Showing posts with label story. Show all posts
Showing posts with label story. Show all posts

Wednesday, April 20, 2016

obses Boboiboy


Budak kecik ni dah semakin obses dengan kartun Boboiboy, lagi-lagi lepas aku bawak dia menonton movie Boboiboy di pawagam bulan lepas. Itulah pertama kali aku bawak dia tengok wayang, selama ni aku tak konfiden, takut dia buat perangai.

Di rumah, hari-hari wajib tengok Boboiboy, dari pagi sampai petang. Bapak dia pergi copy cerita tu masukkan dalam external hardisk, ada banyak episod. Jadi, boleh bayangkan tak dari pagi sampai petang dia conquer tv...muntah hijau aku hari-hari tengok Boboiboy.

Tapi, cerita ni ada bagusnya, ada banyak pengajaran. Kisah hormat orang tua, hormatkan ibubapa walaupun jalan hidup kita dan ibubapa tak sehaluan.

Tapi watak yang aku suka dalam cerita ni ialah watak Papa Zola. Papa Zola ni cikgu kat sekolah Boboiboy. Kejap jadi cikgu Matematik, kejap jadi cikgu PJ pulak.

Cikgu Papa Zola berasal dari dunia game, isteri cikgu Papa Zola terperangkap dalam dunia game sejak 15 tahun yang lepas. Cikgu Papa Zola suka buat exam Maths secara mengejut, dan soalan-soalan Maths dia memang tak masuk akal.

Contoh soalan Maths cikgu Papa Zola:

Soalan 1. 
Cikgu ada 5 biji epal. Kamu mintak 4 biji, berapa biji epal kah yang tinggal?

Jawapan semua murid: 1 biji cikgu.

Jawapan cikgu Papa Zola: Salah. Bukan 1 biji. Jawapan sebenar ialah 5 biji. Reasonnya, memang cikgu ada 5 biji epal, kamu mintak 4 biji, tetapi kamu mintak tak semestinya cikgu akan bagi. So, cikgu masih ada lagi 5 biji epal. Hahaha.

Semua murid pengsan dengar jawapan cikgu Papa Zola.

Soalan 2. 
Papa Zola adalah seorang pemandu bas. Dalam perjalanan, dalam bas ada 100 orang penumpang. Di pertengahan jalan, 40 penumpang turun. Kemudian, 20 penumpang lain naik. Soalannya, berapakah umur driver bas tersebut?

Pengsan lagi!

Haa...aku pun berdekah-dekah ketawa tengok cerita ni. Tu belum lagi kisah Adudu yang berusaha untuk jadi baik walaupun dihalang oleh ibunya, alien yang jahat. Bila aku layan cerita ni lama-lama, banyak memberi impak positif sebenarnya. Tak hairan lah movie Boboiboy pecah panggung. Tahniah kepada si pencipta semua watak-watak dan jalan cerita Boboiboy.

"Tolong la mama, Adudu nak jadi baik, Adudu taknak jadi jahat lagi", kata Adudu kepada ibunya.

"Mana boleh, kau tak boleh jadi baik. Belum ada lagi ahli keluarga kita yang baik, paling baik pun pakcik kau, tu pun dia pengasas kumpulan kejahatan", balas ibu Adudu.

Kihkihkih.

 Zhareef dengan topi Boboiboy nya...
Ni muka dia lepas aku marah dia sebab dia taknak balik, nak main lagi..



Friday, November 28, 2014

Gangsterism

Kisah 1

Beberapa bulan lepas aku, zhareef, bapak zhareef dan seorang officemate bapak zhareef berada di satu kawasan di Cheras. Malam. Hujan tapi tak lebat. Ada urusan yang harus kami selesaikan. Kawasan itu memang crowded, jalan sempit sebab kereta parking kat tepi-tepi jalan.

Aku lalu satu lorong kecik belakang bangunan. Jalan tu one way.  Dah hampir di penghujung jalan, ada satu kereta Myvi hitam masuk. Ok, aku dah kata jalan tu one way, sepatutnya kereta Myvi hitam tu tak boleh masuk, atau kalau dia nak masuk jugak dia kena reverse balik sebab kereta aku nak keluar.

Apa yang jadi?

Driver tu bukak tingkap keluarkan tangan suruh kami berundur. Ok, aku dah berada hampir di penghujung jalan, jalau pertengahan jalan boleh maaf lagi. Kawan husband aku cakap, takpe undur je. Maka berundur la kami ke belakang sebab Myvi hitam tu tak nak mengalah.

That is gangsterism.

Kisah 2

Semalam, balik kerja aku, zhareef dan bapak zhareef pergi ke kawasan Jalan Pasar. Aku tak ingat lah which area tapi memang black area. Haha. Kalau tak kerana ada hal, takde maknanya aku nak pergi tempat macam tu. Kami menunggu seseorang. Park kereta di tempat parking yang betul dan tunggu.

Beberapa minit kemudian, orang yang kami tunggu pun sampai. Ok, kami pun nak gerak balik. Tiba-tiba datang seorang minah India mintak bayar duit parking rm3. Dengan muka tak bersalahnya dia suruh bayar. Husband aku pun pertikaikan balik, apa pulak nak bayar-bayar parking ni? Kalau hari siang logik la, ni dah malam. Minah India tu tak puas hati, terus nak melenting. Husband aku malas nak layan, start enjin terus blah. India tu terus bebel sorang-sorang sambil mata dia merenung tajam.

That is gangsterism.

Apa lah sangat bayar parking rm3 tu, tapi untuk apa nak meng 'kaya'kan gangster? Minah India tu berani melenting macam tu sebab ada geng-geng dia yang duk perhati kat kawasan tu. 

Sapa penah tonton filem KL Gangster? Filem itu sebenarnya memang ada realitinya. Kehidupan macam itu memang wujud. Seorang ketua akan jaga satu kawasan, ada kuli-kuli dia akan buat kerja. Salah satu kerja kuli dia yang macam minah India tu lah, paw orang suruh bayar duit parking, seolah-olah kawasan parking tu tanah dia.

Aku jadi takut bila memikirkan masalah gangster ni. Aku perhatikan kawasan sekeliling, memang menakutkan untuk membesarkan anak. Syukur lah aku tidak tinggal di kawasan sebegitu.

Aku tanya husband aku, sampai bila gangster-gangster kat KL ni nak dibiarkan macam ni? takde satu tindakan ke yang perlu dibuat?

Polis?

Entah. Susah nak cakap. Sebenarnya sensitif nak cakap. Tak payah cakap lah.





Wednesday, November 6, 2013

skodeng


Teka ni rumah sapa? hehe ini lah rumah si tuan kucing jiran aku tu. Macam jahat pulak gi curi amek gamba rumah dia. Rumah dia ni tingkat 4, rumah aku tingkat 5, betul-betul atas rumah dia. Ruang tu kat bahagian dapur, tempat sidai baju. Kat situ jugak dia letak kucing-kucing dia.

