Showing posts with label zhareef haiqal. Show all posts
Showing posts with label zhareef haiqal. Show all posts

Friday, September 9, 2022

Dahi berlubang

Cerita throwback.



Kisah yang berlaku semasa hari raya yang lepas. Hari raya ke berapa aku dah tak ingat. Cerita jatuh luka berdarah. Cerita yang membuatkan aku trauma. Aku yang trauma, bukan anak aku. Dia tak pandai lagi nak trauma-trauma, serik pun tidak.

Nampak dahi dia berlubang? Sebab itu aku trauma. Aku ini anak tak ramai, cuma 2 orang. Tapi penatnya macam ada 5-6 orang anak. Agaknya sebab itu anak aku hanya 2 orang (setakat ini lah). Kalau aku ada anak ramai tak tahu macam mana nak urus. 

Di hari kejadian, aku 4 beranak bersiap-siap untuk beraya disalah sebuah rumah sahabat aku di Kajang. Punya teruja aku nak jumpa kawan-kawan hiking yang dah lama tak bersua muka. Nak ambil gambar, nak borak-borak dan bergosip, haha.

Dah bersiap, husband aku turun dulu sebab dia nak buang sampah. Aku turun 2-3 minit saja selepas husband aku turun. Jarak masa tu tak lah jauh. Anak aku 2 orang itu bersama dengan aku waktu itu. Dari dalam lif aku dah pesan jangan berlari, nanti jatuh. Pesanan yang macam dah jadi zikir setiap hari tapi zikir ini langsung tak lekat di kepala mereka berdua.

Sampai saja di lobi, pintu lif terbuka. Zhareef dan Rayqal terus meluru keluar nak berlumba berlari. Aku sempat jerit….jangan lari…

2 saat kemudiam….bammm! Rayqal jatuh terhantuk di kerusi batu.



Inilah meja dan kerusi batu tempat Rayqal jatuh dan terhantuk

Kedengaran suara tangisan diiringi semburan darah yang banyak. Aku agak panik waktu itu. Kau bayangkan kami bersiap lawa-lawa nak pergi beraya tapi at the end of the day ke hospital. Nasib baik kebetulan ada jiran lalu ketika kejadian dan dia menghulurkan kain napkin anak dia kepada aku untuk lap darah dan tutup dahi yang dah berlubang.

Dahi berlubang!

Aku tak tahu lagi ketika itu dahi Rayqal berlubang. Semasa kejadian hinggalah sampai ke hospital aku tutup dahi dia dengan kain napkin. Dihospital ketika doktor check barulah aku tengok sendiri rupanya dahi dia berlubang yang agak mengerikan. Aku sendiri tak sanggup nak tengok lama-lama.

Bila dahi dah berlubang mestilah kena jahit. Doktor yang jahit itu adalah doktor bedah plastic surgery. Pihak hospital yang cadangkan jika nak jahitan cantik, kemas dan tidak meninggalkan parut yang besar, kena minta doktor bedah plastic surgery jahitkan. Tapi masa itu doktor tersebut tidak ada di hospital, dia on call. Kena tunggu 1 jam. Okay la setakat nak tunggu 1 jam tak ada masalah sangat. Aku dah biasa menunggu dihospital 2-3 jam sebelum ini.

Semasa nak jahit Rayqal meronta. Tak tahulah kenapa kali ini dia macam takut nak kena jahit. Bila dia meronta doktor susah nak buat kerja. Jadi, doktor kata budak ini perlu di bius supaya dia tidur, barulah kerja jahit-menjahit mudah nak buat.

Maka, Rayqal kena bius separuh sedar. Memang teliti cara doktor ni jahit, aku puas hati. Jahitannya rapat-rapat dan kemas untuk mengelakkan parut yang besar. 

Rayqal kena 7 jahitan.

Sebelum ini dia pernah kena jahit dikepala juga, 3 jahitan. Jadi, total semua 10 jahitan dah dikepala budak ini. Tepuk dahi aku.



Gambar terkini budak jendul ni. Parutnya masih ada tapi parut yang licin, bukan parut yang menggerutu. Aku sapukan lotion vitamin E untuk hilangkan kesan-kesan parut. Dua kali dah kepala bergegar dengan 10 jahitan, harap-harap bijak lah nanti.


Memelihara anak lelaki yang lasak memang kau akan semput. Aku pesan dan selalu peringatkan dia tentang dahinya yang pernah berlubang, tapi budak ini mana reti serik. Dia insaf sekejap saja, lepas itu dia lupa dah. Bagus juga ada parut didahi tu, mudah aku nak tunjuk kat dia supaya dia behave sikit.


Maka, cerita nak pergi beraya bertukar kepada tragedi berdarah di kerusi batu.




Wednesday, April 24, 2019

Wetland Banting - jumpa badak air

Ini cerita bulan februari haritu. Peram lama sangat.

Aku bawa budak 2 ketol yang suka tengok binatang tu ke Wetland Banting. Ramai yang keliru Wetland Banting dan Wetland Putrajaya.

Aku ke Wetland Banting, bukan ke Wetland Putrajaya.

Masuk free je. Biasanya kalau ke sini, aku selalu nampak buaya sebab memang buaya yang selalu munculkan diri. Selain dari buaya, ada juga badak air, tapi badak air ni sangat susah nak munculkan diri.

Tapi haritu aku ada luck. Badak air munculkan dirinya naik ke darat setelah lama berendam.

