Showing posts with label Unexpected things. Show all posts
Showing posts with label Unexpected things. Show all posts

Monday, February 19, 2018

Keras hati

Ramai orang rupanya keras hati, susah nak melafazkan perkataan maaf. Aku cakap sama husband aku, soal adik beradik tu, biarkan mereka dengan keputusan mereka, yang penting hubungan dengan Ma dan Abah baik.

Yang dikatakan 'adik beradik' hanya lah waktu kita kecik saja, waktu gonjeng-gonjeng comel-comel bergelak sakan. Bila masing-masing dah besar, mereka ada kehidupan sendiri, ada kerjaya sendiri. Mereka dah besar, tidak boleh diatur kehidupan mereka, malah tidak boleh 'ditegur' kalau melakukan kesilapan.

Menegur kesilapan mereka ibarat mengishtiharkan perang. Pusing-pusing, kita jugak yang disalahkan. Pusing-pusing, kita juga kena hentam.

Bila aku pandang Zhareef dan Rayqal...

Korang berdua ni akan kekal rapat sampai tua kah?

Harap-harap kekal lah.

Air dicincang tidak akan putus, tapi air batu boleh putus pecah berderai. Jangan jadi air batu, sedap diminum, tapi banyak kesan buruk.

Suatu hari, aku terdengar tazkirah dari Dato Fadzilah Kamsah di radio Sinar (ye aku dengar Sinar FM nakkk..).

"Yang dikatakan hubungan silaturrahim itu ialah hubungan sesama adik beradik. Kalau putus hubungan adik beradik bermakna kita dah putuskan hubungan silaturrahim"

"Hubungan dengan orang lain (contoh: dengan kawan-kawan), itu adalah ukhwah"

Fadzilah Kamsah ni macam tau-tau jer gelodak jiwa aku laki bini. Hehehe.



Wednesday, January 17, 2018

Anxiety

My current feeling after the death of my sister....
.
.
.
.
.
.
Anxiety.

Kalau orang lain ramai kena depression, aku pulak dilanda anxiety. Adakah ini berkait dengan mental? 

Atau mungkin aku masih belum move on diatas apa yang telah berlaku pada keluarga aku. Kematian adik secara mengejut membuatkan aku banyak berfikir tentang pelbagai perkara.

Tentang hidup masa sekarang..

Tentang hidup masa depan..

Apa akan jadi kalau tiba-tiba aku pulak yang mati?

Atau husband aku mati?

Anak-anak aku macam mana?

Kusut juga. 

Kalau dilayan perasaan ini boleh jadi tak tenteram hidup. Boleh jadi kurang siuman.

Banyak perkara yang bermain difikiran, tapi tak tahu nak luah macam mana. Memendam perasaan sorang-sorang adalah tidak bagus. Tapi nak bercerita pada teman bukan boleh sebarang cerita. Jadinya, aku biarkan perkara-perkara itu berlalu pergi. Sesekali ia datang mengetuk pintu hati, menerjah fikiran, tapi aku sibukkan diri, atau baca lah apa-apa ayat yang boleh menenangkan fikiran.

Sebenarnya aku tahu...

Allah nak kejutkan aku dari mimpi yang panjang, dari khayalan yang tak berkesudahan. DIA ambil adik aku bersebab. Dan sebenarnya, aku susah nak redha. Tak baikkan kalau kita tak redha. 


Hidup mesti terus.

Benarlah kata orang, seseorang yang ketawanya berlebihan diatas lawak yang kecil, sebenarnya dia dalam kesedihan. Aku selalu mengambil langkah mudah untuk menutup kesedihan dengan menonton cerita-cerita komedi.

Paling senang, aku buka cerita P.Ramlee. Aku pilih cerita yang lawak-lawak, yang boleh buat aku ketawa. Sekurang-kurangnya aku boleh lupa sekejap pada masalah. Boleh lupa sekejap pada anxiety aku ni.

Allah duga kita sebab Allah sayang kita.

Dan Allah duga kita diatas perkara yang kita mampu memikulnya.

