Tuesday, March 11, 2014

Bali Trip : Pura (temple) yang unik - Kopi Luwak - Sejarah bom Bali

Hari ketiga.

Pagi ini kami keluar lebih awal dari semalam, pukul 8.30 pagi. Pak Yadi akan bawa kami ke Bedugul, daerah yang terletak kira-kira 57km dari Kuta. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam 30 minit hingga ke 2 jam.


Ulun Danu Beratan, Bedugul

Ini adalah salah satu tempat yang aku nak sangat pergi, menurut orang yang pernah sampai ke sini, tempat ini cantik. Yup, memang cantik pun.

Pura Ulun Danu Beratan ini terletak di atas bukit, di atas bukit tersebut ada sebuah tasik. Cuacanya dingin, panas tapi berangin. Keadaan jalan untuk sampai ke atas lebih kurang macam jalan nak pergi ke Cameron Highland, berliku-liku sikit.


 bayaran masuk IDR10,000 (rm2.90) seorang

 pintu masuk



 ini lah Pura Ulun Danu Beratan, tempat ini memang cantik dengan kedudukan pura di tengah tasik

 gambar pura ini diabadikan pada wang kertas Indonesia bernilai IDR50,000

 Danau Beratan terletak kira-kira 1,239 meter pada paras laut

Aku memang suka sangat tempat ni, suka dengan kehijauannya, ada bukit, ada tasik dan ada pura. Selain dari melawat tempat sejarah, kita juga boleh menikmati alam ciptaan Allah. Aku rasa, dalam banyak-banyak tempat yang kami lawati sepanjang di Bali ni, di sini lah kami menghabiskan masa paling lama.

Oleh kerana hari ke-3 ini dah takde aktiviti shopping, maka aku dan husband memang sepakat tak nak rushing sangat, nak hayati tempat ni betul-betul. Cuaca di sini dingin, panas tapi ada angin, sebab tu aku rasa lebih selesa.

warna baju aku dan lumut itu dah takde beza

Pak Yadi ada bagitahu, di Bali, masyarakatnya memang suka membiarkan pagar-pagar batu tanpa di cat. Tak macam kita, selagi boleh cat lawa-lawa memang kita akan cat. Tetapi tidak di Bali. Mereka suka membiarkan pagar atau pura yang diperbuat dari batu hidup berlumut, semakin berlumut semakin mereka suka. Menurut kepercayaan mereka, dewa-dewa mereka suka pada tempat yang berlumut dan lembab.

Batu hidup - adalah batu yang masyarakat Bali ambil di suatu tempat, bawak balik dan diukir untuk dijadikan patung atau pagar rumah/pura mereka. Batu hidup ni umpama macam bernyawa, selepas mereka potong batu tu, batu tu akan tumbuh semula. Tetapi batu yang sudah dipotong, yang mereka bawak balik tu tak boleh hidup dah.

Menurut Pak Yadi, batu hidup hanya ada di Bali. Kebanyakan patung-patung lama dan pagar rumah/pura diperbuat daripada batu hidup, bukan diperbuat dari batu-bata atau simen.

Macam itu lah lebih kurang ceritanya. Jadi tak hairan lah kalau kita tengok di Bali kebanyakan pura atau rumah mereka dibiarkan berlumut tanpa perlu susah payah nak cat cantik-cantik. Itu semua untuk dewa-dewa mereka.


Kawasan ini agak luas, cukup seronok si kecik aku ni berlari-larian dan kami berdua memang penat lah nak berkejar-kejaran. Sebenarnya kalau ikutkan hati aku nak 'berlama-lama' lagi kat sini, nak bersantai-santai, nak duduk-duduk amek angin, tapi bila memikirkan ada tempat lain lagi yang perlu dilawati, maka tak boleh lah ikut kehendak hati, kena ikut kehendak itinerary dan masa.

dah sama dah tu baju belang-belang dengan pakcik harimau

Bukan mudah nak amek gambar bertiga dengan si kecik tu, dia taknak dipegang, nak dilepaskan bebas, nak berjalan sendiri, nak berlari, nak main sendiri-sendiri....phewwwbaru anak sorang aku dah semput :)