Bukan anak-anak aku je teruja, aku pun sama....hehe



 Ini budak suka sangat dengan buaya. Aku rasa kalau boleh dia nak peluk buaya tu.


 Selain buaya, kalau dia nampak biawak pun dia suka, sebab biawak tu kan macam buaya jugak


 Muka dia bila nampak buaya


 Selain dari buaya dan badak air, ada kura-kura besar jugak


 Tapi masa ni tak boleh masuk ke kandangnya. Aku tengok dari luar pagar je


 Jeng jeng jeng....itu dia badak air.


 Aku yang over menjerit bila nampak badak air ni. Bukan menjerit takut, tapi menjerit excited


 Waktu aku pergi zoo, aku cuma dapat tengok badak air dari kejauhan je, jadi bila nampak badak air dekat depan mata macam ni, mesti la aku teruja gila


 Badak air ni naik ke darat sebab dah tiba waktu dia makan


 Dekat depan mata je ni tau.


 Menyelerakan sungguh dia makan, tak pandang kiri kanan dah. Tapi ada sekali tu dia sempat menjeling kat aku sebab aku sibuk nak ambil gambar dia. Ngeri siot tengok dia menjeling


 Ye, ada tembok. Kalau takde tembok dah lama kena terkam dengan si hippo ni


Waktu ni dalam pukul 3 ptg...so kalau sesapa nak jumpa hippo ni cuba-cuba lah pergi sana pukul 3 ptg...cuba ok, kalau tetiba hippo tak muncul, jangan salahkan aku pulak...hihi. Sebabnya kawan Miza pergi sana lepas aku suggest pukul 3 ptg, alhamdulillah, memang dia bertuah dapat jumpa hippo ni.


 Close up sikit

Kalau tengok dari dekat, badan badak air ni macam ada bulu-bulu halus. Pada badan dia macam ada darah kat liang-liang roma. Kau bergaduh ke dalam air tu?


 Dah kenyang ke?

 The best part is...tiba-tiba badak air ni angkat kepala
korang nampak tak mulut dia seolah-olah macam tersenyum...
hahaha..


 Eh sambung makan lagi


 Masa ni badak nak beransur pergi....dia dah kenyang


 Dia nak masuk dalam air semula

Bye-bye hippo...
ternyata tak rugi aku datang kesini hari ni..




Thursday, June 8, 2017

Rayqal yang lebam


Ini muka lebam kebiruan Rayqal selepas keluar dari perut. Muka dia jadi macam ni sebab dah lemas. Tak dapat aku bayangkan kalau lambat dibedah....

Gambar ni sangat berharga sebab hanya ini satu-satunya gambar muka lebam Rayqal yang sempat diambil, fresh from my tummy.

Kesian Rayqal, struggle dia dalam perut nak keluar, dan struggle juga aku melayan contraction yang menggila sampailah masuk dalam bilik OT, dah cucuk ubat bius, baru aku tenang sebab tak rasa apa dah. Kalau tak rasa macam nak mati.

Proses kelahiran kali ini sangat-sangat menyakitkan.

Dan ini gambar Rayqal di usia 5 bulan....sudah kacak!

Masa awal-awal Rayqal lahir, abang dia Zhareef macam tak suka dan tak nak dekat langsung dgn adik dia. Aku sangat faham sindrom anak sulong. Dia bukan tak suka tapi dia nak ambil masa untuk menerima adik dia. Dia bukan benci tapi dia takut mama dan papa tak sayang dia lagi. Aku perhatikan pe'el Zhareef masa aku dalam pantang, dia macam berjauh hati sikit.

Ye lah, selama ni dia sorang, tak ada adik, semua tertumpu ke dia. Bila ada adik, dia buat perangai merajuk. Kadang-kadang rajuk dia tu over sangat. Dia minta perhatian dan minta aku layan dia lebih. Dia takut aku tak sayang dia lagi.


Tapi lama-lama, dia pandai sayang adik dia. Bila orang acah-acah nak ambil adik dia, dia marah terjerit-jerit. Alhamdulillah dia semakin rapat dengan adik. Kadang-kadang dia ajak adik dia tengok kartun, main-main dengan adik, peluk adik. Lega sikit aku rasa. Semoga korang 2 beradik terus rapat sampai tua yer. 

Dan ketahui lah Zhareef dan Rayqal, mama dan papa sayang korang berdua sama banyak, takde kurang atau beza walau sikit pun. 




Friday, April 21, 2017

Pandang-pandang, jeling-jeling

Ada satu hal yang aku musykilkan dan hal ini sebenarnya aku tak suka.

Kalau aku keluar bawa anak-anak kecil yang mana sorang berusia 5 tahun sentiasa tak duduk diam, dan sorang lagi baru berusia 4 bulan yang sekejap-sekejap merengek nak susu, maka akan bergema lah suara mereka berdua seantero alam.

Contoh paling mudah. Si kecik aku Rayqal menangis nak susu. Lokasi ketika itu ialah didalam sebuah restoran. Aku akan mengambil masa sikit nak pakai nursing cover, buka zip/butang baju, amek Rayqal, pangku dan bagi dia susu. Tapi kita tak boleh expect baby itu akan terus senyap dan menghisap susu dengan diam. No.

Rayqal ni sama perangai macam abang dia, kalau dia nak susu, memang tak menyabor. Bila dia dah meraung, akan ada orang-orang sebelah jeling-jeling, pandang-pandang macam aku buat jenayah besar dalam restoran tu. Ada yang pandang siap sengih, sengih sebab aku aku tak tahu. Ada juga couple yang pandang, pastu bisik-bisik, pastu senyum.