Allah itu maha Adil.



Wednesday, November 22, 2017

Telefon awam

Semalam, macam biasa pukul 5.15pm aku balik. Di luar hujan lebat, nasib baik bawak payung. Terkedek-kedek lah aku berjalan ke Ampang Park nak naik train.

Tiba di Ampang Park (yang tak lama lagi bakal lenyap), aku seluk poket beg nak ambil kad touch n go. Eh, mana handphone aku? Oh no...where is my phone?

Gelabah siot handphone takde. Sesak nafas ok. Sah, handphone tertinggal di ofis.

Aku kena patah balik ke ofis??? What?? No, no,no.

Dah lah hujan, nak menapak semula ke ofis. WTF. Kan dah tercarut. Wait...aku carutkan diri sendiri sebab cuai. Lepas tu menyesal sebab mulut jahat, lalu aku beristighfar pula.

Maka, menapak lah semula ke ofis, kali ni bukan terkedek-kedek tapi laju macam kaki tak cecah tanah. Dalam hati berdoa moga-moga handphone aku ada di ofis.

Masuk ofis, yes, alhamdulillah, handphone aku ada molek je kedudukannya diatas meja. 

Ok, itu cerita pasal handphone tertinggal. Sebenarnya bukan itu yang aku nak sampaikan.

Hahahaa..

Yang sebenarnya, aku malas betul nak menapak semula ke ofis, kalau tak kerana memikirkan handphone itu penting, nak aje aku teruskan perjalanan balik rumah. Aku terfikir nak cari public phone, nak call salah sorang budak ofis mintak dia ambilkan telefon aku bawak turun bawah.

Wait, mana aku nak cari public phone zaman millenium ni??? Mana? mana?

Tak ada beb!! Tak ada!

Tapi , kalau ada public phone pun, mana aku nak ingat nombor telefon kawan-kawan aku? Semua tersimpan dalam memory telefon. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu, orang duk hafal nombor telefon sorang-sorang. Zaman dulu, siap ada buku telefon kecik, semua nombor telefon ada dalam buku tu.

Dan baru lah aku terfikir bahawa....

Betapa pentingnya public phone disaat-saat terdesak macam ni. 

Dan baru jugak aku terfikir bahawa penting juga kena hafal nombor telefon salah sorang kawan-kawan ofis, at least hafal lah satu nombor mereka.

Kesimpulan yang aku boleh buat:

Orang yang mencipta teknologi, otak mereka sentiasa berfungsi. Tapi, orang yang hanya tahu menggunakan teknologi macam aku ni, otak dah jarang berfungsi. Nak hafal nombor telefon pun payah.

Faham tak?




Monday, September 18, 2017

Melawat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Situasi yang sama macam minggu lepas bila keluar rumah tanpa arah tujuan. Kami memang suka buat ad hoc program. Aku macam biasa lah, kepala kosong. Tak sempat lah nak fikir mana nak pergi. Dan macam biasa, husband aku punya idea.

Mula-mula pegi makan dulu. Makan nasi ayam Mancongkam kat area Gombak.

Lepas tu, husband aku cakap, jom pegi melawat sekolah Tahfiz yang terbakar tu. Aku on jer, dan sebenarnya aku sangat suka dengan idea itu.

Jalan dikawasan perumahan menghala ke sekolah Tahfiz itu sesak teruk. Ramai umat datang melawat. Tengok kat waze, lagi 300 meter nak sampai, kami dah terkandas dalam kereta sebab jem menggila.

Husband aku cakap, pegi turun...jalan kaki. Kalau nak tunggu memang kematu bontot tak sampai-sampai. Aku turun, jalan kaki sorang-sorang. Husband aku dan anak-anak dalam kereta, bergerak slow2.

Keputusan turun dari kereta dan berjalan kaki adalah keputusan yang tepat. Sementara nak tunggu kereta husband aku sampai, banyak masa aku nak melawat kawasan sekitar sekolah dan snap gambar. Umat manusia sangat ramai, panas berdeting.