Fruit Market

Dah selesai berjalan-jalan di Pura Ulun Danu Beratan, kami dibawa oleh Pak Yadi ke fruit market di sekitar Bedugul itu juga. Sebenarnya aktiviti ini takde pun dalam list kami, tapi disebabkan husband aku menyuarakan hasrat nak makan durian Bali, maka Pak Yadi bawa kami ke sini.

 fresh fruit yang banyak dijual di sini

 di sini Bedugul ini ada ladang strawberry sebenarnya, tapi kami tak singgah pun

 macam lah tak pernah jumpa pisang...beria sangat amek gambar pisang :p

 kebetulan semasa kami datang ke sini tengah musim durian

 fresh strawberry, cantik je dia susun macam tu

 oleh kerana kami just nak rasa je, beli durian kecik aje lah
the taste is so-so je...hehe


Makcik baju purple tu tuan kedai tempat kami beli durian, sebelum makan durian tu husband aku tanya ada air basuh tangan tak? dia kata ada...gratis saja. Gratis tu maksudnya percuma. Tup-tup lepas makan dia bagi kami sebotol air mineral suruh basuh tangan, pastu suruh bayar, dan cuba menipu kitaorang pasal harga durian. Sengal la makcik ni. Bila aku dah naik hantu baru dia mengalah kekonon redha.

Kadang-kadang bila berhadapan dengan penjual sana yang cuba nak menipu memang aku dah hilang kesabaran dan secara tak sengaja memang tertunjuk juga lah muka marah, walaupun aku seboleh-bolehnya tak nak buat perangai kat tempat orang. Haishhh...sabor je lah.

Aku ni bukan lah berkira pasal duit, tapi kalau kau dah janji harga cenggitu...cenggitu je lah, ni tak, bila kami dah makan durian tu, tetiba masa nak bayar harga dah jadi lain. Memang kau cari nahas lah. Dia ingat kami ni kekonon tourist senang-senang aje nak menipu.




Tanah Lot

Seterusnya kami ke Tanah Lot. Ini adalah destinasi wajib kalau ke Bali. Tanah Lot terletak di Tabanan, kira-kira 23km dari Kuta. Ia merupakan sebuah tebing tinggi menganjur ke laut Bali. Di atasnya telah dibina sebuah pura (kuil) hindu iaitu Pura Tanah Lot.

Bayaran masuk IDR8,000 (rm2.30) seorang, kalau tak silap lah.


Semasa kami sampai, cuaca sangat panas, panas yang sampai rasa nak pitam. Kalau sapa-sapa yang takut kulit terbakor tu sapu lah sunblock awal-awal, tapi aku sapu sunblock pun macam takde apa pun. 

View di sini cantik. Masa ni air surut, jadi kami boleh menyeberang ke tebing sebelah sana untuk melihat pura dengan lebih dekat.

Kalau datang sini, pakai selipar aje, tak perlu nak bertumit tinggi bagai, haha.


Kita boleh naik ke atas pura, tapi ada syarat dan adat mereka yang perlu kita lakukan, ianya berkaitan dengan 'air suci' mereka. Opss..bila dengar macam tu terus tak jadi aku nak naik ke atas. Non-muslim takde masalah nak ikut adat diaorang, but for muslim lupakan aje lah.

bagi mereka yang dah ikut adat dan syarat untuk naik ke atas pura, boleh naik melalui tangga ini

Batu-batuan ini terbentuk hasil dari hakisan jutaan tahun dahulu akibat pasang surut air.

kat sini pun view cantik, kalau tak kerana panas boleh juga nak melepak lama kat sini

di sekitar kawasan ini banyak kedai-kedai baju dan souvenir, dan juga gerai makan macam ni, tapi aku tak pasti lah pada 'halal' nya tu.


Di Bali, boleh dikatakan dimerata tempat kita akan nampak benda ni, depan kedai, depan rumah, di airport, di shopping complex, di mana-mana saja. This is offering to God, dalam bahasa orang sana mereka panggil benda ini Saneng. Aku tak tahu betul ke salah ejaan tu.  Bekas 4 segi daripada daun kelapa, didalamnya diletakkan bunga-bunga, beras pulut, gula-gula, keropok, duit pun ada. Tiap-tiap pagi mereka renjis-renjis saneng ini dengan air, pastu ada macam bau-bauan kemenyan ke apa ntah..letak depan kedai atau rumah atau dimana-mana saja. Itu lah tanda mereka sembahyang kepada tuhan mereka.