Actually 2-3 hari lepas, aku saja nak intai kat rumah dia. Nak tengok ada tak kucing, dan dengan niat nak amek gambar untuk jadikan bukti. Maklum lah BPH kata diaorang tak boleh amek tindakan sewenang-wenangnya sebab takde bukti. Cik jah, bukti tu tak akan datang tergolek-golek depan pintu ofis korang kalau korang tak datang sendiri dan skodeng. Oleh kerana korang tak nak bertindak, meh la aku bertindak sendiri. 

Masa tengah skodeng-skodeng tu, mulut aku ni kecoh bercakap.."mana kucing..mana kucing..nak tengok gak"

Tup-tup kebetulan keluarlah si tuan kucing kat situ, aku rasa dia dengar kot suara merdu aku cakap pasal kucing. Aku pun masuk dalam rumah semula. Husband aku kata kenapa tak amek gambar, snap je gambar kucing dengan gambar tuan kucing tu skali, pastu gi BPH tunjuk kat pegawai-pegawai kat situ. Aku suruh adik aku keluar amek gambar. 

Hahh..dan-dan tu lah dia angkut kucing-kucing dia bawak masuk dalam rumah. Takut agaknya sebab dia dengar suara aku duk cakap pasal kucing. Tak sempat lah adik aku nak snap gambar kucing-kucing dia tu. Hampa juga.

Kesan dari tindakan aku tu, sampai hari ni aku dah tak bau kucing. Yes, udara ada sikit segar dari biasa, dah takde bau busuk taik kucing, aku sidai baju pun aman bahagia je, takde bau busuk melekat kat baju.

Aku bukak tingkap depan pun takde bau kucing. Ho..ho..hoo..hoooreeyyyy.

Macam tu rupanya nak gertak dia. Cakap elok-elok buat bodoh je. BPH bagi warning pun dia buat keras je. Hahh..sapa-sapa yang ada jiran selfish macam ni elok lah kita buat kecoh sket. Bukan kecoh apa, biar dia dengar sendiri suara org keliling yang tak selesa dengan apa yang dia buat. Aku tak tau kemana dia angkut kucing-kucing dia tu tapi memang 2-3 hari ni udara sangat clean.

Tau pun takut. Duduk kuarters kerajaan tak boleh bela binatang, kalau nak bela setakat ikan gappy takpe la jah. Ikan gappy bukan mengganggu hidup korang pun. Dan kalau nak bela stakat sekor kucing aku rasa takde masalah asalkan pandai-pandai kau jaga kebersihan. Ini tak, bela tau, jaga kebersihan tak tau.

Tapi kan, aku risau jugak berapa lama udara yang clean ni mampu bertahan. Kot-kot nanti dia buat hal lagi. Kalau dia buat lagi aku tau la nak buat macam mana. Kadang-kadang, bila orang berhati batu duduk berjiran dengan kita, gagal cara baik kita kena buat hati batu jugak. Baru padan muka dia.



Wednesday, October 30, 2013

i am not 'somebody'

Aku   : Hello, assalamualaikum, ini BPH ke?

Si Polan   : Waalaikumsalam, ye BPH ni. Ada apa ye?

Aku   : Saya Julie nak tanya pasal kuarters la.

Si Polan   : Ye kenapa?

Aku   : Saya duduk di P18R4 Presint 18, saya nak tanya kalau duduk kuarters boleh bela binatang tak?

Si Polan   : Tak boleh puan, bela binatang memang tak dibenarkan.

Aku  : Ohh, ok, kalau bela jugak macam mana? contohnya bela kucing ke, anjing ke, ada apa-apa tindakan tak?

Si Polan   : Ada. Mula-mula kami bagi amaran dulu, lepas tu kami buat tindakan seterusnya lah.

Aku   : Ok. Saya nak buat aduan pasal jiran saya bela kucing.
Si Polan   : Oooo...ni yang pernah buat aduan dulu tu eh pasal bela kucing kat tingkat 4 tu?
Aku   : Ye, sebelum ni husband saya dah pernah call buat aduan, pegawai BPH ada datang sekali tapi lepas tu senyap.

Si Polan   : Kami tak boleh buat apa-apa dengan orang yang tak boleh bagi kerjasama.

Aku   : Macam ni, anak saya hampir-hampir nak kena asthma, baru-baru ni 3 kali kena masukkan oksigen. Lepas tu dia demam, selesema dan batuk. Husband saya pun selalu tak sihat. Check doktor suspek tibi. 

Si Polan   : Yeke...tapi puan, kami dah pernah datang rumah dia, kami ketuk pintu tapi diaorang taknak bukak pintu.

Aku   : Saya tau. Dia taknak bukak pintu sebab dia salah, nampak sangat dia salah. Boleh tak awak semua do something pasal masalah ni? Anak dengan husband saya selalu sakit-sakit. Bau busuk taik kucing tu kuat gila sampai melekat kat baju yang saya sidai. Saya duduk dalam rumah tak boleh bukak pintu tingkap. Kalau bukak tingkap mesti bau busuk tu masuk. Baju anak saya, kalau basuh saya kena sidai dalam rumah, takut nak sidai kat luar, nanti melekat bau kucing dengan hama kucing tu sekali. Kulit baby kan sensitif.

Si Polan   : Kami dah cuba puan

Aku   : Saya bukan somebody kan, saya bukan sapa-sapa sebab tu aduan saya korang buat bodoh je.

Si Polan   : Bukan buat bodoh puan, kami tak boleh nak terjah masuk dalam rumah orang walaupun itu kuarters kerajaan tapi kami takde hak untuk masuk sesuka hati.

Aku   : Ya, saya tau korang tak boleh masuk sesuka hati. Saya tau. Tapi tolong la buat something. Saya dah tak tahan dengan bau kucing tu. Ke korang nak husband dgn anak saya mati dulu baru korang nak buat tindakan? (aku rasa ayat aku macam kasar gila)

Si Polan   : Tak baik puan cakap macam tu. Ajal dan maut Allah yg tentukan.

Aku   : Ya, saya tau ajal dan maut tu Allah yg tentukan, tapi kita kena la usaha buat something. Sampai bila saya nak bertahan hidup dalam rumah ni? udara tak bersih, terkurung je dalam rumah. Kitaorang sedut udara yg ada dalam rumah tu je, udara tak circulate, udara luar tak masuk sebab tingkap tertutup. Letih la macam ni.

Si Polan   : Macam ni la puan, apa kata puan bercakap sendiri dengan bos saya, Encik Akandar.

Aku   : Ok, boleh.



Aku pun pong pang pong pang cerita balik macam kat atas dengan En. Akandar.

En. Akandar   : Boleh puan bagi nombor telefon puan? Kami akan hubungi kalau ada apa-apa.

Aku   : Boleh. 019-XXXXXXX. Amek skali nombor telefon husband saya, senang bercakap dengan dia sendiri.