Hello, aku buat salah besar ke? anak aku menangis nak susu je kot.

Kenapa mesti nak pandang macam aku buat salah?

Ini lah yang berlaku masa aku pergi Cameron Highland haritu. Aku cakap kat husband aku.

"Kenapa semua orang pandang macam kita ni buat salah besar? Rayqal menangis nak susu je, itu pun nak pandang. Apa mengganggu sangat ke suara budak menangis ni sampai nak bisik-bisik"

Bila kejadian macam tu, aku sebagai ibu yang nak handle anak akan rasa tak selesa. Tolong jangan pandang aku dengan pandangan seolah-olah aku bersalah dan tak patut bawa anak ke situ. Tunggu kau ada anak esok baru kau faham.

Sebab itu sekarang, bila aku berada di tempat orang ramai, kalau aku dengar dan nampak budak mengamuk atau menangis, seboleh-boleh aku tak nak tengok. Tengok sekilas je, pastu buat lah hal sendiri sebab aku faham perasaan ibu itu macam mana. Malu tau bila orang pandang dengan pandangan annoying macam tu.

Siapa suka anak mengamuk kan.



Friday, October 21, 2016

4 tahun

05 Oktober yang lepas aku dan husband buat sambutan hari lahir Zhareef yang ke-4 tahun di taskanya, bertempat di bangunan Wisma Pertanian dan Industri Asas Tani, Presint 3 Putrajaya. Majlis yang sangat simple, aku hanya bawa sebijik kek dan 75 keping buku mewarna sebagai hadiah kepada kawan-kawan Zhareef.

Mula-mula ingat nak bagi goodies bag, tapi masa dah suntuk dan aku fikir apa benda lah nak letak dalam goodies bag tu? Aku tak nak letak jajan atau makanan yang merapu. Pikir punya pikir, aku bagi buku mewarna, at least ada jugak aktiviti budak-budak tu kat rumah. 75 keping buku mewarna aku beli borong, sebab kawan-kawan playschool Zhareef ada 75 orang, ramai kan...

Bayangkan kalau aku nak membungkus 75 goodies bag....tak larat aku. Bagi buku mewarna lagi bagus, tak perlu nak bungkus-bungkus dan sangat bermanfaat untuk budak-budak.


 birthday boy muka serius jer

Semua berkerumun nak makan kek
sweet betul budak-budak ni


Walaupun ianya hanya satu majlis yang simple, tapi bermakna untuk Zhareef. Seronok tengok budak-budak makan kek ramai-ramai.

Abang Zhareef dah big boy, tak lama lagi nak jadi abang. Mama doakan abang Zhareef membesar menjadi anak yang baik, bahagia dunia dan akhirat, dan ketahuilah betapa mama dan papa sangat-sangat sayang pada abang tau.

Love you.


Thursday, June 23, 2016

Speech Delay : Bahagian 4 : Ego

Dah lama tak update pasal perkembangan speech delay Zhareef. Perjumpaan dengan speech therapy kali ke-4 dalam bulan May hari tu kalau tak silap, lupa dah. Tapi sebab masa tu aku takde mood nak tulis dalam blog.

So, hari ni aku nak share.

Aku nak bercakap pasal EGO.

Aku bercakap dengan speech theraphy bahawa di sekolah Zhareef sangat payah nak bercakap dengan kawan-kawan dan teacher dia. Teacher dia kata, Zhareef sangat pemalu. Nak bergaul pun susah.

Aku dan husband pun pelik, kat rumah dia kemain becok, menyanyi, berjoget, membebel tak henti-henti walaupun bahasa dia pelat dan entah apa-apa. Tapi bila kat sekolah, rupa-rupanya sikap dia sangat berbeza, sangat kontra.

Aku pun mengiya kan saja bahawa Zhareef ni pemalu. Tapi, aku heran jugak, kalau pergi taman permainan, jumpa budak-budak sebaya dia, elok je dia berkawan, tak nampak macam pemalu pun. Kalau balik kampung, kemain seronok main dengan sepupu-sepupu dia, takde nampak muka pemalu jugak.

Speech theraphy itu pun mula berborak-borak dengan Zhareef, umpan dia dengan mainan.

ST : Awak nak mainan ke tak nak Zhareef?

Zhareef : (Diam, pandang-pandang muka aku)

ST : Awak dengar tak saya tanya? Awak nak mainan ke tak nak? Kalau tak nak, saya simpan balik lah. (ST sengaja nak tengok response Zhareef macam mana, so kena ugut sikit konon-konon nak simpan mainan tu).

Zhareef : (Diam lagi)

ST : Ok lah, awak tak nak mainan, saya simpan. (ST buat-buat ambil mainan dan konon-konon nak simpan)

Zhareef : Nak mainan..

ST : Haa...ada pun suara (ST pun bagi mainan pada Zhareef)


Ok. Daripada perbualan tersebut, nampak macam ringkas, nampak macam takde apa-apa kan? Tapi sebenarnya...ada something hidden tentang perangai dia.

Zhareef bukan pemalu, dia sebenarnya ego.

Ingat orang dewasa je ada ego? budak-budak pun ada ego tersendiri. Kenapa speech theraphy kata Zhareef ego?  Kerana...


