menjadi....rasa nak marah. Walaupun macam tu, jari ni tetap tak jemu-jemu amek gambar, paling suka amek gambar bunga. Bunga yg saya amek hanya bunga-bunga tepi jalan, kalau orang lain bunga-bunga kecik tepi jalan tu diaorang pijak-pijak je, tapi saya tengok bunga tu dari sudut seni....wahhh gitu. Seni sangat la. Balik umah, transfer semua gambar bunga...bukan banyak pun. Edit mana yg patut. Hasilnya, walaupun saya tak profesional, tapi boleh laaa kan...

Ada orang mintak saya amek gambar api. Fuh...mencabar ni. Belum pernah amek gambar api. Sure saya kena berlari pegi kedai beli lilin semata-mata nak amek gambar api. Amek gambar api dapur bleh tak? Api jugak tu. Kihkihkih.

Takpe, akan saya usahakan.

Gambar api ok, gambar api.

Wednesday, March 14, 2012

culik, bunuh, bakor

Sekarang ni kes culik kanak-kanak dah kembali aktif. Ada yang culik sebab nak jual budak tu, lepas tu belah badan diaorang amek segala organ. Ada pulak kes terbaru culik sebab nak balas dendam. Macam kes terbaru adik Nurul Nadirah Abdullah, orang yg menculik tu adalah jiran sendiri, bermotifkan dendam pada neneknya.

Apa la dosa budak kecil berusia 5 tahun yang tak tahu apa-apa diculik, kemudian dibunuh dan dibakar. Saya terperasan, sejak kes bunuh dan bakar Allahyarham Sosilawati dulu, ada orang tiru buat benda yg sama. Culik, bunuh, bakar...dengan harapan nak tutup bahan bukti. Tapi Allah tu kan maha Agung, sorok macam mana pun, bakar macam mana pun, tetap Allah tunjukkan depan mata. Tak boleh lari punya.

Sekarang ni senang je nak balas dendam......bunuh, lepas tu bakar. Macam bakar ayam. Kerana marahkan nyamuk, kelambu habis dibakar. Kes adik Nurul Nadira ni, kerana marahkan neneknya, cucu yg dibakar hangus. Mesti setan-setan sekeliling bersorak gembira, bagi pingat kebesaran kepada si pembunuh kejam tu sebab berjaya buat dosa besar. Syabas meri beti....kata setan beramai-ramai. Lepas ni kita goda lagi anak cucu cicit adam supaya tiru perangai ko....culik, bunuh, bakor...kita bakor je...kita bakor...

Tadi baca blog ini , terima kasih Aja kerana memberi link blog ni. Saya ada terbaca pasal Qisas. Kalau di Mekah atau Madinah....yang membunuh akan dibalas dengan bunuh. Itu lah Qisas. Seram pulak baca pasal hukuman pancung dikhalayak ramai....disaksikan oleh ratusan manusia dengan harapan supaya tidak ada diantara kita berani melakukan kesalahan serupa. Itu adalah hukuman dari Allah.

Alfatihah untuk adik Nurul Nadira, syurga lah tempat kamu!

ikan masin

google

Dua tiga menjak ni selera saya tertumpu kepada ikan masin. Dulu, ikan masin bukan lah menu kegemaran atau pilihan utama. Tapi tak tau lah kenapa tekak ni berubah, kalau tak ada ikan masin memang tak ada selera nak makan.

Bermulanya kisah tersuka ikan masin ni....ahad lepas saya beli ubi. Rebus ubi, masak sambal tumis ikan bilis dan goreng ikan sepat masin. Bayangkan makan ubi rebus+sambal tumis ikan bilis+ikan sepat masin=nikmat tak terkata!

Lepas daripada peristiwa melantak ubi bersama sambal tumis dan ikan sepat masin, tekak ni sentiasa nak makan ikan masin. Ikan masin ok....bukan makanan masin terlebih letak garam...hanya ikan masin.

Tak bahaya ke selalu sangat makan ikan masin?

Thursday, March 8, 2012

my pregnancy journal - week 7

7 weeks
google

My baby is growing to 7 weeks. Disepanjang tempoh saya disahkan pregnant, saya belum pernah lagi mengalami loya atau muntah atau apa-apa alahan yang teruk macam orang lain. Kadang-kadang terfikir juga, kenapa aku tak muntah? tak loya? normal kah aku?

Normal...kata sorang kenalan. Alahan ni berbeza mengikut diri masing-masing. Saya patut bersyukur kerana saya masih mampu memandu kereta pagi-pagi buta untuk ke ofis dan melayan kerja-kerja atas meja ni walaupun kadang-kadang rasa pening dan penat. Salah satu alahan yang saya alami hanyalah pening, tapi pening tu memang sejak azali dah memang ada penyakit pening, jadi saya tak rasa pun benda tu satu bentuk alahan, sebab memang pening tu penyakit saya dari dulu.

Cuma yang betul-betul menguji saya ialah emosi. Saya akui seperti mana orang lain alami, emosi perempuan mengandung ni sangat sensitif. Bukan saja nak mengada-ngada, tapi benda tu automatik berubah. Saya memang sensitif dari dulu lagi, tapi bila pregnant perasaan sensitif tu bertambah. Saya cuma tenang-tenang aje dan motivate diri sendiri supaya jangan dilayan perasaan yang entah apa-apa tu. Kalau dilayan makin parah dan tak elok sebenarnya untuk kesihatan baby. Bak kata nasihat orang, waktu pregnant ni kena happy-happy, kena banyak senyum aje supaya baby pun nanti akan happy.

Satu benda yang saya suka waktu pregnant ialah saya boleh makan apa saja yang saya mahu tanpa memikirkan kegemukan. Tapi, saya jaga pemakanan saya, bukan makan sebarangan. Saya dah tak makan pedas walaupun kadang-kadang termakan juga, saya dah tak minum nescafe, kopi dan minuman bergas dan saya kurangkan makan fastfood.

Tekak ni kadang-kadang aneh untuk difahami. Perut lapar, bau lauk pauk sangat menyelerakan tapi apabila disuap untuk dikunyah dalam mulut, dia macam tak berselera, tapi kena makan juga untuk elakkan perut ni masuk angin. Owhh...sekarang tekak ini sangat teruja apabila tengok kek. Mengada betul.

Takpe, makan selagi boleh makan, nanti lepas 9 bulan diet semula.

^__^