En. Akandar   : Ok puan, nanti kalau ada apa-apa saya akan hubungi puan.


Sampai laaa ni...sekor manusia dari BPH takde call aku atau husband aku.

Mungkin aku bukan anak menteri, bukan adik Najib, bukan sepupu Rosmah, bukan anak sedara Muhyidin Yasin. Sebab tu kata-kata aduan aku tak laku langsung.

Kalau aku anak Menteri Belia dan Sukan, hari ni aku buat aduan, esok dah setel.

Betul tak?

Atau tunggu ada kes kematian kat kuarters tu baru diaorang keluar nak siasat nak buat tindakan.







Wednesday, September 11, 2013

pengasuh

Jadi pengasuh memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Bukan sekadar kepandaian menjaga budak, tapi macam mana nak handle kalau ditakdirkan menjaga budak yg kuat meragam.

Pengasuh Zhareef sekarang adalah pengasuh yang ke-2 selepas pengasuh pertama reject dia. Pengasuh yang pertama dulu orang muda, aku rasa umur mungkin lewat 20-an nak masuk awal 30-an. Baru ada anak sorang. Aku tak tahu sejarah dia kenapa dia alergik dengar budak menangis tak berenti. Rupanya ada kisah. Aku cerita disini bukan nak mengaibkan dia, tapi sekadar peringatan.

Dulu dia penah jaga sorang budak, dan budak ni meninggal dunia semasa dalam jagaannya. Menurut jiran-jiran dia, bukan salah dia sebenarnya, tapi silap ibubapa budak tu. Kenapa? sebab anak dia dah memang sakit, tapi dia tetap hantar pada pengasuh suruh pengasuh jaga. Kenapa dia tak nak jaga anak dia yang tengah sakit? aku tak pasti, tapi aku faham masalah ibu-ibu yang berkerjaya ni. Cuti dah takde, kerja ofis berlambak, nak cuti banyak kali takut bos marah...bla,bla,bla. Aku juga menerima nasib yg sama.

Ditakdirkan, budak tu meninggal dunia dalam tidur. Aku tak pasti sama ada ibubapa budak tu salahkan pengasuh atau tak, tapi menurut jiran, pengasuh tu sangat trauma. Ye la, mana tak trauma kalau jaga anak orang, anak orang tu sakit, dan meninggal semasa dalam jagaannya. Kalau aku pun trauma.

Jadi, jiran-jirannya menasihati aku, kalau anak awak sakit...amek lah cuti, jaga anak kat rumah. Jangan hantar anak yang sakit ke rumah pengasuh sebab pengasuh tu bukan nak jaga anak kita je, dia jaga anak orang lain juga kan. Dah tentu2 dia tak dapat nak memberi sepenuh perhatian pada anak kita.

Ditakdirkan juga, masa awal-awal pengasuh tu jaga Zhareef, Zhareef kuat meragam, asik menangis je. Rupa-rupanya dia trauma dengar budak menangis dan banyak ragam ni. Lastly dia kata dengan aku, dia tak boleh jaga Zhareef dah. Masa tu aku agak stress. Mana nak cari pengasuh lain dalam masa terdekat? Stress gila masa tu. Marah pun ye jugak. Masa tu aku tak tau lagi yang dia ni ada sejarah hitam.

Maka, aku jumpa Cik Nah, pengasuh Zhareef yang sekarang ni, juga jiran pengasuh Zhareef yg pertama ni jugak, selang beberapa buah rumah aje. Cik Nah ni lah yang bagitau aku sejarah hitam dia, kenapa dia trauma dengan budak yg banyak ragam. Ok, baru aku tau. Dan aku bersyukur kerana Cik Nah sanggup terima Zhareef untuk dijaga.

Sebelum tu, aku borak panjang dengan Cik Nah sebelum bersetuju menyerahkan Zhareef pada dia. Aku tanya macam-macam, Cik Nah asal dari mana, dah lama ke jaga budak, macam mana boleh duduk kat sini, duduk dgn sapa...bla,bla,bla. Banyak aku tanya sebab nak tau latar belakang dia. Of course aku nak tau details sebab aku nak serahkan anak, bukan nak serahkan barang mainan yang tak bernyawa.

So far, dah hampir setengah tahun jugak Cik Nah jaga Zhareef, alhamdulillah. Aku tak meletakkan 100% kepercayaan pada dia cuma tiap-tiap hari lepas aku hantar Zhareef pada dia, aku berdoa sambil memandu, Ya Allah, Kau lindungi lah anak aku dan anak-anak orang lain juga.

Aku tawakal.
Aku keringkan hati.

Ingat senang ke nak serahkan anak kesayangan kat orang? susah ok.

Ini lah masalah ibu yang bekerja.

Dan aku berpegang pada nasihat Cik Nah ni, kalau anak sakit, amek lah cuti, jaga anak sendiri kat rumah. Jangan hantar anak pada pengasuh atau taska. Sebab kalau jadi apa-apa pada anak, kita nak salahkan siapa? nak salahkan pengasuh? atau diri sendiri yang salah sebab dah tau anak tu sakit tapi tetap juga hantar pada pengasuh. Kalau penyakit tu berjangkit kat anak orang lain macam mana?

Sebagai ibu, aku kena berkorban. Walaupun kerja kat ofis banyak, aku tetap amek cuti kalau anak sakit. Bos nak berleter ke, nak marah ke, aku peduli apa because my family is my priority. No compromise.

Kalau company hilang sorang pekerja, minggu depan dah boleh cari pengganti. Tapi kalau kita kehilangan sorang anak, dimana nak cari ganti?

Fikir-fikirkan lah.

Aku harap Cik Nah dapat terus menjaga Zhareef dengan baik.

Oh ya, ada satu tips yang aku dapat dari seseorang. Dia kata, kalau nak tau anak kita happy ke tak duduk dengan pengasuh, tengok masa hantar pagi-pagi tu..anak kita happy/senyum/ketawa ke atau menangis/meraung/meratap?

Kita boleh pikir sendiri.

Setakat hari ni, Zhareef happy. Masa amek dia petang-petang pun aku tengok dia happy, tengah main-main, tengah gelak-gelak...dan kadang-kadang tengah terbongkang tido.

Dan satu lagi tips...tips aku sendiri.

Jangan berkira bab duit. Sebulan aku bayar RM300 pada Cik Nah. Kadang-kadang Cik Nah ni ada amek cuti, ada emergency, ada kematian atau hal-hal yang memaksa dia cuti. Cik Nah tak pernah tolak pun duit 300 tu, dan aku pun malas bertanya sebab aku pun kadang-kadang ada jugak tak hantar Zhareef pada dia. So..aku rasa kita tak perlu berkira hal duit. Cik Nah cuti ke apa...aku tetap bayar RM300, takde kurang-kurang pun. Yang penting aku nak dia jaga anak aku elok-elok. Tu je.