Kalau ada gula-gula dalam saneng tu, sapa-sapa nak amek boleh amek, tak menjadi satu kesalahan. Selalunya kanak-kanak di sana memang amek je gula-gula tu. Oleh kerana saneng ni ada dimerata-rata, kalau sesiapa terpijak pun tak salah. Banyak je aku tengok saneng yang dah terpenyek, hihi.


Kopi Bali dan Kopi Luwak.

Bali terkenal dengan pembuatan kopinya sendiri. Ada pelbagai jenis kopi dijual di kedai-kedai sampai aku sendiri tak tau yang mana sedap. Antara kopi yang terkenal di Bali ialah kopi Luwak. Ada setengah orang mengatakan kopi Luwak adalah kopi paling mahal didunia.

Aku rasa semua orang dah tahu, kopi Luwak terhasil dari najis luwak (musang). Luwak hanya makan biji kopi yang terbaik sahaja, hasil buangannya akan diambil, dibersihkan, dan diproses menjadi kopi termahal didunia.

Hukum minum kopi luwak boleh baca di sini.

Pak Yadi membawa kami ke sebuah kilang pemprosesan kopi iaitu Domba Coffee, terletak di Kuta. Aku tak sangka dia nak bawak ke kilang, ingatkan ke kedai-kedai biasa je. Tapi takpe lah, layan aje. 


Melangkah kaki dalam kilang ni, aku rasa macam..ekslusifnya kilang kopi ni. Layanan memang 1st class.


Baru aku tahu biji kopi pun ada jantina, hehe. Ada kopi jantan, ada kopi betina. Yang biji bulat tu kopi jantan, yang leper tu kopi betina. Aku gelak. Menurut mereka, kopi jantan dan kopi betina taste tak sama.

 ini biji kopi betina terbaik yang telah diasingkan.

Ini biji kopi yang low grade, tak berapa elok kualitinya. Walaupun kualitinya rendah, mereka tidak sesekali membuang biji kopi ini macam tu je. Dah tu diaorang buat apa? senang aje...mereka buat kopi 3 in 1.

Dan aku pun bertanya, kalau begitu, kopi-kopi 3 in1 yang dijual tu low grade coffee la yer? haha. Baru aku tau. Tapi, ini hanya kopi di Bali, kopi-kopi yang ada di Malaysia ni aku tak pasti lah pulak tahap kualitinya macam mana.

 tempat memproses kopi

Coffee grinding machine. Semua jenis kopi Bali menggunakan machine disini kecuali kopi Luwak. Kopi luwak adalah kopi yang special di Bali, mereka tidak akan menggunakan mesin yang sama untuk kopi luwak untuk mengekalkan keasliannya.

mereka menunjukkan cara nak menghancurkan biji kopi Bali, untuk kopi luwak memang mereka tak tunjuk kerana kopi luwak terlalu 'ekslusif', rupa biji luwak tu langsung diaorang taknak tunjuk.

Kemudian mereka membawa aku masuk ke dalam sebuah bilik khas untuk testing air kopi. Bilik ini memang besar, rombongan cik kiah 15 orang boleh muat.

 Tapi sebesar-besar bilik tu, aku sorang je yang mereka layan, hihihi. Terasa macam VIP sekejap.

 Atas: air masak biasa
Kiri: Air kopi betina
Kanan: Air kopi jantan
Bawah: Kopi + Koko = Mocha

Air kopi jantan rasanya sedikit pahit, air kopi betina rasanya lebih 'mild', tak pahit sangat. Mocha tu sedap, Zhareef suka.


 Kopi jantan dan kopi betina

 Yang pek hitam tu kopi jantan, pek biru kopi betina.

 Mereka menunjukkan kotak khas untuk kopi Luwak, siap ada certificate, katanya kopi luwak Domba ada dijual di Singapore.

ini bukan biji kopi luwak, ini kopi Bali biasa


Kenapa mereka begitu kedekut nak menunjukkan kepada pelawat kopi Luwak keluaran Domba?

Menurut mereka, kopi luwak keluaran Domba adalah satu-satunya kopi luwak liar, kerana kebanyakan kopi luwak yang dijual dikedai-kedai atau di pasaraya adalah dari luwak yang dibela. Luwak liar dengan luwak pelihara mana lebih baik hasil kopinya? sudah tentu luwak liar.