"Apa lah sangat panas matahari ini kalau nak dibandingkan dengan bahang kepanasan budak-budak tu terbakar"...aku cakap sendiri dalam hati.


Kawasan depan sekolah. Tak boleh masuk, hanya boleh melihat dan ambil gambar dari luar. Masa ni geng-geng motobike ramai berkumpul bawah khemah putih tu.

Tingkat 3 - kawasan yang terbakar teruk. Siapa-siapa yang tengok video semasa hari kebakaran pasti tak boleh lupa dengan bunyi jeritan anak-anak syurga ditingkap itu. Sayunya hati aku.

Tak terjangkau dek akal, kebakaran ini dilakukan oleh tangan seorang budak. 

Today's world is so scary when children murdered by another children.

 Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Aku ada seorang kawan yang tinggal di kuarters tentera tak jauh dari sekolah tahfiz ini. Menurutnya, sekolah ini adalah penempatan sementara untuk pelajar-pelajar tinggal dan belajar kerana sekolah yang sebenar dalam pembinaan.

Pada hari kejadian, kawan aku kebetulan terjaga dari tidur sebab baby dia menangis. Tak terfikir diluar sana ada kebakaran. Kebetulan dia jengah di sliding door, dan terkejut melihat api marak membakar sekolah tahfiz tu.

Dan dia pun pelik api marak begitu cepat. Dia dengar jeritan suara anak-anak tahfiz mintak tolong. Lepas itu, azan berkumandang walaupun waktu itu belum masuk waktu subuh. Azan dilaungkan untuk meredakan api, tapi menurut kawan aku, api semakin marak.

Dan...sedikit demi sedikit suara jeritan anak-anak itu senyap begitu sahaja.

Yer, dia terkesan dengan kejadian ini. Sangat terkesan. Jeritan suara itu terngiang-ngiang ditelinganya.


Antara yang hadir melawat sekolah tahfiz


Aku rasa ini lah awning tempat anak-anak tahfiz yang sempat terjun dari atas untuk menyelamatkan diri. Sebenarnya, sekolah ini bukanlah daif sangat. Binaannya dari konkrit, cuma silapnya cuma ada 1 pintu masuk dan keluar. Mungkin ada kelemahan lain dari segi keselamatan, tapi disebabkan kebakaran ini dirancang dengan begitu tak terlintas dek akal, dengan niat mahu menganiaya, anak-anak tahfiz terperangkap tak boleh keluar kerana pintu dikunci dari luar. Tong gas sengaja dibocorkan, dan ada tilam diletakkan di pintu.

Ada seorang baby dan kanak-kanak berusia dalam lingkungan 4 tahun, anak ustaz yang mengajar disitu semasa kebakaran, tapi mereka sempat diselamatkan oleh anak-anak tahfiz.

 Sepi

 Tangga menuju je masjid

 Peristiwa ini tidak akan luput dalam ingatan
Selamat jalan anak-anak syurga
Semoga berbahagia di negeri abadi

 Disini tersedia tabung derma untuk sesiapa sahaja yang sudi menghulurkan bantuan seikhlas hati

Bagi yang tidak berkesempatan datang, boleh menghulurkan bantuan secara online menggunakan akaun ini.


"Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq/sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, melainkan Allah akan menggantikannya dengan berlipat ganda"




Thursday, April 27, 2017

Persahabatan dan hutang

Bercakap dengan 2 orang kawan mengenai hutang dan sikap manusia. Aku belajar sesuatu.

Kawan 1 berkata: Julie, kawan-kawan kita dulu dah tak sama, dulu lain sekarang dah lain. Mereka dah berubah. Dulu memang baik, tapi bila masuk bab duit, perangai orang boleh berubah.

Kawan 2 berkata: Dalam persahabatan, kalau boleh elakkan pinjam meminjam. Susah macam mana pun, jangan pinjam duit dengan kawan baik sendiri, sebab at the end, akan timbul gaduh dan tak mustahil bermusuh.