Bila Cik Nah happy, Zhareef happy...aku pun happy.


Panjang aku buat karangan hari ni. Boleh dapat A tak? hehe.





Thursday, August 22, 2013

sedih dan merepek

Cerita 1:
Takziah dan bertabahlah kepada mangsa kemalangan bas jatuh gaung di Genting Highland. Antara kemalangan terburuk aku rasa. It's also to remind us to always pray/doa to Allah. Berhati-hati dijalanraya.

Cerita 2:
Hantaran Kahwin. Dengar pagi tadi di Era FM. Ketawa sorang-sorang sambil memandu dalam kesesakan. Topik yang saban tahun jadi perbualan. Ada seorang perempuan telefon Era bagitahu umur dia 36 tahun, ada boyfriend tapi boyfriend dia kerja biasa-biasa je. Masalah yang dia hadapi ialah mak dia letak hantaran kawen 20k, dengan alasan anak perempuan dia ada ijazah, hidung mancung dan cute.

What kind of business is it?

Kesian perempuan tu, sampai tua la tak kawen bila urusan perkahwinan yang mudah dijadikan urusniaga.

Bak kata Johan kepada perempuan tu dengan nada bergurau tetapi sinis:
Awak ada facebook tak? saya nak add, nak tengok se cute mana awak ni...hehehe.

Bukan salah perempuan tu sebenarnya sebab dia sendiri risau dengan apa yang mak dia buat. Aku pun bersimpati. Nasib baik lah perempuan tu jenis ada akal fikiran. Kalau kena perempuan kepala ting tong sket, mesti dah ajak boyfriend dia kawen lari kat Golok. Tu kalau diaorang kawen, kalau tak kawen, buat maksiat? Mak bapak lah yang kena menjawab.

Dunia oh dunia.




Monday, December 31, 2012

berakhirnya 2012

Tahun 2012 bakal melabuhkan tirai (ayat buku). Aku rasa tahun ini lah tahun paling fantastik dalam hidup.

Kenapa?

Kerana tahun 2012 ini aku melahirkan Zhareef, menjadi ibu kepada seorang anak comel. Ini lah yang fantastiknya. Sepanjang 9 bulan mengandungkan Zhareef, aku tidak mengalami sebarang masalah, alhamdulillah. Aku tak muntah, aku sangat berselera makan, lena tidur dan....suka berjalan. Aku boleh berjalan dalam mall tanpa membeli apa-apa dan pergi ke taman-taman sambil memetik kamera.

Di saat hampir tiba aku bersalin pun aku masih sempat ajak family berjalan-jalan ke Cameron Highland, tapi hasrat itu termati di situ sahaja kerana sehari sebelum ke sana, aku dah sakit...sakit nak bersalin.

Pengalaman mengandung memang best. Walaupun tubuh badan ini sangat penat tapi keseronokan itu tidak ada tolok bandingnya. Begitu juga pengalaman ketika sakit di labor room. Sakitnya bersalin tu tak terucap, macam nak putus nyawa, tapi bila tengok muka baby, hilang rasa sakit. Indahnya bersalin! Itu lah nikmat yang Allah bagi kepada setiap wanita bergelar ibu.

Pengalaman menjaga Zhareef sangat mencabar. Aku stress setiap malam kerana Zhareef selalu buat perangai, suka merajuk dan kuat menangis. Sehingga sampai satu tahap aku takut nak menghadapi waktu malam, aku takut nak berdepan dengan Zhareef yang bakal mengaruk tu. Bila ingat balik, aku tersenyum sorang-sorang.

Tapi...

Ada satu perkara yang aku kira paling menyedihkan dalam hidup ini. Aku adalah salah seorang ibu yang gagal memberikan anaknya minum susu ibu secara ekslusif. Aku dah gagal. Aku hanya sempat beri Zhareef minum susu aku semasa dalam pantang, itu pun tak banyak. Aku makan macam-macam kononnya untuk menambah susu, tapi hasilnya sangat mendukacitakan. Dalam diam-diam, aku sangat cemburu melihat ibu-ibu lain yang berjaya menyusukan anaknya tanpa sebarang masalah. Setiap kali aku baca artikel mengenai breast feeding, hati aku menangis.
 
 
Aku melihat Zhareef membesar depan mata, melayan kerenah dia, mandikan dia, tidurkan dia dan memujuk dia semasa dia merajuk. Semua itu rutin harian aku sepanjang tempoh berpantang. Bila tiba waktu aku kena memulakan hari pertama untuk ke ofis, aku menangis. Aku tak sampai hati nak serahkan Zhareef kepada pengasuh. Mungkin Allah makbulkan doa aku. Selepas pengasuh Zhareef tak mahu jaga dia lagi, adik aku sedia membantu. Aku kini lebih tenang meninggalkan Zhareef di bawah jagaan adik aku sendiri.


Dan kini, Zhareef semakin membesar dan semakin aktif. Beratnya sudah 6kg dalam masa 2 bulan. Dia dah pandai isap jari, jilat-jilat tangan dia yang debab tu. Pukul 4 pagi dia rajin kejutkan aku untuk ajak aku bermain dengan dia.

Baru aku tahu betapa seronoknya ada anak!

Ini lah pengalaman paling berharga sepanjang tahun 2012, kenangan yang tetap segar dalam ingatan. Aku berdoa dan berharap, tibanya tahun baru 2013 nanti bakal membawa sinar baru dalam hidup kami sekeluarga.


Selamat Menyambut Tahun Baru 2013.





Friday, August 31, 2012

kisah Luqman Hakim

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang.
 
Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." 
 
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." 
 
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." 
 
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
 
 
 ******
Faham tak apa maksud kisah ni? Hidup kita ini memang tidak akan terlepas daripada percakapan orang, buat benda betul salah, buat benda salah lagi la salah. Ada je yang tak kena. Kalau kita asik nak fikir apa orang akan kata, sampai bila-bila pun kita susah nak hidup.
 
 
 

Tuesday, May 29, 2012

6.20 pagi

Semalam aku cuti sebab bapak mertua datang rumah. Sebenarnya aku memang malas pun datang kerja sebab aku tengah tak ada kerja, duk goyang kaki je kat ofis lepas St.Joseph kena hold. Semua teamwork bersorak gumbira projek ni hold, semua tarik nafas lega. Projek ni kecik tapi agak gila.

Ok, berbalik pada cerita aku tadi. Lepas setel semua perkara, hantar bapak mertua pergi KDN, hantar kawan dia pergi klinik pakar, aku dan husband pergi Kajang, hantar tablet aku yang tak kurang gila tu. Balik rumah dah maghrib. Malam, aku duk ngadap tablet tu. Keluar masuk simcard, keluar masuk broadband, hampeh. Bongok betul benda ni. Ke aku yg bongok?

