Monday, March 10, 2014

Bali Trip : Bali yang cantik dan berseni

Hari kedua.

Hari ini kami akan ke Ubud.

Pak Yadi janji akan ambil kami di hotel jam 9.00 pagi. Alhamdulillah dia sampai setengah jam lebih awal, kami pun sempat bersarapan. Aku lah yang paling gigih bersarapan dan penuhkan perut dengan nasi goreng sebab tak nak kejadian pening dan muntah semalam berulang lagi. Serik. Nak bercuti kena lah sihat, baru happy.

Kepala aku segar pagi ini. Boleh lah menikmati pemandangan disepanjang perjalanan. Secara peribadi, aku suka Bali.

Kenapa aku suka Bali?

Kerana culture nya.

Bali terkenal dengan budaya yang unik dan sangat berseni. Lupakan pasal agama, aku tak cerita pasal agama, tapi aku fokus pada budaya dan kesenian Bali yang dah berjaya menarik perhatian aku dan husband, sehinggakan husband aku cakap, nanti rumah baru siap, kita hias berkonsepkan Bali....cewahhh. Berangan kan free, jom berangan.

Kami berdua dah jatuh cinta pada kesenian yang ada di Bali, especially dari segi perabot dan hiasan rumah. Perabot disana diukir dengan tangan, jadi dari segi kualiti itu memang berbeza dengan yang dibuat di kilang. Pak Yadi kata kalau mahu beli perabot di Bali boleh dihantar menggunakan jalan udara atau laut, yang udara of course lah mahal tapi cepat sampai, jalan laut lambat sikit lah tapi kosnya agak rendah.

Syok kan berangan.

Ok, back to our story on day 2 in Bali.

Ubud adalah daerah yang terletak kira-kira 31km dari bandar Kuta. Jarak perjalanan ke sana mengambil masa 1 jam lebih, memandangkan keadaan jalanraya yang agak sesak pagi itu, ditambah lagi dengan budaya orang Bali yang memandu ikut suka hati, Pak Yadi memang berhati-hati memandu kereta kerana husband aku rajin 'menegur' sikap orang sana. Hehe.


Pasar Seni Ubud

Kami sampai di Pasar Seni Ubud. Di sini pelbagai barang dijual, t-shirt, key chain, beg, kasut...pendek kata macam-macam ada. Harga boleh tahan murah tapi kena pandai bargain. Di sini aku ada sikit tips nak bargain harga kat sana.

Contoh, aku nak beli t-shirt la katakan. Aku tanya harga berapa? penjual akan bagi harga yang memang gila bapak punya tinggi sebab dia tahu kita ni pelancong.

Harga yang penjual bagi IDR80,000 (rm22).

Aku pun bargain, aku mintak IDR30,000 (rm8.50).

Mula-mula memang penjual tu mati-mati tak nak bagi sebab harga tu terlalu rendah katanya, takde untung. Biasa lah ayat klise, dah selalu dengar.

Dah bertekak lama, aku pun cakap dengan husband, jom blah gi tempat lain.

Kami pun berjalan 3-4 tapak...kejap lagi confirm penjual tu panggil balik.

"Boleh la bu...amek la IDR30,000".

Hehe. See, nampak tak style orang sana, sebenarnya harga baju tu murah aje, kalau korang tak pandai bargain, memang kena tipu la. Sebelum membeli, kita kena jual mahal sikit, buat-buat la nak blah gi kedai lain, nanti diaorang akan panggil kita balik dan bagi harga seperti yang kita mintak.

Pak Yadi pun cakap, kena pandai-pandai mintak harga murah.

Ada juga setengah peniaga sana cakap..oleh kerana ibu orang Malaysia, kita serumpun, saya bagi harga macam yang ibu mahu. Kalau orang putih saya tak bagi harga macam ni.