Kalau setakat hutang 20-30 ringgit tak jadi hal. Aku pun selalu berhutang dengan kawan, dan kawan pun selalu berhutang dengan aku. Tapi kalau dah masuk jumlah ribu riban, puluh ribu...benda ni dah jadi perkara berat yang perlu kita ambil tindakan wajar. Tindakan itu pula perlu berhati-hati supaya pihak sana tak kecik hati. Susah kan permainan hutang ni. Nak minta hutang, kena karang ayat, kena cakap berlapik, kena fikir 10 kali. Aku bukan berfikir 10 kali, tapi aku dah berfikir dan menunggu selama 2 tahun.

Tapi, ini lah pengajaran untuk aku. Aku bercakap secara general, bukan nak aibkan sesiapa. Untuk peringatan bersama.

Jangan kerana hutang, persahabatan tercalar. Bergaduh dengan orang yang kita tak kenal dengan bergaduh dengan kawan yang kita dah kenal lama, perasaan sakit tu tak sama.

Bila kita terlalu berlembut, kita dipergunakan. Bila kita berkeras dan bertegas, orang kata kita tak ada hati perut. Kesimpulannya, kita ini nak jadi manusia yang macam mana lagi?

Penat kan jadi orang dewasa. Bestnya jadi bayi, tak payah fikir masalah pun. Tahu-tahu bangun tidur minum susu, lepas tu tidur balik, lepas tu bangun lagi, berak.

Hehehee...



Trend

Dah jadi trend barangkali, orang yang berhutang (penghutang) hidup gembira pergi bercuti, makan sedap tetapi tak ada langsung perasaan nak bayar hutang. Dah jadi trend juga orang yang memberi hutang (pemiutang) berasa malu dan segan nak mintak hutang sebab takut bergaduh dan bermusuh.

Kerana duit, hati manusia boleh berbolak balik, kawan boleh jadi musuh, adik beradik dan saudara mara boleh putus hubungan.

Ini lah bahana duit.

Ini lah bahana terlalu percayakan orang.

Ini lah bayaran untuk sebuah kepercayaan.


Friday, April 21, 2017

Pandang-pandang, jeling-jeling

Ada satu hal yang aku musykilkan dan hal ini sebenarnya aku tak suka.

Kalau aku keluar bawa anak-anak kecil yang mana sorang berusia 5 tahun sentiasa tak duduk diam, dan sorang lagi baru berusia 4 bulan yang sekejap-sekejap merengek nak susu, maka akan bergema lah suara mereka berdua seantero alam.

Contoh paling mudah. Si kecik aku Rayqal menangis nak susu. Lokasi ketika itu ialah didalam sebuah restoran. Aku akan mengambil masa sikit nak pakai nursing cover, buka zip/butang baju, amek Rayqal, pangku dan bagi dia susu. Tapi kita tak boleh expect baby itu akan terus senyap dan menghisap susu dengan diam. No.

Rayqal ni sama perangai macam abang dia, kalau dia nak susu, memang tak menyabor. Bila dia dah meraung, akan ada orang-orang sebelah jeling-jeling, pandang-pandang macam aku buat jenayah besar dalam restoran tu. Ada yang pandang siap sengih, sengih sebab aku aku tak tahu. Ada juga couple yang pandang, pastu bisik-bisik, pastu senyum.

Hello, aku buat salah besar ke? anak aku menangis nak susu je kot.

Kenapa mesti nak pandang macam aku buat salah?

Ini lah yang berlaku masa aku pergi Cameron Highland haritu. Aku cakap kat husband aku.

"Kenapa semua orang pandang macam kita ni buat salah besar? Rayqal menangis nak susu je, itu pun nak pandang. Apa mengganggu sangat ke suara budak menangis ni sampai nak bisik-bisik"

Bila kejadian macam tu, aku sebagai ibu yang nak handle anak akan rasa tak selesa. Tolong jangan pandang aku dengan pandangan seolah-olah aku bersalah dan tak patut bawa anak ke situ. Tunggu kau ada anak esok baru kau faham.