Sudahnya handpon aku pun gila sebab dah banyak kali keluar masuk simcard, time setting dah lari. Cepat 1 jam. Pagi tadi aku bangun tidur macam biasa, normally aku kunci jam pukul 6 pagi. Alarm berbunyi, aku konfiden bangun, mandi...siap-siap apa yang patut lah. Dengan bangga aku keluar rumah macam biasa, pergi ke kereta. 

Masa drive aku tengok keadaan jalan lengang gila. Aku keliru. Kenapa lengang sangat? Pikir punya pikir....oh agaknya sekarang tengah cuti sekolah, sebab tu jalanraya lengang. Aku pun drive la dengan riang ria sambil dengar lagu kat handpon. Lagu Aerosmith okey, pastu layan pulak lagu Bruno Mars. Masuk highway MEX, aku rasa ada la 2-3 bijik kereta. 

Aku duk pikir....aik, kenapa tak banyak kereta? kalau ye pon cuti sekolah takkan lengang semacam je? Langit pun gelap gulita, seolah-olah hari ni public holiday pulak. Aku tengok jam kereta, pukul 5.55 pagi kalau tak silap. Eh jam kereta ni rosak ke? aku konfiden lagi masa tu. 

Drive punya drive, akhirnya sampai la jalan tun razak. Langit masih gelap. Aku pelik kenapa langit ni gelap sangat? Selalunya dah nak masuk pukul 7 mesti dah terang benderang. Hati aku terdetik nak tengok jam ditangan....ohhh..mak kauuuuu...baru pukul 6.10 pagi okey. Uwarggghhh...alarm aku cepat 1 jam.....bengong..bengong....

Apa aku nak buat kat KL pukul 6.10 pagi?

Sudahnya aku sampai opis pukul 6.20 pagi. Tak ada sebijik kereta pun lagi, aku sorang je. Dah parking, aku duk lepak dalam kereta main angry bird. Kesejukan dalam kereta semata-mata nak tunggu pukul 7. Tak kuasa aku nak naik opis pukul 6.20 pagi...ieee...nanti ada 'orang lain' tegur demam seminggu pulaks.

Puas aku ketawa sorang-sorang sebenarnya. Tak penah dibuat orang datang opis pukul 6.20 pagi. Pukul 7 aku nampak jijoe sampai....arhh...selamat. Aku pun naik opis. Hehehehe...

Aku semakin sengal sekarang.

Aku dah betul time setting kat handpon. Esok jangan aku datang pukul 4 pagi pulak.


 



Monday, April 23, 2012

ajaib


 kurma dari Mekah

Pagi ni ada benda ajaib berlaku pada diri ini.

Bangun pagi-pagi kepala dah sakit. Beratnya hati nak pergi kerja Allah saja lah yg tahu, tapi gagahi juga pergi kerja sebab minggu ni banyak perkara yang perlu di selesaikan. Tak boleh nak cuti sangat.

Mula-mula pergi sarapan, makan roti telur. Dalam sakit-sakit kepala pun masih mampu menelan roti telur sebab tak nak perut kosong.

Dah selesai makan, balik opis. Dapat tau ada sorang lead baru balik dari Mekah, ada bawa buah tangan, kurma dan sedikit manisan. Mula-mula saya tak hiraukan sangat sebab kepala tengah berdenyut-denyut. Amek minyak cap kapak, sapu. Amek minyak tiger balm, sapu. Macam tu jugak kepala ni. Nak makan panadol, tapi takut. Tak elok telan painkiller banyak-banyak, lagipun tengah peknen ni lagi la tak boleh nak telan ubat sebarangan kan.

Tiba-tiba teringat kurma dengan manisan dari Mekah. Terus bangun, pergi cari kurma. Entah kenapa laju je kaki melangkah ke tempat Kak Ida nak amek kurma. Saya amek 3 biji kurma dan 2 manisan.

Balik ke tempat duduk. Amek sebijik kurma, selawat dulu sebelum makan. Nyum...nyum...kunyah dan telan. Makan lagi sebijik..dan sebijik lagi.

5 minit kemudian.....

Wah...miracle! sakit kepala yang berdenyut-denyut tadi dah semakin lega. Sangat hepi.

Ajaib.

Semuanya berlaku hanya dalam masa 5 minit, dengan izin Allah.

Tak tipu, ni benda betul. Demi Allah.

Maka dengan itu saya amek lagi 3 biji kurma tu, makan lagi sambil selawat banyak-banyak.

Alhamdulillah...sakit kepala saya dah beransur hilang, bukan terus baik tapi beransur-ansur hilang. Saya dah boleh jalan laju-laju, pikir masalah. Pulak tu hari ni banyak pulak pertanyaan dari mereka-mereka yang memerlukan jawapan, kena la banyak berfikir untuk menjawab persoalan itu.

Moral of the story, makan lah kurma. Sunnah Nabi SAW tu.

Sharing is caring kan....

Thursday, January 26, 2012

kisah lembu

gamba ni takde kene mengena, snap kat Mersing..
saya kan suka amek gamba perahu...bot..


Sangat kelakar bila bercerita pasal lembu. Saya dah agak kalau cerita pasal lembu mesti ada orang terasa, paling tak pun tersunggung sikit kot. Apasal la lembu yang menjadi topik utama? sebabnya masalah ni dah lama berlarutan sejak zaman sekolah dulu hingga ke hari ini.

Di Endau ni, di Kg. Teriang hingga ke Penyabong...kadang-kadang dah rasa macam berada di kawasan Safari, Afrika. Lembu-lembu berdiri di tengah jalan.....tengah jalan, bukan tepi jalan, lembu dengan selamba melintas jalan dengan lenggang lenggoknya hingga menyusahkan kenderaan lalu lalang.

Ramai dah yg menjadi mangsa langgar lembu, ada yang selamat, ada yang arwah. Persoalannya...mana TUAN LEMBU tu? kenapa dia tak pikir dengan akal yang lembu-lembu dia tu menyusahkan orang? Kenapa bengap sangat pemikiran dia? dia tak rasa bersalah ke membiarkan lembu-lembu tu berkeliaran dan menyebabkan orang eksiden?

Bila tegur tak mau terima, siap kita pulak yang di marahnya. Patut ke tu? Kesian kau lembu dapat tuan macam tu. Kau sebagai lembu tak salah, yang salah ialah tuan kau. Orang lain bela lembu, dia pun nak bela lembu, tapi tak nak letak dalam kandang, dibiarnya lembu-lembu tu bebas kat luar, masuk dalam kebun orang, makan tanaman orang...berdiri dan duduk tengah jalan macam jalan tu lembu bayar road tax. WTF!

Aku tak kira siapa nak terasa, terasa lah. Selama ni banyak orang patah tangan, patah kaki, hilang nyawa sebab terlanggar lembu dia tu...tak pulak dia pikir perasaan kita kan.


Hahaha...lembu pun bleh jadi topik entry aku...