Dari perbualan tentang mainan tadi, Zhareef tak menunjukkan riaksi pemalu. Kalau budak yang betul-betul pemalu, dia tak akan pandang langsung muka orang tu, malahan akan bangun dari kerusi dan terus lari menyorok belakang mak dia. Bila dia di ugut mainan akan disimpan, baru dia cepat-cepat buka mulut dan bercakap.

Kalau budak yang betul-betul pemalu, dia langsung tak akan buka mulut.

Faham tak?

Macam kita orang dewasa juga, ada ego masing-masing. Contohnya, dah buat salah dengan seseorang, tapi tak nak minta maaf, bukan sebab malu, tapi sebab ego.

Dan kerana ego juga lah Zhareef susah nak berkawan kat sekolah. Speech theraphy kata lagi...

"Zhareef ni pemikiran dia macam ni, kat sekolah kalau teacher atau kawan-kawan bercakap dengan dia, dia tak nak layan atau balas balik bercakapan orang tu sebab dia fikir....buat apa aku kena bercakap dengan dia? penting ke? Tak payah cakap lah"

Bagi Zhareef, tak penting nak bercakap dengan teacher atau kawan-kawan kat sekolah, tapi bila balik rumah mulut dia becok sebab dia rasa penting nak bercakap dengan orang yang dia kenal, yang rapat. Dengan orang yang dia tak berapa rapat, dia malas nak bercakap.

Haa.. gitu lah serba sedikit kisah budak kecik ni.

Ego ni, kalau makin dibiar, takut bila dia dah besar, jadi lagi teruk. Jadi, kita kena kontrol dia. Macam mana nak kontrol?

Mudah je.

Jangan ikutkan sangat kerenah Zhareef. Kalau dia nak sesuatu benda, contohnya dia suka makan coklat. Bila aku tak bagi, dia akan mengamuk. Nak tak nak, aku terpaksa bagi. So, dari situ, dia tau setiap permintaan dia akan dipenuhi, kalau tak dipenuhi, dia akan mengamuk.

Lepas ni, parents kena bertegas. Kalau tak nak bagi dia coklat, jangan bagi terus. Biarkan dia menangis dan mengamuk, tapi lepas tu kita pujuk semula, cakap baik-baik. Sebagai parents, kita ada kuasa nak beri atau tak. Kalau kita biasakan terus memberi walaupun benda tu memudaratkan, anak-anak akan naik lemak. Dari situ lah timbulnya sikap ego dikalangan anak-anak. Bila dah besar nanti, kalau tak dikontrol, mereka akan cepat memberontak kalau tak dapat apa yang mereka mahu.

Faham kan?

Dalam bahasa mudah, jangan terlalu manjakan anak-anak. 

Sesekali kena bagi dia rasa tak semua benda yang mereka nak, mereka akan dapat. Tapi lepas tu kena terangkan semula, kenapa mereka tak layak dapat benda tu? Adakah benda itu memudaratkan? atau benda tu tak penting pun..ada benda lain yang lagi penting. Tapi dalam usia macam Zhareef, nak terangkan secara details memang buang air liur aje. Selalunya aku akan biarkan saja dia menangis. Lepas tu baru aku pujuk semula, kiss pipi dia, peluk dia supaya hati dia sejuk semula.

Bukan mudah jadi mak bapak ni. Banyak dugaan dalam proses nak membesarkan anak.


Harap-harap perkongsian aku ini dapat membantu ibubapa yang ada anak tantrum.


Thursday, June 16, 2016

Operate telinga dan hidung

Alhamdulillah, proses pembedahan Zhareef berjalan lancar. Dia admitted Hospital Putrajaya pada pagi Isnin lepas (06.06.2016), esoknya operate, dan lusa balik rumah.

Aku tidur di hospital 3 hari 2 malam. Layanan pihak hospital baik, makanan pun boleh tahan sedap, hehe.

Ini pembedahan kali ke-2 untuk Zhareef, 2 tahun lepas dia operate tonsil di KPJ Kajang.

 Masa ni Zhareef tidur dari pukul 1.30 petang sampai pukul 6.00 petang, jadi boleh bayangkan aku punya bosan macam mana. Tu yang siap main selfie-selfie. Masa ni rasa menyesal sebab aku langsung tak bawak apa-apa bahan bacaan.

Ini masa staf hospital hantar makan tengahari untuk Zhareef. Bubur nasi dan lauk pauk. Bab ni ada cerita kelakar sikit. Aku puasa haritu. Aku suapkan Zhareef makan, kalau nak harap dia makan sendiri memang confirm bersepah. 

Tengah syok suap-suap, aku tersuap kat mulut sendiri tanpa sedar dan terlupa yang aku ni sedang berpuasa. Siap cakap kat Zhareef... "Sedap dik, sedap.."

Beberapa saat kemudian baru aku tersedar yang aku ni puasa. Apa lagi, terus bangun berlari masuk toilet kumur-kumur mulut. Lepas tu terkekeh-kekeh ketawa sorang-sorang. Apa punya bengong ntah.

Ni dah malam, dah mandi, dah siap dinner. Masa berbuka puasa hospital bagi makanan untuk aku sekali. Lepas tu, dia sibuk nak makan epal....maka gini lah gayanya, eat apple like a king!

Ini esoknya, dah bersiap sedia pakai baju hospital untuk dibawa masuk ke bilik bedah. Sebelum tu, Zhareef kena puasa start pukul 2.00 pagi. Jenuh aku memujuk dia bila dia mintak susu dan air. Kesian pun ada, tapi nak buat macam mana, dia tetap kena puasa.

