Sabtu lepas, 14.03.15 - 16.03.15 akhirnya berlangsung lah acara family day yang sekian lama kami rancangkan. Plan nak buat family day ni dah lama jadi bualan dalam whatsApp group family aku, dari tahun lepas lagi. Tapi bualan hanya sekadar bualan sebab takde siapa nak mulakan dulu.
Sebenarnya plan asal nak buat di Fraser Hills, tapi ramai sangat yang membantah dengan alasan jauh, takde transport dan banyak kos membuatkan lokasinya berubah. Suara ramai nak buat di kampung saja, dengan harapan kos tak banyak. Tapi aku rasa kosnya sama je. Lagi penat ada la.
Cari punya cari, selidik punya selidik, bertekak, bergaduh, tak sependapat...akhirnya kami semua book sebuah resort baru di Penyabong, namanya Penyabong Warisan Resort. Lega. Dah setel satu masalah.
Masalah seterusnya.....makan dan aktiviti di sepanjang family day 3 hari 2 malam tu nanti.
Resort ini baru saja dibuka setelah agak lama proses pembinaannya tertangguh. Facilities di sini banyak yang belum siap, tapi sudah dibuka untuk orang ramai. In sha Allah, akan datang akan lebih baik lah keadaannya nanti. Walau apa pun, resort ni mempunyai view yang cantik walaupun panas berdenting.
Di resort ini ada mini tasik yang mana tuan tanah kedaung sediakan sampan untuk kita buat aktiviti. Tak perlu bayar, free aje. Kau dayung lah sampan tu dari pagi sampai subuh esok, free je dik.
Dan aku pun fefeeling romantik lah konon-kononnya berdayung sampan berdua-duaan dengan encik suami. Oh ya, lupa pulak...Zhareef tak join family day sebab dia kena chicken pox. Kesian dia kena tinggal dengan tokmak dan tokbak. Sorry sangat-sangat sayang...mama terpaksa tinggal awak kat rumah, lain kali mama bawak awak jalan-jalan lagi ok.
jernih kan air mini tasik ni..
Selain dari sewa resort, ada juga ahli keluarga kami yang nak tidur dalam khemah. Sebenarnya kalau nak ikut peraturan, memang tak boleh pasang khemah sebab di sini takde camp site, tapi atas budi bicara tuan tanah kedaung, dia izinkan. Terima kasih tuan tanah.
Sekarang, cerita pasal makan pulak. Bincang punya bincang, pong pang pong pang dalam WhatsApp group family, kita masak sama-sama bihun goreng, ikan goreng, mee hailam, rojak buah, ayam masak kicap dan sayur kobis goreng.
Dan kami buat juga barbeque bersama-sama.
Gambar bihun goreng, sayur goreng dan mee hailam tak snap.
rojak buah with home made petis, sedap.
ikan goreng
ayam masak kicap
hari pertama belah malam, kami buat barbeque
Habis bab makan.
Sekarang, cerita bab aktiviti sukaneka pulak. Aktiviti ini dirancangkan oleh ahli jemaah menteri yang terdiri daripada aku dan 2 orang sepupu aku iaitu Deknor dan Aja.
Antara aktiviti yang dirancang ialah:
1. Makan epal sambil tutup mata dan tangan di belakang
2. Bowling kelapa
3. Cari gula dalam tepung
4. Tiup belon sampai pecah
5. Bawa bola dalam sudu
6. Berebut kerusi
7. Semakin jauh semakin sayang
8. Kotak beracun (aku tak join sebab ada hal yang tak dapat dielakkan)
Sebelum pertandingan dimulakan, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Tujuan pembahagian kumpulan adalah untuk memastikan semua ahli keluarga join, takde yang tipu-tipu tidur dalam bilik, atau merayap ke tempat lain. Semua wajib join. Dah kata family day, kena lah semua join untuk merapatkan tali silaturrahim.
Tu diaaaa....barisan pejuang-pejuang di medan pertempuran pertandingan makan epal. Family day kali ni siap buat t-shirt bagai.
Pada aku, acara paling best dan seronok ialah acara sukaneka ni lah. Semua bergelak ketawa. Best gila. Kalau takde sukaneka, memang agak hambar lah family day ni.
Belah malam, kami buat pertandingan karaoke. Sapa rasa suara sedap tu masuk lah.
para juri yang adil lagi bijaksana
tu dia....husband aku rasa suara dia sedap, siap pakai seluar bunga-bunga hawai lagi....hehehe
"aku tak join family day.....ada aku kesahhhhh"
Kesian Zhareef muka dah comot kena chicken pox. Last day aku bawak dia sekejap ke Penyabong. Sebenarnya aku book resort juga, tapi sebab budak debab ni sakit, aku cancel tidur resort, tidur kat rumah aje. Mana boleh tinggalkan budak comel ni malam-malam. Tu pun dia dah merajuk sakan aku tinggalkan dia waktu siang. Susah nak pujuk budak ni tau.
.
.
.
Selesai sudah family day kami yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Penyabong Warisan Resort. Walau pun panas berdenting, bertekak, bergaduh, anak aku tak sihat, banyak ragam, banyak kerenah, suka duka, tangis ketawa.....akhirnya Allah makbulkan juga apa yang kami rancangkan sekian lama. Alhamdulillah.
Semoga ikatan kekeluargaan ini akan terus kekal selamanya. Jangan serik join lagi yer....
6 comments:
meriah!
idzwa: yg jadi meriah sbb ada aktiviti bersama2, cth sukaneka, karaoke, yg jauh makin dekat, yg dekat bertambah2 dekat.
sakan nya....
selonot ai tengok...!!
org2 johor mmg terer bab family day. Kagum la.
Phewwit (utk yg baju superman sluar buna-buna tu) hik2.
Next time zharif join apaknya karaoke.
cpl: bkn senang nak bersakan mcm ni jah, sekali dh dpt berkumpul...pulun aje
siti: eh jap...knp org johor? org negeri lain pon hebat juga..hehee. next time zhareef join dia dh besar, dia bole duet ngn apak dia pulak. omak dia tgk dari jauh jek smbil snap2 gmba dan tepuk2 tngan gumbira.
sis..pantai dekat x dengan chalet?
air laut okay x?
Post a Comment