Thursday, August 22, 2013

sedih dan merepek

Cerita 1:
Takziah dan bertabahlah kepada mangsa kemalangan bas jatuh gaung di Genting Highland. Antara kemalangan terburuk aku rasa. It's also to remind us to always pray/doa to Allah. Berhati-hati dijalanraya.

Cerita 2:
Hantaran Kahwin. Dengar pagi tadi di Era FM. Ketawa sorang-sorang sambil memandu dalam kesesakan. Topik yang saban tahun jadi perbualan. Ada seorang perempuan telefon Era bagitahu umur dia 36 tahun, ada boyfriend tapi boyfriend dia kerja biasa-biasa je. Masalah yang dia hadapi ialah mak dia letak hantaran kawen 20k, dengan alasan anak perempuan dia ada ijazah, hidung mancung dan cute.

What kind of business is it?

Kesian perempuan tu, sampai tua la tak kawen bila urusan perkahwinan yang mudah dijadikan urusniaga.

Bak kata Johan kepada perempuan tu dengan nada bergurau tetapi sinis:
Awak ada facebook tak? saya nak add, nak tengok se cute mana awak ni...hehehe.

Bukan salah perempuan tu sebenarnya sebab dia sendiri risau dengan apa yang mak dia buat. Aku pun bersimpati. Nasib baik lah perempuan tu jenis ada akal fikiran. Kalau kena perempuan kepala ting tong sket, mesti dah ajak boyfriend dia kawen lari kat Golok. Tu kalau diaorang kawen, kalau tak kawen, buat maksiat? Mak bapak lah yang kena menjawab.

Dunia oh dunia.




7 comments:

t.a.t.a said...

20K tu untuk apa sebenarnya? Nak buat majlis grand ke? Buat kenduri biasa sudah la. Kenduri tu kan cuma sebagai tanda memberitahu yang anak ini dah kawin. Tak perlu la buat besaran sgt. Kang smp tua anak tu tak kawen kang.

Majlis akad nikah idaman aku adalah di pejabat agama.

cinta said...

masa single dulu ayah saya pesan, mintak sikit udah le, jgn susahkan org. Mak pn sependapat. Best kan?

SuzieLAWAti said...

harga di beri dan harga mintak sama banyak... tapi harta tak ternilai semua hak milik kekal ...

(lantaklah klu ko x paham... ;p..)

Dr Singa said...

kenapa mesti Golok eh...?
Singapura tak boleh?
Bangkok ke..?

Julie Shahril said...

tata: ntah la xtau nk buat apa..nk buat majlis kat hotel agaknya..

siti: bgus la tu, hantaran kena berpada2..

cpl: mmg tak paham pon... pening

kakizat: sbb golok tmpt paling senang nak kawen dlm dunia...bkn org mesia je kawen kat sana..org dri london pon ado..dgn alasan, senang! hehe

Dr Singa said...

Golok senang... Ada Wali yang sah pun boleh guna wali hakim.... Luar kawasan lah konon....saksi pun ada disediakan...

Julie Shahril said...

kakizat: nk wat mcm mne kak...dah x mampu nk bg hntaran 20k...trpaksa la guna jln paling mudah...huhuuu