Thursday, May 21, 2015

peperiksaan awal tahun

Aku dah rasa aura feeling 'mak-mak' bila disuatu hari, aku nampak teacher Zhareef upload gambarnya bersama kawan-kawan di sekolah, mereka rupanya sedang mengambil peperiksaan!

What? anak aku periksa?

I laughed out loud...!! sampai berair mata. Geli hati.

Apa taknya, aku tak sangka pulak toddler kat sekolah pun ada periksa, ingatkan budak-budak tadika yang besar-besar je. Mahu aku tak gelak sampai keluar air mata. 

Lagi bertambah gelak bila aku tengok muka takde perasaan anak aku yang sedang menjawab peperiksaan.


 1st day exam (19.05.2015)
 apa yang zhareef jawab tu nakkk? teacher suruh kaler gambar bunga, yang pegi kaler luar kawasan bunga tu kenapa.....hehehehe...

 seronok kan jadi budak kecik, periksa sambil meniarap pun boleh

 2nd day exam (20.05.2015)
ok, dia duduk ala-ala katak pulak, yang kawan perempuan sebelah dia tu baik punya kangkang..
hehehee....so cute la korang

 3rd day exam - today (21.05.2015)
elok semua duduk berbaris...comel.

dasyat kan budak-budak kecik sekarang...kertas peperiksaan dah macam nak amek paper SPM..
heheheee...


Bercakap pasal sekolah, dah nak masuk setengah tahun dah Zhareef dihantar ke taska. Dia suka pergi sekolah, tapi part yang paling seksa dalam hidup seorang ibu seperti aku ialah nak kejutkan dia bangun tidur, dan nak mandikan dia.

Aku kena pujuk dia betul-betul, kadang-kadang kerenah dia memang menguji tahap kawarasan aku. Aku faham, budak yang baru berusia 2 tahun 8 bulan seperti dia mana suka nak mandi pagi-pagi. Sedangkan aku sendiri pun kadang-kadang rasa malas nak bangun, ini kan pulak budak kecik macam dia.

Satu hal lagi, nak gosok gigi. Aku kena bawak anak patung pooh dia tu masuk dalam bilik air, sebab aku kena berlakon sikit nak bagi mudah dia gosok gigi. Dia dengar cakap pooh ok...pooh tu la segala-galanya bagi dia. Arghhhh....stress mak.

Sebenarnya, dalam usia dia yang belum pun cecah 3 tahun, aku tak pernah memaksa pun dia belajar macam budak dah besar. Biar lah dia belajar mengikut apa yang dia termampu, maksud aku, aku tak suka nak pressure kan dia dengan ABC atau 123 berlebih-lebih sangat. Aku suka ajar dia sambil santai-santai supaya dia tak rasa tertekan. Dia baru berusia 2 tahun 8 bulan, bukan 28 tahun kan. Aku tak nak ganggu ekosistem dunia kanak-kanak dia. Dunia dia sekarang ialah bermain, jadi aku suka ajar dia sambil bermain.

Aku ada terbaca satu artikel yang pada aku agak menarik, dan aku setuju dengan pandangan seorang pensyarah dalam artikel tersebut mengenai integriti ibubapa dalam mendidik anak pada masa kini. Aku rasa semua ibubapa patut baca.

Sapa taknak anak-anak yang pandai, aku pun nak. Semua mak bapak mengimpikan anak-anak yang bijak. Tetapi, jangan lupa...akhlak juga penting.

Artikel itu disini. Thanks The Vocket sebab menyiarkan artikel tersebut.

Selepas membaca pandangan pensyarah tersebut, baru aku faham kenapa ada antara kanak-kanak genius yang dulunya dibanggakan tetapi dipengakhiran hidupnya begitu menyedihkan.

Ianya disebabkan oleh 2 perkara iaitu..

Tekanan dan akhlak!


Jangan buat anak-anak kita tertekan, dan semoga anak-anak kita dipelihara akhlaknya.



7 comments:

cinta said...

Setuju.
Xperlu bagi tkanan sblm waktunya.
Let them be kids.
Ala cumel la pulak budak2 kunit amik exam.

SuzieLAWAti said...

Ameen... berapa markah anak umi dapat ni...

Julie Shahril said...

siti: hahaa comel kann...mcm2 gaya.tabik kat cikgu2 tadika/taska sbb mampu melayan kerenah dorang.

cpl: blom tau lagi..result blom keluar...ecehhh

tasekM said...

kesian pulak aku rasa budak2 sekarang ni kan...?

kita dulu seronok main tak ingat dunia umur2 gitu...



.

Julie Shahril said...

tas: tau takpe..bdk skg agak tertekan, tambah lg smua berlumba2 nak dpt A paling byk.

Dr Singa said...

sekejap kanan
sekejap kiri

Julie Shahril said...

kakizat: a'ah kak...dia masih confuse lagi, nak guna tngan kiri ke kanan, bantai jela dua2...haha