Iyo lah makcik. Hihihi.


ini lah Pasar Seni Ubud

 ada pakaian yang di Malaysia pun ada, jadi try to get something yang susah nak dapat di Malaysia.

 perhiasan patung burung hantu dan kucing
patung-patung ni aku tak minat sebab tak boleh simpan dalam rumah, cuci mata aje

 makcik ni offer suruh beli souvenir, junjung atas kepala rileks je berjalan.
tapi mata aku lebih tertumpu pada leher dia
Daddyziyyad/Dr. Singa, makcik ni sakit apa? beguk ke?


Ukelele. Husband aku beli satu, dapat harga IDR150,000 (rm42), mula-mula dia letak IDR250,000 kalau tak silap. Bargain punya bargain, kami pun dah blah...macam biasa dia panggil balik dan last-last bagi harga yang kami mintak. Masa tunjuk kat Pak Yadi, Pak Yadi kata sebenarnya boleh dapat lagi murah.....uwarghhh...mencikkk...:(

 gelang dan topeng kayu
aku rasa topeng tu gambaran dewa-dewa jahat kot sebab siap bertanduk bagai

keadaan di sana waktu pagi, masa ni orang tak ramai lagi

 beg i love Bali


 selipar


kebanyakan kedai atau rumah di Bali mereka bina sekali dengan Pura, Pura itu ialah temple (kuil), tempat mereka sembahyang. Jadi tak hairan lah kalau nampak bumbung macam ni di kedai atau rumah.

 orang-orang Bali suka bawa Sepeda (motosikal), senang dan cepat



Satu lagi yang aku suka di Bali ialah lukisan. Lukisan di sini dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Tapi menurut Pak Yadi, kena tengok juga kualitinya, kalau murah sangat dikhuatiri tak tahan lama, bawak balik Malaysia dah luntur warnanya. Macam tu pulak.


Tapi, rata-rata lukisan di sana yang aku tengok semuanya cantik-cantik. Kalau nak beli dengan frame macam susah nak bawak balik, so..kena beli tanpa frame, kena gulung la tapi. Aku just suka-suka tanya harga, tak beli pun....nanti lah kalau ada rezeki datang sana lagi, in sha Allah.


Rice Terraces of Tegalalang (Sawah Terasering Ubud)

Orait. Dah penat berpeluh shopping di Pasar Seni Ubud, kami dibawa ke Rice Terrace di Tegalalang. Tempat ni memang biasa pelancong datang, just untuk tengok sawah padi yang ditanam di lereng-lereng bukit. Masa kami datang ke sini, padi baru dituai, jadi kehijauan yang aku harapkan tu tak berapa nak menyerlah.

Perjalanan dari Pasar Seni Ubud ke sini lebih kurang 1/2 - 1 jam mengikut speed dan keadaan jalan.

Bayaran masuk ke sini ialag IDR5000 (rm1.42) seorang.

 padi di lereng bukit

 Boleh turun ke bawah kalau nak, tapi kami just stay kat atas je

 kedai yang ada di kawasan ini

 ada lukisan juga. orang lain sibuk bergambar dengan sawah pagi, aku sibuk nak bergambar dengan lukisan

budak tak reti duduk diam



Kintamani.

Kami singgah sekejap je di Tegalalang. Tak dapat nak menghayati kehijauan sawah padi tu sebab cuaca panas melampau.

Kami meneruskan perjalanan ke Kintamani.

Jarak dari Tegalalang ke Kintamani lebih kurang 54km, perjalanan mengambil masa 1 jam setengah lebih kurang gitu lah. Dalam perjalanan ke sana, ada pak polisi buat roadblock. Masa ini lah aku nampak sendiri pak polisi mintak duit.


Tengok tu polis Bali buat roadblock. Salah sorang polis tahan kereta kami, dia suruh berhenti ke tepi. Aku nampak Pak Yadi keluarkan duit, aku tak sure jumlah duit tu berapa tapi aku nampak ada IDR10,000 pada tangan dia. Bila dia keluar jumpa polis tu, aku dengan husband duk bercakap sesama sendiri, kenapa Pak Yadi keluarkan duit? musykil.

Rupanya memang macam tu lah style mereka. Pak Yadi kata tak hairan lah benda-benda macam ni terjadi, seperti yang aku ceritakan dalam entry lepas pasal korupsi di sana. Polis mintak duit adalah perkara biasa, di Malaysia pun ada kan...hahaha. Cuma di sana agak tinggi kadar rasuahnya.


