Friday, April 11, 2014

JDT vs PKNS FC

Kali pertama menonton bola live di stadium ialah 3 tahun lepas, Malaysia lawan Taiwan di stadium Bukit Jalil.

Ini kali kedua tengok bola, dan aku bukan lah peminat bola sebenarnya.

Hehe.

Jumaat malam lepas...


Memenuhi keinginan husband aku, dia kata JDT lawan PKNS FC di stadium Shah Alam, penonton tak ramai, jadi kami konfiden nak bawak Zhareef.

Kalau JDT lawan Selangor, atau lawan pasukan negeri-negeri lain, jangan mimpi aku berani nak bawak Zhareef bersama, baik aku tidur je kat rumah. Comfirm lah stadium penuh, kalau penonton semua waras takpe, kot-kot lah jadi gaduh ke, baling-baling batu ke, pitam aku.

tu dia..photographer dengan kamera dan lens masing-masing

 harus lah ada kawalan keselamatan

 mula-mula aku duduk, lepas tu aku bosan asik duduk,
nak bersorak...aku tak reti sebab aku bukan peminat bola..
kahkahkah..
maka, aku bangun, berjalan tengok BOS menyanyi


BOS (Boys of Strait), JDT supporters,
penyokong JDT tegar yang akan datang dimana-mana saja perlawanan JDT,
percaya tak aku datang bukan nak tengok bola tapi nak tengok alam sekeliling,
nak tengok BOS menyanyi,
nak tengok riuh rendah stadium..
hahahahaa..

 lagi beberapa minit perlawanan hampir tamat, kami dah keluar stadium sebab tak nak bersesak..

 cuci mata di gerai-gerai menjual T-shirt JDT..

 tak rugi juga lah keluar stadium awal,
sebab keputusan tetap sama...seri 1-1

lanun kah Johor?
ramai orang anti dengan JDT..
aku tau..hehehe
yang anti sultan Johor pun ada..
yang suruh hapuskan sistem beraja, gantikan dengan sistem negara republik pun ada..

lantak lah,
sakit kepala layan orang macam tu.

setiap orang pasti bangga dengan negeri kelahiran masing-masing kan..
aku pun sama..
aku bangga jadi anak negeri Johor.





7 comments:

Dr Singa said...

wa suka itu BOS
dan BOSS kepada BOS
yang hensem tu...
dan Ayahanda nya
dan negeri kita ..

Ajamahiyaa said...

aja pon bkn peminat bola...tp penah masuk stadium b.jalil skali..nak rasa suasana..mesia vs indon...kalau game besa mmg meriah org nyanyi2 bersorak...semangat meremang bulu roma impaknyer....tp yg aja xsetuju..sistem pintu stadium b.jalil tuh...ntah pape...berpagar2 dr satu part ke part lain..kunci..xde org jaga...mmg lg sebabkan kesesakan....sampai laki pmpuan panjat pagar....huhhhh xlarat..mmg skali tu je laaa...

t.a.t.a said...

Aku tak suka tempat bising. So baik la aku tengok dari rumah lagi puas. Sama juga macam program apa pun, dari dok datang ke pentas tengok live tapi jauh aje, ciput aje, tengok depan tv lagi jelas.

Julie Shahril said...

kakizat: meremang dgr diaorg nyanyi, semangat betul, best.

Julie Shahril said...

aja: masa tgk m'sia vs taiwan dlu mmg dh ckp..ni kali terakhir aku dtg stadium tgk bola sbb x sggup nk bersesak, dan rasanya lg best tgk kat umah, tp tup2...pegi jugak kali ke-2 ni..dah boleh agak org x rmai..kalo rmai x berani la.

Julie Shahril said...

tata: mcm aku ckp, nk rasa suasana je..diaorg punya sorakan, pekik sana pekik sini, org menyanyi..rasa meremang. aku dtg ni pun sbb org tak ramai, kalo rmai mmg tak berani nk dtg sbb aku bwk anak kecik kan. program tv lain aku tak minat nk tgk live.

Dr K said...

Biasalah...mereka mencemburui JDT....
Hahahaha..