Sebab itu sekarang, bila aku berada di tempat orang ramai, kalau aku dengar dan nampak budak mengamuk atau menangis, seboleh-boleh aku tak nak tengok. Tengok sekilas je, pastu buat lah hal sendiri sebab aku faham perasaan ibu itu macam mana. Malu tau bila orang pandang dengan pandangan annoying macam tu.

Siapa suka anak mengamuk kan.



Thursday, April 20, 2017

Fibroid - Follow up check-up#1

3.3cm fibroids (dalam bulatan merah)


Semalam follow up check-up fibroid. Scan. Ingatkan habis mengandung takde scan-scan dah. Rupanya ada kena scan lagi. Nampak lah seketul ketumbuhan disitu. Fibroid itu ialah ketumbuhan daging yang berasal dari otot rahim tetapi ianya bukan kanser.

Aku bertanya doktor, macam mana fibroid itu boleh ada?
.
.
.
Genetik!

Ada beribu-ribu wanita diluar sana yang ada fibroid, dan tak sangka aku termasuk dalam beribu-ribu wanita itu.

Next check up ialah bulan oktober nanti. Ada kawan suggest makan makanan yang tinggi alkali untuk memusnahkan fibroids tersebut. Contoh makanan beralkali ialah lemon. Baru aku tahu lemon itu sejenis makanan beralkali. Aku sangkakan selama ni lemon berasid sebab ianya masam, kahkahkah.


Tuesday, April 4, 2017

1st entry 2017

Happy 2017. It's not too late to wish although its already April. :)

So what happen to me since last time (6 months ago) i left this blog bersawang?

Aku selamat melahirkan zuriat ke-2, baby lelaki dengan berat 3.6 kg melalui kaedah pembedahan. Sebenarnya aku konfiden datang hospital untuk bersalin secara normal, tapi apakan daya, kali ni berlaku sedikit komplikasi ketika bersalin. At the end, doktor decide aku terpaksa buat emergency czer due to fetal distress.

Masa bersalin aku tumpah darah 1.3 liter. Dan doktor baru dapat kesan yang aku sebenarnya ada fibroid. Tapi doktor tak boleh buang sebab takut lagi banyak bleeding, jadinya aku kena datang semula hospital 19 april nanti untuk check fibroid itu sama ada semakin mengecil atau membesar.

Aku dapat 3 suprise dalam 1 masa. Emergency czer, 1.3 liter blood lost,  dan fibroid. Suprise yang sebenarnya menyedarkan aku dari tidur lena bahawa kali ini proses bersalin aku adalah 50-50.

Baby aku lahir dengan wajah lebam kebiruan kerana dah lemas. Bayangkan kalau masa tu aku lambat dibedah, agak-agak apa jadi pada baby? Sepanjang mengandung, aku tak ada apa-apa masalah langsung, tup-tup nak bersalin ada kesusahan disitu. Tapi alhamdulillah, semua dah selamat. Baby aku pun dah hensem muka tak lebam dah.

Ahmad Zhafran Rayqal nama diberi. 

Ahmad - Yang terpuji
Zhafran - Kejayaan
Rayqal - Kekuatan

Selamat datang ke dunia yang fana Rayqal. Proses bersalin Rayqal terlalu sakit aku rasa, tak sama macam bersalinkan abang dia dulu. Macam kena lah dengan maksud nama Rayqal tu, Allah beri aku kekuatan untuk mengharunginya. Baru aku tahu macam mana rasa bila perut kena belah. Sebenarnya masa dalam bilik bedah, aku nampak melalui pantulan lampu doktor melapah perut aku. Cepat-cepat aku tutup mata taknak tengok.

Bersalin normal aku dah rasa, operate pun aku dah rasa. Ini adalah sejenis kenikmatan jika kita renung-renungkan. Blood lost dan fibroid adalah ujian, dan aku masih ada nafas.


Thank you Allah.