Apa yang ada di Kintamani?

Gunung Batur dan Tasik Batur. Gunung Batur adalah gunung berapi yang masih lagi aktif hingga ke hari ini.

Masa kami sampai, cuaca tak berapa nak cantik. Tapi viewnya...Allah saja lah yang tahu betapa indahnya. Suhu di sini agak sejuk, maklumlah kawasan gunung kan. Bayaran IDR10,000 (rm2.80) seorang.


 bayar di sini, tak payah turun kereta, hulur duit dari tingkap aje

 Mount Batur


Aku dah jadi tak reti nak setting-setting kamera ni, jadi just snap aje memandangkan nak kejar masa, hari pun dah makin mendung.

Lake Batur

 family potrait
dah tak nampak apa pun background belakang tu


Di sepanjang jalan di sini ramai penjual akan datang mengerumun pelancong termasuk kami berdua, cuba memujuk supaya membeli barang yang mereka jual.

Mereka bukan memujuk tapi memaksa, hehe.

Pandai-pandai lah kita nak elak dari termakan pujuk rayu mereka semua ni, sampai kadang-kadang aku rasa rimas, tapi ada masa-masanya aku rasa kesian. Tapi cuba lah tolak dengan cara baik supaya mereka tak kecik hati. Yang paling kesian ialah husband aku, sampai ke depan pintu kereta mereka kejar suruh beli jugak t-shirt yang mereka jual.

Dan akhirnya sebab kesian husband aku beli jugak lah 5 helai t-shirt budak dengan harga IDR100,000 (rm28). Sehelai lebih kurang rm5.60, murah la tu. Tak sia-sia husband aku bargain, tapi jenuh lah nak dapatkan harga murah, tapi bila dikenang semula macam best pun ada bertekak dengan diaorang semata-mata nak harga paling murah, sampai makcik-makcik kat situ geleng kepala. Hehehe.


Buah salak gula di sini sangat berbaloi di beli, manis dan takde kelat langsung. Aku lupa pulak sekilo berapa.


Dalam perjalanan balik dari Kintamani, Pak Yadi berhentikan sekejap kami untuk tengok macam mana orang-orang Bali buat patung. Mereka ukir menggunakan tangan.

 Mereka ni memang gigih sebab ini lah mata pencarian mereka, dan mereka juga sangat kreatif

 anak gajah, hasil ukiran separuh siap

Di sepanjang jalanraya di sana dipenuhi dengan patung dewa dan tuhan mereka. 90% masyarakat Bali beragama Hindu, tetapi hindu yang di amalkan di Bali berbeza dengan hindu di India.


Cening Bagus

Dari Kintamani kami dibawa oleh Pak Yadi ke tempat shopping souvenir di Cening Bagus, terletak di Batu Bulan village.



Sampai di pintu masuk Cening Bagus, kami disambut dengan patung ini. Almost everywhere kita akan nampak patung, sana patung, sini patung.


dan ada a large statue of Bali inside the shop


Barang-barang yang dijual di sini ada pelbagai, a variety of snack foods typical of Bali seperti kacang yang mana kita boleh rasa dulu kacang tu sebelum beli, so dah tahu sedap ke tak sedap baru beli, ada pelbagai jenis kopi sampai aku pun tak tau kopi mana yang sedap tapi yang popular kat Bali ialah kopi Luwak.

Nanti aku akan cerita pasal kopi Luwak.

a variety of kain batik or kain sarung

seluar untuk budak-budak

telekung, saiz dewasa IDR110,000 (rm31) satu.

bila dibuka ini lah rupa paras telekung tu

kain...kain apa aku tak pasti
sebab tak minat nak membeli, jadi aku tak tanya lah kain apa

kopi Luwak
ada banyak brand
di sini harganya IDR150,000 (rm42)
tapi di fruit market area Bedugul boleh dapat dalam IDR60,000 (rm17)
macam mana boleh harga jadi semurah tu?
ada kesahnya..nanti aku cerita

dah siap shopping, kita boleh mintak mereka masukkan dalam kotak dan ikat/gamkan elok-elok. Kena bayar IDR7,000 (rm2) untuk servis ini. Tulis nama dan no. telefon siap-siap pada kotak.