Sedih masa hantar dia masuk bilik bedah. Aku yang sama-sama tolak katil, lepas tu kena dudukkan dia atas riba masa doktor nak bagi ubat bius. Aku dan doktor sama-sama pegang dia masa dia dah nak pengsan. Sedih tak payah cakap. Nak menitik jugak air mata tapi aku tahankan aje.

Pembedahan berlangsung selama 1 jam setengah. Aku dan husband tunggu di bilik menunggu. Masa ni aku masih gagah berpuasa walaupun tak cukup tidur.

Selepas 1 jam setengah, kedengaran suara nurse panggil nama aku untuk masuk ke dalam. Maknanya pembedahan dah selesai. Husband aku tunggu diluar.

Kesian dia masa ni, menangis aje. Mungkin dia rasa tak selesa dan sakit tu hanya dia yang tau macam mana. Tak nak lepas pegang tangan aku masa ni.

 Dah masuk semula dalam wad. Masa ni dia masih mamai, antara sedar dengan tak. Last-last tertidur. Husband aku pujuk-pujuk bagi dia tenang.

Masa dia tidur tu husband aku keluar nak cari mainan. Nak bagi dia happy. Petang tu, masa dapat mainan...terus segar macam dapat nyawa baru. Maka, penuh la katil dan meja dia dengan mainan. Takpe lah, asalkan dia tak menangis.

Masa ni darah keluar dari hidung dan telinga, tapi doktor kata itu normal, jangan risau. Kalau berlaku pendarahan teruk masa kat rumah nanti, kena cepat-cepat pergi emergency. Sampai ke hari ni, alhamdulillah takde darah keluar dah.

dah semakin segar

Bilik ini ada 2 katil, bermakna untuk 2 pesakit lah. Tapi masa aku disitu, katil sebelah kosong, jadi boleh lah aku menumpang baring dan tidur dengan selesa sikit, kalau tak masak aku nak kena tidur atas kerusi. Dah la bulan puasa. Itu pun aku cuma tidur-tidur ayam sebab ada masa-masa Zhareef akan terjaga dan merengek.

Lepas bedah ni, aku kena pantau telinga dia dari dimasuki air. Doktor ada masukkan tiub dalam telinga dia, dan tiub itu akan terkeluar sendiri dalam masa kurang 6 bulan. Lepas tiub tu keluar, baru lah dia boleh back to normal dengan aktiviti mandi kolam atau mandi laut.

So, dalam masa 6 bulan ni terpaksa avoid kolam dan pantai. Kat rumah pun mandi kena pastikan air tak masuk dalam telinga. Kat taska aku dah pesan dengan teacher dia supaya petang tak payah mandi, just salin baju je.

Harap-harap lepas ni kesihatan Zhareef takde masalah lagi..aamiin.


Friday, June 3, 2016

asik cuti je

Hari isnin depan in shaa Allah, kita semua akan menyambut bulan Ramadhan, dan pada hari itu juga anak aku Zhareef akan masuk wad sebab kena operate telinga. Dalam gegendang telinga dia ada air, dan air itu perlu dibuang. Ermm..dan aku pun akan stay juga di wad untuk jaga dia. 

Harap-harap lah aku larat. For info, currently i'm 11 weeks preggy.

Hari pertama puasa dah kena berbuka di hospital. Lepas operate, kena tidur 1 malam di hospital, esoknya kalau doktor check takde sebarang masalah baru boleh balik.

Kalau tak kerana aku bawa Zhareef jumpa Speech Therapy sebab masalah speech delay tu, sampai sekarang aku tak tahu pun dalam gegendang telinga dia ada air.

Maka bulan ini memang banyak lah aku kena ambil cuti. Nak jaga Zhareef, nak cuti raya lagi, lepas tu nak check-up pulak. Haishh. Nampak gayanya, hujung tahun memang tak cantik lah aku punya appraisal. Penuh dengan cuti je kan...ermmm...

Hanya mereka-mereka yang sealiran dengan aku je faham situasi macam ni.

Wednesday, April 20, 2016

obses Boboiboy


Budak kecik ni dah semakin obses dengan kartun Boboiboy, lagi-lagi lepas aku bawak dia menonton movie Boboiboy di pawagam bulan lepas. Itulah pertama kali aku bawak dia tengok wayang, selama ni aku tak konfiden, takut dia buat perangai.

Di rumah, hari-hari wajib tengok Boboiboy, dari pagi sampai petang. Bapak dia pergi copy cerita tu masukkan dalam external hardisk, ada banyak episod. Jadi, boleh bayangkan tak dari pagi sampai petang dia conquer tv...muntah hijau aku hari-hari tengok Boboiboy.

Tapi, cerita ni ada bagusnya, ada banyak pengajaran. Kisah hormat orang tua, hormatkan ibubapa walaupun jalan hidup kita dan ibubapa tak sehaluan.

Tapi watak yang aku suka dalam cerita ni ialah watak Papa Zola. Papa Zola ni cikgu kat sekolah Boboiboy. Kejap jadi cikgu Matematik, kejap jadi cikgu PJ pulak.

Cikgu Papa Zola berasal dari dunia game, isteri cikgu Papa Zola terperangkap dalam dunia game sejak 15 tahun yang lepas. Cikgu Papa Zola suka buat exam Maths secara mengejut, dan soalan-soalan Maths dia memang tak masuk akal.