Friday, September 23, 2016

#prayfortehtarikandnescafesusu

Aku rasa agak kritikal bila sesebuah company itu dah mula cut cost macam-macam, bukan buang pekerja, tapi...cut cost air teh tarik dan nescafe susu.

Owh sedihnya.

Apa kata, daripada cut cost teh tarik dan nescafe susu, sila cut juga cost untuk hari sukan atau apa-apa event yang tak penting, event yang kalau tak buat pun, bukannya ada effect apa. Ke event-event tu termasuk sekali dalam KPI diaorang? Entah...

#prayforoilandgas
 

Thursday, October 29, 2015

hikmah jerebu




Jerebu bukan bala dari Allah, tapi satu kejadian merosakkan alam yang disebabkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri. Allah dah jadikan bumi ini cantik dah, lengkap dengan langit, awan, tanah, air, api...semuanya ada pelbagai kegunaan. Tapi kalau salah guna, ini lah akibatnya. Hampir 2 bulan sengsara menyedut udara jerebu.

Tapi pagi ini, langit biru, kualiti udara jauh lebih baik dari hari-hari sebelum ini. Harap-harap jerebu terus pergi dan jangan datang lagi.

Namun, dalam pada itu, banyak juga hikmah disebalik jerebu, antaranya:

- Kerana jerebu, kita tak keluar rumah, jadi dapat lah suami makan dengan isteri dan anak-anak. Kalau sebelum ni, mungkin susah atau jarang-jarang nak makan sama-sama. Tapi aku hari-hari makan sama-sama dgn suami dan anak, alhamdulillah.

- Sebab tak keluar rumah juga, satu keluarga dapat berkumpul, maka dapatlah si anak yang jarang-jarang dapat luangkan masa dgn mak ayah, dapat lah bermain dan bergurau sama-sama.

- Buat pelbagai aktiviti di rumah dengan anak. Contohnya, buat mainan DIY seperti buat jalanraya menggunakan tape, melukis dan mewarna dengan anak, buat bekas letak pen dengan kotak terbuang, jahit sarung bantal dengan t-shirt yang dah tak pakai...dan banyak lagi sebenarnya aktiviti yang boleh kita explore sepanjang terperap di rumah. Kalau tak sebelum ni, asal weekend je mesti keluar jalan-jalan.

- Tengok tv, layan movie puas-puas kat rumah. Anak aku pulak...layan kartun sampai lebam.

- Mencuba menu masakan baru. Hahaa...menjadi ke tak, belakang kira. Ye la, nak makan kat luar macam tak selesa dgn jerebu, so masak lah lebih baik, lagipun sekarang ada wabak demam kepialu kan.

- Kerana jerebu, aku lebih menghargai langit biru. Teruja nampak sunrise/sunset. Rasa nak lompat-lompat. Nampak matahari macam dapat duit menang loteri, excited tak terkata. Nampak tak...Tuhan cuma kaburkan alam 2 bulan je, 2 bulan tak nampak matahari dan langit biru. Tu pun kita dah rasa terseksa.


Tapi...ada tapinya juga...

Musim-musim jerebu, jemur baju bau asap, angkat jemuran letak dalam bakul...dah bertimbun dah macam gunung datuk dah aku tengok...



Bila nak lipat baju ni????





Thursday, June 4, 2015

hati kotor



Gambar ni aku dapat dari kawan di fb. Dia ni buat bisnes jual tudung di Giant Batu Cave. Staf dia jumpa 'something' dekat booth dia.

Korang rasa apa?

Bongok kan, main ilmu-ilmu hitam pulak.

Tolong lah faham konsep rezeki yang Allah bagi. Nak rezeki lebih, kena usaha lebih, disamping tu berdoa juga, bukan letak benda karut marut ni dalam kedai orang.

Rezeki ada dimana-mana. Berniagalah dengan tenang yer. Persaingan dalam perniagaan itu perkara biasa, tapi rezeki tu tetap ada.

Aku rimas betul dengan orang sekeliling yang suka guna ilmu hitam, terutamanya dalam perniagaan.

Bersihkan sikit hati tu.