Hard Rock Cafe.

Belah siang dah penat berjalan dan shopping. Belah malam free and easy. Kami ke Hard Rock Cafe berjalan kaki 3 beranak.

nak ke sini dari hotel tak susah mana, dan tak jauh mana pun

trademark Bali juga...surfing
Bali terkenal dengan aktiviti surfing

Tak cukup duit? sila la keluarkan duit, ATM just around the corner. Untuk withdraw duit di luar Malaysia, sebelum pergi obersi tu, call bank dulu dan mintak bank aktifkan akaun luar negara, baru lah kita boleh cucuk duit. Di Indonesia, pastikan kita keluarkan duit di mesin ATM yang ada tulis bii (Bank International Indonesia). Kalau kita guna maybank, keluarkan duit di maybank, kalau keluarkan duit di bank lain contohnya CIMB, kita akan dikenakan caj rm12.

foreigner boleh keluarkan duit di bank yang bertulis bii macam ni

keadaan malam di bandar Kuta
di sini banyak kedai fastfood, tapi lupakan lah niat nak membeli souvenir di bandar Kuta ni sebab mahal dan penjualnya tak mesra alam. Menyampah aku.

ini kedai pakaian yang owner nya kerekkkkk.
not recommended.

last but not least..
sekeping gambar si kecik ini sebagai penutup tirai cerita hari ke-2


Kesimpulannya hari ke-2 aku happy walaupun penat yang amat. Dapat shopping di Ubud, tengok sawah padi di Tegalalang, melihat keindahan Mount Batur dan Lake Batur di Kintamani, shopping kali kedua di Cening Bagus dan bersantai di Hard Rock Cafe.

Hiking? takde langsung dalam itinerary kami. Hehehe.


Bersambung di entry seterusnya.






8 comments:

Dr K said...

Saya pun mmg suka dgn Bali...culture nya..sawah padinya...pantai nya...gunung ganang nya...

Makcik tu kena goitre ( bengkak kelenjar thyroid).

Kalau nak untung, bawa USD dari malaysia..tukar ke Rupiah kat sana...sebab kat Bali, mereka rating USD tinggi...

Gerb said...

Masa kat tegalalang ada makcik jual kain batik offer tlg ambikkan gambar. Aku tolak tapi dia naaaaaak juga. Lepas amik gambar dia promote kain batik. Aku pun terbeli. Then nak ke kintamani aku kena saman sebab takde international driving license. Memang port diorang lah tu. Aku bayar 100k rupiah juga. Cilaka itu pak polisi. Tapi takleh nak marah sgt lah sebab salah sendiri.

Julie Shahril said...

boboi: siap kena saman..hehe. saja je polis tu nak mintak duit agaknya.

peniaga sana mmg ramai je amek peluang cari duit, kena pandai2 la mengelak.

Julie Shahril said...

dziyyad: bawa USD eh...orait. haritu mcm nk buat mcm tu jugak, tapi bila kira2 balik mcm tukar RM lg untung..tapi mmg ada org pesan, better bawak USD sbb USD laku dimana2.

whooz said...

kenapa Pak Yadi kena bayar jugak? Boboi kena aku pahamla.

ke semua yang lalu situ mmg kena?

Julie Shahril said...

huz: dia kan tahan kereta yg kitaorg naik, mcm lah ada buat salah, tp sbnrnya dia mmg nk paw duit. kalo boboi pun kena kat tmpt yg sama, aku rasa tu mmg port diaorg buat roadblock dan tahan org.

Dr Singa said...

tu..
Dak Faiz dah jawabkan tu..
Goitre..

hok aloh..
lupa nak offer pinjam lens sebelum pergi hari tu!!

Julie Shahril said...

kakizat: ni kalo pkai lens akak mesti gmbo ngetop abes..