Sunday, July 24, 2011

selesai

geng-geng topup paper di hari terakhir peperiksaan
gambar ehsan dari Asrol

Alhamdulillah...selesai sudah sesuatu perkara yang terbeban di fikiran. Peperiksaan akhir untuk kertas tambahan di UPM terlaksana sudah. Ini adalah peperiksaan paling menarik yang pernah saya duduki. Kenapa?

Kerana:
1)Kelas diadakan dalam keadaan yang tergesa-gesa dan rushing bagai nak gila.

2) Subjek yang sepatutnya dipelajari selama 1 semester hanya belajar dalam masa sebulan saja, itu pun cuma sabtu dan ahad.

3) 3 core subject, bukan calang-calang otak nak belajar.

4) Sehari sebelum peperiksaan, saya cemas juga kerana satu apa pun tak masuk otak, baca nota tapi serupa macam tak baca, tengok formula rasa macam nak muntah. Kerana itu saya ponteng kerja hari Jumaat kerana Sabtu dah exam. Hari khamis sempat lagi buat saki baki assignment dan print nota yang belum print, tapi rupanya banyak lagi nota yang saya tertinggal.

5) Jumaat malam saya study sikit-sikit dengan Fad, terima kasih kerana mengajar dan menerangkan kepada saya, walaupun tak faham 100%, tapi at least saya ada idea apa nak buat.

6) Di hari peperiksaan, kejadian yang tidak diduga...rupa-rupanya kami boleh meniru! sangat enjoy menjawab soalan dan bertukar-tukar fikiran didalam dewan peperiksaan. Siap tukar-tukar kertas jawapan. Thats why saya kata ini adalah peperiksaan yang paling menarik yang pernah saya duduki. Lecturer pun dah bagi green light untuk meniru sebab mereka faham kami tak sempat nak study. Tapi kalau nak meniru pun jangan lah nampak sangat....katanya. Best kan?

7) Ada juga yang tak pernah attend kelas langsung, just datang untuk amek exam je, untungnya dia just collect jawapan dari semua orang. Indahnya kehidupan.

Walau apa pun, semuanya dah selesai. Saya harap selepas ini tidak ada masalah lagi untuk kami mendaftar dengan BEM. Cukup-cukup lah dengan kelas dan peperiksaan ni. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sama-sama tolong menolong dalam dewan peperiksaan. You all memang best.

Bila lagi nak jumpa korang agaknya kan...


Friday, June 3, 2011

minyak & gas asia

OGA - Oil & Gas Asia. Saya register online dah lama, sebulan sebelum event. Tapi lupa nombor apa, so kena la register manual kat kaunter. Orang lain semua dah pegi awal, saya je tertinggal keretapi. Siapa lah saya ni kan, tunggu orang yg sudi meneman saya, nasib baik ada jugak yg sudi teman. Rasa nak patah kaki berjalan, dah la pakai heel, dengan baju kurungnya, terkedek-kedek berjalan dari 1 booth ke 1 booth. Bukan nak tanya apa sangat pun, nak kumpul goodie bag dengan souvenir je.

Di event itu saya masuk ke booth Puncak Oil & Gas. Baru saya tahu rupanya Puncak Niaga baru set up company oil and gas, ada la dalam setahun. Tu yang rasa teruja nak masuk, mana tahu ada keje kosong. Yg bestnya booth dia menyediakan makanan sedap dengan coffee yg enak, sofa yg selesa dan ruang bilik yg luas. Tapi.....ahh...ada juga kekurangannya. Lepas kenyang makan, kitaorang panggil lah orang-orang kat situ untuk bertanya lebih lanjut. Datang la satu mamat botak berjawatan Assistant General Manager bersama big bosnya, dan juga seorang perempuan berbadan agak gempal yang terrrrrsangat kerek. Tuihhhh....ohhh...sorri terludah pulak.

Hilang mood aku dengar minah tu bercakap. Kita ni kan datang atas sebab nak tahu, so apa salahnya kau explain dengan cara yg lembut dan berhemah. Ini tak, macam kau bagus sangat. What the hell, terus hilang keinginan aku nak apply keje situ. Oh tidak.

Kalau macam tu la layanannya, pegi mati la aku tak sudi nak apply. Tapi memang tak sesuai pun saya apply situ kecuali kalau saya willing nak ke offshore, bertapa kat tengah laut sampai lebam. For time being, stay la sini dulu sampai tiba satu tahap saya rasa nak termuntah baru blah.

Lupa pulak nak tengok nama minah tu dgn jawatan dia, kalau tak boleh jugak saya tepek kat sini buat tatapan umum, haha. Nak tepek kat fb takut kena saman.

Ok ciooowww dulu.

Thursday, February 24, 2011

iktiraf

Kesian aku...kalau pergi interview kat Runhill or Technip dah memang sah-sah kena reject sebab tak ada BEM. What to do? Aku dah register BEM 2 tahun lepas, tapi oleh kerana ada masalah teknikal dan masalah dalaman lain, BEM aku dan ramai lagi yang lain pending. Unimap ni pun satu, aku ada dengar banyak cerita pelbagai version pasal universiti ni. Nak cerita detail karang takut aku kena saman pulak...hehehe.

Pilihan yang ada ialah kena ambil master. Master apa? Masterchef ke? hahaha. Atau pun kena ambil additional paper dengan Unimap untuk melayakkan diri didaftar dengan BEM. Aduhai...seksanya jiwa raga. Yang company aku ni pulak dah sibuk-sibuk mintak BEM registration number. Ermm...

Tiba-tiba aku teringat salah sorang Project Manager pernah cakap kat aku, dia kata dia tak akan ambil exam IR. Alasan dia....apa penting sangat IR tu...it's just a name. Yang penting you boleh buat kerja.

So sekarang, aku nak tanya, apa penting BEM tu? Ianya sebuah pertubuhan untuk mendaftar jurutera-jurutera di Malaysia ini. Kira macam jurutera berdaftar yang di iktiraf la. Maknanya aku ni jurutera yang tidak di iktiraf. Oh ya...dah banyak projek jugak aku buat, dah banyak dokumen aku prepare, cuma aku bukan jurutera yang di iktiraf. Kira kalau tengok dalam senarai beribu-ribu jurutera di Malaysia ni, nama aku confirm tak akan ada, seolah-olah aku tak wujud. Arghhh...sedih.

Aku memang berniat nak ambil master. Pernah ricky2 universiti mana nak ambil, but the problem is sapa nak tanggung pengajian aku tu? dari segi masa pulak, aku rasa buat masa sekarang aku agak sibuk, sibuk dengan kerja, sibuk beraktiviti luar....ermm, kena manage time kalau betul-betul nak amek.

Takpe...takpe...boleh pikir lagi.....tenang-tenangkan diri....