Semalam aku ada tulis dalam entry pasal kopi luwak yang aku jumpa di Cening Bagus berharga IDR150,000 (rm43), kopi yang sama jugak aku jumpa di fruit market berharga IDR60,000 (rm17) sahaja setelah ditawar. Kenapa harga kopi luwak yang dijual diluar boleh tawar menawar?

Menurut Pak Yadi, kopi luwak yang dijual kat pasaraya atau kedai-kedai biasa tu bukan 100% asli dari Luwak, sebungkus kopi luwak itu hanya ada beberapa biji je kopi luwak, selebihnya kopi biasa.

Phewww...nasib aku tak beli.

Dah dicampur rupanya. Patut lah harga murah.

Tetapi, kopi Luwak keluaran Domba memang 100% dari luwak, dan luwak itu luwak liar, bukan luwak bela. Berapa harga kopi luwak keluaran Domba?

Err...rm400 kot kalau tak silap. Aku lupa pulak, diaorang ada tunjukkan aku senarai harga setiap kopi termasuk lah kopi luwak.

Gulp. 

Jadi betul lah kopi luwak adalah kopi termahal didunia. Selain dari rasanya yang sedap, kopi luwak juga boleh mengubati pelbagai jenis penyakit, antaranya diabetes dan kanser. Entah lah, wallahualam.

Jadi, kopi luwak yang banyak dijual di Bali, yang harganya boleh tawar menawar tu belum tentu pasti 100% keasliannya, kalau betul-betul asli pun ia terhasil dari luwak yang dipelihara, bukan luwak liar.

from google
aku rasa macam ini lah keadaan luwak (musang) yang dipelihara, duduk dalam sangkar dan diberi makan biji kopi. Sebab itu Domba begitu bangga kopi keluarannya adalah dari luwak liar.




Bekas tapak pengeboman di Bali

Secara kebetulan kami lalu disini, Pak Yadi berhentikan kereta sekejap ditepi jalan. Umum dah tahu sejarah pengeboman di Bali yang berlaku pada 12 Oktober 2002. Peristiwa ini telah mengorbankan 202 orang dan 240 orang cedera yang kebanyakannya adalah warga asing. (sumber).

from google
keadaan semasa bandar Kuta di bom Oktober 2002.


Tapak cafe yang suatu ketika dulu pernah di bom

Nama-nama mereka yang terkorban, mostly warga asing




Selesai aktiviti jalan-jalan hari ketiga. Untuk hari ketiga ini kami tak keluar malam, kitaorang just tapau nasi di Wong Solo, makan di hotel. Aku malas nak keluar malam sebab nak packing beg, esok kami dah nak balik. So, nak get ready apa yang patut.

Untuk hari ini, kami dah pergi Ulun Danu Beratan di Bedugul, Fruit Market, Tanah Lot, Kilang Kopi Domba dan Tapak bekas pengeboman Bali.



Continue next entry.




5 comments:

Gerb said...

Masa aku ke Bali ada sambutan ulang tahun peringatan. Banyak jalan ditutup. And kat tugu ni ramai lah orang menangis meraung.

whooz said...

aku pergi dulu setahun ke 2 tahun selepas kena bom. time tu takde pagar kat tugu. boleh masuk rapat

Ajamahiyaa said...

kalau kak yie...kak yie nk rasa ke x kopi luwak tu bile da tau dtgnyer dr mana??? ngeh2...

Dr Singa said...

akak beli kopi luwak tu..
yang sebijik sebijik..
ada sampai sekarang
* tahun bila eh akak gi bali...lupa...*
tak guna-guna lagi sebab nak kena grind kat coffee machine tu..

pernah try..
sedap
pekat..

Julie Shahril said...

boboi/huz: masa smpai tmpt ni ada sket rasa cuak..hehe..mane la tau ada pengebom berani mati dicelah2 org tu. Nauzubillah.

Aja: kakyie dah tau lama dah kopi luwak tu dtg dri mne...tapi percaya tak..sbnrnya mmg nak beli dan nak try rasa!! hehehee...tp sbb mahal sgt, cancel.

kakizat: fuyoo akak mnum kopi termahal didunia..tak main la starbuck! hehehe