Contoh soalan Maths cikgu Papa Zola:

Soalan 1. 
Cikgu ada 5 biji epal. Kamu mintak 4 biji, berapa biji epal kah yang tinggal?

Jawapan semua murid: 1 biji cikgu.

Jawapan cikgu Papa Zola: Salah. Bukan 1 biji. Jawapan sebenar ialah 5 biji. Reasonnya, memang cikgu ada 5 biji epal, kamu mintak 4 biji, tetapi kamu mintak tak semestinya cikgu akan bagi. So, cikgu masih ada lagi 5 biji epal. Hahaha.

Semua murid pengsan dengar jawapan cikgu Papa Zola.

Soalan 2. 
Papa Zola adalah seorang pemandu bas. Dalam perjalanan, dalam bas ada 100 orang penumpang. Di pertengahan jalan, 40 penumpang turun. Kemudian, 20 penumpang lain naik. Soalannya, berapakah umur driver bas tersebut?

Pengsan lagi!

Haa...aku pun berdekah-dekah ketawa tengok cerita ni. Tu belum lagi kisah Adudu yang berusaha untuk jadi baik walaupun dihalang oleh ibunya, alien yang jahat. Bila aku layan cerita ni lama-lama, banyak memberi impak positif sebenarnya. Tak hairan lah movie Boboiboy pecah panggung. Tahniah kepada si pencipta semua watak-watak dan jalan cerita Boboiboy.

"Tolong la mama, Adudu nak jadi baik, Adudu taknak jadi jahat lagi", kata Adudu kepada ibunya.

"Mana boleh, kau tak boleh jadi baik. Belum ada lagi ahli keluarga kita yang baik, paling baik pun pakcik kau, tu pun dia pengasas kumpulan kejahatan", balas ibu Adudu.

Kihkihkih.

 Zhareef dengan topi Boboiboy nya...
Ni muka dia lepas aku marah dia sebab dia taknak balik, nak main lagi..



Monday, October 26, 2015

doktor lelaki vs doktor perempuan

Banyak pertikaian berlaku dikalangan wanita-wanita diluar sana (yang aku baca lah) mengenai penglibatan doktor lelaki dalam bidang O&G. Ada yang boleh menerima, ada yang memang langsung tak boleh terima. Aku sesekali tidak menafikan betapa pentingnya menjaga aurat, terutamanya ketika nak bersalin. Wanita mana rela tempat yang sepatutnya hanya suami berhak melihat tetapi lelaki lain pula terpaksa tengok.

Aku bukan pakar dalam soal jawab agama, tapi aku ada membaca beberapa artikel yang 'mengharuskan' wanita dirawat oleh doktor lelaki, cari dan baca lah. Seboleh-bolehnya, semua wanita mahukan doktor perempuan yang merawat mereka ketika melahirkan anak. Dalam Islam pun, kita diwajibkan memilih doktor perempuan (Islam), jika tiada, doktor perempuan (bukan Islam), kemudian jika tiada juga, baru lah dengan doktor lelaki. Betulkan apa yang aku tulis ini jika aku salah.

Pengalaman aku bersalin 3 tahun lepas, aku ditemani oleh 2 orang doktor, sorang doktor lelaki dan sorang doktor perempuan. Memang itu prosedur wajib yang mereka mesti patuhi ketika mengendalikan wanita bersalin. Kalau doktor lelaki yang ditugaskan, mesti ada doktor perempuan sekali. Di hospital Putrajaya, suami dibenarkan masuk ke dalam labour room, jadi waktu itu husband aku memang ada sekali dengan aku, dia tengok semua apa yang doktor buat.

Malu?

Sudah semestinya malu. Itu belum lagi labour room dipenuhi dengan doktor-doktor pelatih. Dah macam tayangan tiger show aku rasa. Malu jangan cakap lah. Tapi itu lah prosedur doktor-doktor pelatih yang mereka kena buat. Mereka bukan saja-saja masuk nak tengok kau punya, mereka bukan gatal-gatal nak tengok kau kangkang. Mereka nak jadi doktor, kena lah belajar. Cuma, perasaan malu itu memang ada, tapi bila difikirkan balik, aku ni tengah sakit, anytime boleh terberanak, dalam keadaan sakit macam tu, perasaan malu itu hilang sikit demi sikit.

Apa bezanya dirawat dengan doktor lelaki dan doktor perempuan?

Ok, ini based on my own experience lah. Lain orang, lain pengalaman bersalinnya. 

Doktor lelaki yang merawat aku begitu lembut, setiap apa yang dia nak buat, dia akan bagitau aku dulu. Aku tak rasa sakit pun masa dia check, aku boleh rilek lagi. Tapi...bila datang je doktor perempuan, bermula lah mimpi ngeri dalam hidup aku. Doktor perempuan tu ganas, kasar dan garang. Dia check bukaan aku dengan penuh emosi sampai aku hampir menjerit kuat dalam labour room. Adakah dia sedang mengalami period pain? atau baru bergaduh dengan suami dia dalam telefon? atau dia sebenarnya dah terlalu penat sebab tak cukup rehat lalu melepaskan kesemua kepenatan itu kepada patient?

Husband aku yang tengok apa yang dia buat pun jadi geram, tapi masih bersabar sebab dia doktor, takkan lah husband aku nak cakap lebih-lebih. 