Monday, January 31, 2011

ada 'orang' lain di toilet sebelah

My 2nd promise is to tell about the supernatural story happen to me in Camp 5's toilet. Malam pertama saya di Camp 5, budak-budak lain semua tengah sibuk masak. Saya tolong sikit-sikit je, tak tau nak tolong apa sebab semua orang dah buat. So saya pikir baik pegi mandi dulu sementara menunggu diaorang siapkan makanan.

So dengan konfidennya saya ke bilik air seorang diri utk mandi. Lampu dalam bilik air tu memang ala-ala misteri sikit, kelam je. Tapi masa tu saya memang takde langsung perasaan takut. Saya mandi dengan selambanya.

Beberapa minit kemudian, saya dengar orang berjalan masuk dlm bilik air, masuk bilik sebelah, kunci pintu. Saya pikir mungkin salah sorang daripada kawan-kawan saya lah, atau pun mungkin perempuan chinese yg sama-sama akan hiking esok. Saya selamba lah mandi. Tapi yg peliknya, lepas 'orang' itu masuk bilik air dan kunci pintu, tak ada dengar bunyi air pun. Nak kata mandi tak, nak kata buang air pun tak. Senyap je, takde bunyi apa-apa. Masa ni saya boleh selamba lagi.

Lepas siap mandi dan pakai baju, saya masih tak dengar apa-apa. Masa ni saya dah terpikir lain, tapi still takde rasa takut. Lepas dah siap semua, saya keluar. Saya sempat la menoleh ke bilik-bilik sebelah, kosong! Pintu terbuka seolah-olah macam tak ada siapa pun masuk. Habis tu siapa yg saya dengar berjalan masuk dalam bilik sebelah, siap dengar dia kunci pintu. Cuma yg anehnya, tak ada bunyi air.

Bulu roma saya dah start berdiri dah. Cepat-cepat la saya keluar. Budak-budak lain rupanya dah siap masak, dah standby nak makan, dah siap snap gambar. Huhu....

Bila dah balik KL, saya terpikir, entah-entah 'orang' yg masuk kat bilik air sebelah tu skodeng saya mandi dari atas...hahahahaha....nasib baik masa mandi tu saya langsung tak tengok atas.

Rupanya bukan saya sorang yg kena, orang lain pun ada cerita misteri yg tersendiri di bilik air itu. Thirah cakap, kawan dia pun ada cerita pasal 'orang main-main pintu' kat bilik air tu. Kalau lah saya tahu ada misteri di bilik air tu, tak kuasanya nak pegi mandi sorang-sorang.

Pengajarannya, jangan ngada-ngada pegi mandi sorang-sorang kat tempat yg kita tak biasa, especially kat dalam hutan macam Camp 5 tu. Bawak lah kawan untuk teman. Huhu...

Monday, November 22, 2010

my camera was stolen

I don't know how to express my feeling when I lost something valuable. It's my digital canon camera. Mula-mula dia tenggelam dalam air semasa di Nuang. Aku dah baiki sendiri kat rumah dan alhamdulillah boleh digunakan semula. Teror kan aku? tetapi ada cerita lain disebaliknya.

Semalam aku ajak Ujie hangout. Dia park Myvi merah menyala dia kat rumah aku, then kitaorang keluar naik kereta aku. Makan dulu, then kami ke Taman Metropolitan, Kepong. Aku tak pernah ke sini, Ujie suggestkan, katanya tempat riadah ni ok. Nak lepak dan rileks2 pun ok. Fine, aku agree. Kami pun kesana.

1st impression aku pada tempat ini sangat tinggi. Means, I like. Ada trek joging yang luas gila, ada tasik dan tempat lepak. Tak ketinggalan ada menara tinggi yang kita boleh naik dan lihat alam sekeliling dari atas. Menarik bukan? aku tertarik. Gambar diatas itu lah menaranya. Aku dengan Ujie naik atas menara tu dan lepak kat atas. Kitaorang snap2 gambar guna kamera aku. Trek jalan warna biru tu untuk joging.

But suddenly, sedang aku lepak dan berborak dengan Ujie, I saw someone. Lelaki. Berdiri disebalik pokok2 buluh yang ada disitu. Apa dia sedang buat? he was masturbating! Aku tak sampai hati nak tulis perkataan tu dalam bahasa melayu. Terlalu keji aku rasakan. Keji sangat. Memang keji. Keji dan keji. Keji...keji.

Ujie suggestkan kitaorangg blah saja dari menara itu. Mana lah tahu lelaki gila tu naik atas menara pulak kan. So dalam kelam kabut nak turun tu, kitaorang terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak yg sibuk juga nak memanjat menara tu. Ujie capai makanan dan air, manakala aku capai kamera. Ya, kamera. Aku dalam keadaan sedar, aku ambil kamera tu. Tapi masa kitaorang dah turun bawah berjalan ke arah pondok untuk duduk, aku tak rasa aku pegang kamera. Aneh lah.

Bila dah sampai di pondok, aku dgn Ujie duduk dan borak-borak lagi. Cuaca terlalu panas. Aku memandang ke arah tasik, dan terdetik dalam hati nak snap gambar. Aku toleh kanan, bongkar2 dalam beg, kamera aku tak ada! Aku tanya Ujie, Ujie pun tercengang. Kitaorang sama-sama blur.

Aku berjalan macam lipas kudung naik semula kat atas menara untuk cari dan check kot-kot aku tertinggal kamera tu kat atas. Tak ada! Aku turun bawah semula dan kitaorang terpusing-pusing macam orang bodoh. Aku dgn Ujie macam kebingungan. Apa dah jadi dengan kami sebenarnya? We cannot think
properly. Tak tahu apa nak buat. Aku terduduk semula kat pondok tu, pikir mana pegi kamera aku yang memang confirm aku dah pegang masa nak turun dari menara tu. Macam mana kamera tu boleh ghaib? Atau pun mungkin perasaan aku saja mcm aku dah pegang, tapi sebenarnya aku tak ambil pun kamera tu? Tapi Ujie banyak kali mengesahkan bahawa dia nampak aku ambil kamera tu semasa nak turun dari menara. Ya, aku pun rasa macam aku dah ambil, tapi masa aku berjalan aku tak rasa aku pegang kamera. Dan kamera aku dah hilang. My camera was stolen by......I don't know.

Puas aku pikir macam mana kamera aku hilang macam tu je? Aku sedih yang
amat sangat. Masa kamera tu jatuh dalam air kat Nuang pun aku tak sedih macam ni. Tapi kali ni kamera tu ghaib macam tu aje, dan aku rasa ralat sangat. Yang paling aku risau ialah gambar-gambar dalam kamera tu. Memang lah tak ada gambar yang bukan-bukan seperti gambar aku tak pakai baju ke..hahaha...mengarut je. Kebanyakan gambar dalam kamera itu semasa di KK dan Kuching. But syukur aku dah transfer semua gambar, cuma aku risau si pencuri itu menggunakan gambar aku untuk tujuan yang keji. Nauzubillah.

Ni kereta Myvi Ujie sebelum bertukar color.

