Wednesday, April 9, 2014

Pulau Carey

Cuti hujung minggu, takde apa nak buat, jom ke Pulau Carey. Pulau Carey terletak kira-kira 14km dari Port Klang. Dulu dikenali sebagai Pulau Si Alang atau Pulau Bangsar, dan pulau ini hanya di didiami oleh kaum orang asli Mah Meri.

Macam mana boleh dapat nama Pulau Carey?

Awal tahun 1900, seorang pegawai British yang juga pengusaha ladang kopi dan getah bernama Valentine Edward John Carey telah memperoleh sebuah pulau dari Maha Mulia Sultan Sulaiman Selangor untuk memulakan ladang getah dan sejak itu sehingga kini pulau ini dikenali sebagai Pulau Carey.

Pulau Carey ini dikenali sebagai sebuah pulau kerana ia dipisahkan dari tanah besar kerana adanya Sungai Langat. Nak pergi sini memang kita akan lalu jambatan sungai langat.


 ini lah Valentine Edward John Carey
kaum diaorang jugak yang dapat nama..
kat England ada nama Pulau Kasim, Pulau Abu, Pulau Awang tak?
takde.
hihi


 signboard kg.orang asli


 selamat tibak...

 tiket masuk rm5
aku datang dah petang, kalau datang belah pagi boleh tengok tarian orang asli, tarian Jo'oh

 benda ini mengingatkan aku pada 'saneng' atau offering di Bali

 hanya kami berdua pelawat pada hari itu..kehkehkeh

 souvenir

 ini tempurung kelapa aku rasa

 ukiran kayu
juga mengingatkan aku pada ukiran kayu dan budaya orang-orang Bali

 seketul kayu besar, diukir menjadi seperti ini,
gelung-gelung itu diukir, bukan dimasukkan jadi macam tu,
kreatif dan berseni

 seketul kayu diukir menjadi congkak

 ok yang ni aku boleh buat sendiri di rumah..
hehehee...

 makcik ni orang asli Mah Meri
menurut sejarah, orang asli Mah Meri bukan berasal dari Malaya, tapi datang dari Kemboja dan Vietnam...sejarah yang kata, wallahualam

 lupa apa benda ni, hehe

 topeng muka
kalah muncung Angelina Jolie ko...

 kuda ala-ala kuda kepang pun ado..

 aku mengkagumi kesenian mereka

 boleh masuk ke ruang pameran didalam ini

 zhareef tidur masa ni,
jadi makbapak dia amek kesempatan untuk menyengalkan diri..
hehe

aktiviti mengong kami
sebab takde orang lain masa ni..
boleh buat sesuka hati, ngeh3
ini pelamin sebenarnya...hihi

 tempat mandi pengantin

 sebelum pengantin bersanding atas pelamin, pengantin perempuan akan duduk di bidai ini dulu, pengantin lelaki akan datang mengelilingi bidai ini sebanyak 7 kali, lepas tu baru sama-sama jalan pegi bersanding...gitu lah adat istiadat orang asli Mah Meri nak kawen

 zhareef dah bangun dikala kami dah nak balik..



Macam mana aku terfikir nak pergi Pulau Carey?

Entah. Mula-mula tangan aku gatal taip sana sini kat google, terbukak website Majlis Daerah Kuala Langat, dari situ aku tau...Owhh..rupa-rupanya ada tempat namanya Pulau Carey, hehehe.


5 comments:

Izwa Kamaruddin said...

wahhh..baru tau ni!

Dr Singa said...

tak semua hari ada tarian tu

kalau ada rombongan .. ramai ramai.. dan ada bayaran .. baru depa buat tarian tu..

satu lagi puak orang asli Che Woh.. kat Pahang... pun depa kata dari belah2 kemboja tu..

t.a.t.a said...

sebenier button batch tu bayar atau percuma?

Julie Shahril said...

idzwa: boleh la pegi hihi

kakizat: pagi tu mmg ada rombongan dtg, rmai..org kt situ kata kalo awk dtg pagi boleh tgk tarian. memandangkan ptg tu cuma kitaorg ber 3 je yg ada, byr cuma rm5 aje lah, dan jln2 sndiri ikot suka hati.

tata: bayar..kalo free dh lama aku amek..hehe

Dr K said...

hahahaha..bapak si zhareef tgh menurun!

baju " I Love Pulau Carey" takde ke? :P