Perempuan, adalah makhluk yang Allah ciptakan penuh dengan emosi. Aku kan perempuan, aku faham sangat perempuan ni macam mana. Doktor perempuan yang sudah bekerja terlalu lama, mereka akan penat, stress, mengantuk dan akan mempunyai perasaan marah pada pesakit. Lelaki, lebih cool sikit. Siapa-siapa yang mempunyai pengalaman sama macam aku, mesti faham kenapa aku fobia dengan doktor perempuan, hehhehheh.

Tapi itu tidak bermakna aku menolak untuk dirawat dengan doktor perempuan. Tak semua doktor perempuan tu ganas dan kasar. Ramai je doktor perempuan yang baik dan lemah lembut dengan pesakit (ini merujuk doktor O&G).

Jadi, kepada perempuan-perempuan yg sedang belajar medic dan bercita-cita nak jadi doktor, pakar sakit puan, belajar juga untuk mengawal emosi. Kami tahu dan faham kerjaya anda memang memenatkan. Jangan garang sangat pada pesakit, kecuali kepada pesakit yg degil dan tak mahu mendengar nasihat doktor.

Baca juga di The Vocket tentang sebab kenapa perlunya kehadiran doktor lelaki di bilik bersalin.

Bagi mereka yang berkemampuan untuk bersalin di hospital swasta, mereka boleh memilih doktor perempuan, ada setengah hospital mempunyai seorang doktor perempuan 'feveret' ramai patient. Tapi itu bagi yang berkemampuan lah, bagi yang marhein macam aku ni, pilih aje hospital kerajaan. Cuma, luck aku kurang baik masa tu sebab dapat doktor perempuan period pain, hihi. Yang lain-lain, hospital Putrajaya takde masalah dan menjadi pilihan ramai wanita untuk bersalin di sana sampaikan wad full, dan yang aku bengang, ada yang datang jauh dari Seremban semata-mata nak bersalin di hospital Putrajaya. Seorang nurse kata, diaorang nak dalam mykad anak diaorang tercatat no.ic kod Putrajaya. Hahaa...macam-macam!




Friday, October 16, 2015

Speech Delay : Bahagian 3 : Jadi budak semula

15 Oktober 2015.

Temujanji ke-2 untuk berjumpa Speech Therapy, pukul 11.30 pagi.


 di sini lah temujanji aku dan Zhareef


Sesi ke-2 berjumpa speech therapist ini adalah untuk melihat perkembangan komunikasi Zhareef selepas perjumpaan pertama 4 bulan yang lalu. Tapi kali ni, Zhareef bad mood. Apa yang doktor tanya dia tak nak bagi response, dia pandang ke arah lain, tak nak bercakap langsung dengan doktor.

"Dia kenapa? memang dari tadi mood tak baik ke?" doktor tanya aku.

"Tak lah, tadi kat luar elok je dia" aku jawab.

Aku pun pelik kenapa Zhareef tiba-tiba hilang mood. Aku pandang jam, dah pukul 12.30 tengahari. Ok, baru aku faham. Waktu macam ni dia mengantuk, memang jangan harap lah dia nak layan orang.

Tapi doktor tu terus juga bertanya dan bercakap-cakap dengan Zhareef, umpan dengan mainan. Ada la response sikit, tapi kurang memberangsangkan. Agak susah lah doktor nak tahu tahap communication skills dia.

"Awak ada video dia bercakap tak?" soal doktor.

Aku belek-belek telefon, memang berlambak video dia, tapi apa yang dia cakap tu dalam bahasa dia.

"Video dia mengira 123 ada lah.." aku jawab.

"Ok, kat rumah dia macam mana sekarang?" soal doktor.

Orait, aku pun explain pada doktor satu persatu.

Begini..

1. Selepas jumpa doktor 4 bulan lepas, selepas dah buang tahi telinga, ada sedikit improvement pada Zhareef, walaupun tak banyak tapi tetap ada. Banyak juga perkataan yang dia boleh sebut berbanding sebelum ini. Aku sebut lah satu-satu perkataan depan doktor dari kategori binatang, benda, makanan dan sebagainya.

2. Zhareef adalah seorang yang aktif di taska, sampai teacher dia pun puji Zhareef pandai, tahun depan dah boleh masuk playschool, tak perlu duduk dalam kelas toddler lagi. Masa dalam kereta, ada lagu 'Kun Anta', lagu arab yang glemer tu. Bila dengar je lagu tu, terus Zhareef menari sama sebijik macam teacher-teacher dia menari masa hari sukan. Bila aku suruh dia ulang balik tarian tu, dia malu, terus sengih-sengih je.

3. Lepas makan sesuatu atau minum air kotak, Zhareef tahu buang sendiri dalam tong sampah. Dia dah tau dimana letaknya tong sampah, dan dia tahu apa fungsi tong sampah tu.

4. Zhareef dah pandai mintak nasi kalau lapar, bagitau mama dia berak, mengadu kat papa kalau dia tak puas hati dgn mama...adoi, bab ni memang tak boleh blah, pantang silap sikit dia pi mengadu kat papa dia. Cehhhh.

5. Zhareef suka lakonkan semula apa yang dia tengok dalam video terutama video masa dia kecik (baby). Memang mengekek-ngekek lah aku gelak tengok dia berlakon.

Itu lah serba sedikit explanation aku pada doktor.

Lalu, doktor pun berkata..