Kereta Ujie semasa dalam proses nak transform from silver to red.

Dalam perjalanan nak balik, kami singgah jumpa guard yang jaga di kawasan taman itu. Kami cerita apa yang dah berlaku, tentang lelaki masturbating, tentang kamera yang hilang. Guard tu geleng kepala. Dia cakap "macam-macam hal jadi kat sini. Tempat ni kalau malam tak payan datang lah. Bahaya!"

Apa tak bahayanya, kat sini tempat couple berdating. Aku perhatikan di sebalik pokok dan batang pokok, pasti ada couple yang sedang bercinta. Bila nampak aku dgn Ujie lalu, cepat-cepat tutup muka dengan jaket. What the what? pandai pulak malu.

Dalam keadaan yang masih blur-blur, bingung-bingung, aku tanya Ujie:

"Kau percaya pada pukau?".

Ujie angguk.

What happen to me actually? mystery.





(pics from Ujie's camera)


Wednesday, October 27, 2010

pancaindera paling berharga


Ada gaya mata menggoda tak? hahahaha..

Effect pakai lens lama sangat. Aku tak pernah serik dari dulu, apasal ntah. Tengok mata sendiri kat cermin pun takut. Ini cuma mata merah dan berair. Belum lagi aku cerita pasal lens tu tiba-tiba beralih kat belakang mata, pastu lens tu bleh jatuh sendiri kat lantai sebab kering sangat. Aku kutip lens atas lantai, pegi basuh dan pakai balik. Boleh gitu?

Bila dah jadi macam ni, kena pakai cermin mata. Akhirnya cermin mata juga lah penyelamat kan...

Aku rasa semua orang yang pakai lens mesti ada kisah masing-masing. Tak caya tanya kak su...hehehe, eh apasal aku petik nama kak su ni...


Saturday, October 23, 2010

hati lelaki

Pagi tadi on kan tv, pilih-pilih chanel dan mata tertumpu di chanel TV9. Ada satu topik sensitif dan panas yang mereka bincangkan. Sebenarnya saya tak sangka juga topik itu akan dibincangkan secara terbuka di tv. Tapi bagus juga. Apa topiknya?

Hati Lelaki. Lebih kurang begitu lah. Berkaitan dengan hati seorang lelaki. Tapi hati itu bukan merujuk kepada hati seorang lelaki terhadap perempuan, tetapi terhadap kaum sejenisnya. Aiyyo..panas kan? It's about a gay.

Saya malas la nak google pasal gay, sure keluar benda yang bukan-bukan. Melalui bahan bacaan dan maklumat daripada topik perbincangan di TV9 rancangan Nasi Lemak Kopi O itu, golongan gay bukan lah terdiri daripada lelaki lembut. Mereka adalah golongan lelaki gagah perkasa dan ada kerjaya yang bagus. Pada zahirnya mereka nampak maskulin, tetapi hakikat dalaman mereka tidak seperti apa yang dijangka. Mereka lebih meminati kaum sendiri berbanding kaum wanita. Kalau kau letak Jennifer Lopez pakai bikini sebelah dia pun dia tak heran ok!

Dalam rancangan tersebut, mereka menjemput 2 orang lelaki sebagai tetamu dan 2 lelaki itu adalah lelaki yang mempunyai pengalaman pernah di ganggu atau cuba-cuba di tackle oleh gay. Aiyoo...panas lagi. Ada juga penonton yang menelefon dan sama-sama berkongsi pengalaman mengenai suami mereka yang pernah di ganggu oleh golongan tersebut. Adoi..

Takut lah dunia sekarang. Macam mana kita nak kenal seseorang lelaki itu benar-benar lelaki atau dia sebenarnya homoseksual? Ye la kan, sebagai wanita normal yang mempunyai perasaan terhadap kaum lelaki, mesti wanita akan teruja bila nampak mamat hensem lalu sebelah dia. Dengan gaya yang macho, segak, tampan macam Brad Pitt, sekali siasat rupanya gay. Frust tau.

Sekarang ni nisbah wanita lebih ramai berbanding lelaki. Bermakna lelaki semakin kurang (ini salah satu tanda-tanda akhir zaman). Itu belum kira lelaki yang masuk penjara melakukan jenayah, terlibat dengan dadah, mati eksiden tengah jalan, yang bertukar jantina jadi nyah dan macam-macam hal lagi lah.

Saya tahu lelaki sebegitu bukan merancang untuk terjebak ke arah itu. Hati manusia susah nak jangka, tak kira lelaki atau wanita. Kadang-kadang mereka jadi begitu kerana pengaruh kawan atau pernah frust dengan perempuan atau memang naluri mereka lebih terarah kepada kaum mereka sendiri. Entah la tak pasti.

Semoga suatu hari nanti mereka sedar dan Allah bukakan pintu hati mereka untuk bertaubat.

Thursday, October 21, 2010

terima kasih


Kehidupan ini macam panjat gunung kinabalu. Penuh dugaan sampai satu tahap macam dah give up dan rasa tak boleh lagi nak meneruskan pendakian. Di sepanjang pendakian itu kita lihat ramai manusia yang tidak putus asa, malah mereka semakin bersemangat untuk meneruskan perjalanan hingga ke puncak. Dan oleh itu dengan tiba-tiba saja kita mendapat semangat baru lebih-lebih lagi yang turut sama memanjat itu adalah makcik-makcik yang selayaknya duduk dirumah dan berehat depan tv. Hey, if she can do it, of course I can!

I called her. Talked to her. At the end of the discussion, I found the way what should I do, and the rest, I pray and trying to learn how to be redha. Haha. Jangan buta hati. Biar rabun sampai pakai spek ada power belah kanan 500 dan belah kiri 400, asalkan hati tak buta. Sometimes we need a friend to be a shoulder to cry on. At the end of the conversation, she told me:

"Walaupun kita jauh, tapi saya selalu ingat awak. Saya doakan yang terbaik untuk awak"

And I cried. Deep beb, deep. Thanks friends. You always be by my side when I need you. Appreciated!

Sekarang saya tahu betapa pentingnya hubungan persahabatan. Kalau hilang boyfriend boleh cari boyfriend lain. Tapi kalau hilang sahabat, mana lagi nak cari pengganti sahabat yang sama kan. Ada sorang kawan saya pernah cakap, kalau kau kawen satu hari nanti, jangan lupa kawan. Ok aku tahu satu hari nanti kau dah ada suami, tapi kawan tetap kawan, kita mengenali kawan kita terlebih dahulu sebelum kita kenal husband kita. Hopefully kau dapat husband yang memahami bahawa hubungan persahabatan mesti terus dijalinkan walaupun kau dah berkawen. Jangan putus kawan. Sebab susah senang hidup kita sebelum ini adalah bersama kawan. Cuma jangan pulak kau pentingkan kawan sampai abaikan tanggungjawab pada suami.

Ah..aku menangis lagi ni.