Melalui penerangan aku tadi, masih belum banyak perkataan yang Zhareef boleh sebut. Apa yang Zhareef lakukan ialah 'Imitation'. Imitation ialah a thing intended to simulate or copy something else. Maksudnya, Zhareef hanya meniru apa yang dia lihat dan apa yang dia dengar. Ada masa-masanya dia tak faham pun apa dia cakap, sebab dia hanya meniru apa yang orang ajar tanpa memahami percakapan itu. Sama lah macam menari lagu Kun Anta, dia meniru apa yang teacher dia buat. 

Satu lagi, kenapa Zhareef malu nak menari depan aku dan papa dia?

Kerana, perbuatan menari itu dia hanya lihat dan lakukan di taska bersama-sama teacher dan kawan-kawannya. Bila balik rumah, tidak ada seorang pun diantara kami yang menari. Jadi, dia rasa kekok nak menari depan mama dan papa dia sebab dia tak pernah nampak pun mama dan papa dia menari.

(Kali ni aku menahan gelak sambil membayangkan aku dan husband aku menari lagu 'Kun Anta')

Jadi, apa yang perlu aku buat ialah..

Buat apa yang macam teacher dia buat di taska. Kalau perlu menari, menari lah. Ada masanya kita perlu bermain dengan anak sambil membuat memek muka yang kelakar atau memek muka yang buruk, senang cerita...we have to go back to childhood, kembali semula ke 30 tahun yang lepas.

Kita kena jadi budak-budak semula!

Wallaaaa.....kata rindu zaman kanak-kanak kan....haaa, ni dah ada chance nak jadi budak-budak. Hahahaaa...

Apa yang doktor cakap tu betul. Sama macam apa yang pernah aku baca. Untuk mendidik anak-anak yang usianya bawah 6 tahun, kita kena jadi budak-budak. Baru mereka tertarik dan sel-sel otak akan bersambung kerana dunia kanak-kanak di bawah 6 tahun adalah dunia bermain. Bangun pagi, petang, subuh, malam...yang mereka tahu hanya bermain!

dan sekarang, kita dah faham kenapa kita perlu mendidik anak mengikut sunnah Nabi..
now i understand. Apa yang Nabi buat tu dah betul dah.

So, faham kan?

Jadi budak-budak, menari, menyanyi, jadi kuda, jadi harimau...jadi lah apa saja mengikut kehendak anak. Dengan cara itu, anak-anak tidak berasa janggal nak menari atau menyanyi di rumah.

Nampaknya mama kena berlatih vokal nak menyanyi nih, skill menari pun dah lama ke laut, hahaha.

Ok, ok, aku masih lagi membayangkan aku dan husband menari lagu 'Kun Anta'. Muahahahaaa...

Memberi arahan dengan pertanyaan 

Faham tak apa itu memberi arahan dengan pertanyaan? Doktor advise begini..

Contoh 1:

Zhareef, buang sampah. Nak buang sampah itu di mana? dalam tong sampah atau dalam singki?

Arahan membuang sampah itu disertakan dengan pertanyaan supaya anak-anak berfikir di mana harus mereka membuang sampah. Ini untuk menguji keupayaan mereka berfikir. Kalau mereka tak dapat jawab, bagi 'hint'. Kalau tak dapat jawab juga, tunjukkan mereka bahawa sampah harus dibuang didalam tong sampah, bukan didalam singki.

Faham?

Dah macam cikgu mengajar Bahasa Melayu dah aku ni....kihkihkih.

Contoh 2:

Zhareef, mari kita tidur. Kita nak tidur di mana? atas katil ke? atas meja?

Soalan tu kedengaran macam lawak, tapi soalan itu untuk menguji mereka berfikir. Di sini, kita bukan nak mendera anak-anak dengan memaksa mereka berfikir, tetapi kita melatih mereka untuk berfikir, nak dengar jawapan dia sama ada betul atau salah. Kalau salah, kita betulkan. This is one of the learning process. Didikan itu bermula dari rumah, kita ajar perkara-perkara yang basic pun dah cukup.

Kita terangkan pada mereka bahawa untuk tidur, kita kena tidur atas katil, bukan atas meja. Biar mereka faham apa fungsi katil, apa fungsi meja.

Haaa...gitu lah pembelajaran kita hari ini.

Ini saja lah serba sedikit yang dapat aku kongsikan, banyak ilmu yang aku dapat melalui proses perjumpaan ini. Ramai yang kata, jangan risau anak lambat bercakap, lama-lama bercakap lah dia. Aku faham tu. Tapi ada hikmah besar yang aku dapat melalui pelbagai temujanji ini.

Hikmahnya, melalui perjumpaan ini lah aku baru tahu dalam gegendang telinga Zhareef ada air. Kenapa ada air? Kerana dia kerap kena selesema. Kalau tak kerana jumpa ENT haritu, aku tak tahu pun masalah ini. Jadi, kepada ibubapa yang ada anak kerap kena selesema, check lah. Kadang-kadang kita rasa masalah ini macam remeh, tapi boleh jadi besar kalau dibiarkan. Air di telinga itu kalau dibiarkan takut ada infection. Infection tu lah yang merbahaya.

Sekarang Zhareef masih lagi makan ubat yang doktor bagi. Next appointment berjumpa ENT dan Audiology ialah bulan Desember nanti untuk check semula air itu ada lagi ke atau dah kering. Kalau kering, alhamdulillah. Kalau masih ada, kena buat operation.

Phewww.

Bersabar aje lah.

Ini saja perkongsian temujanji kali ini. Upcoming episode will be continue in december.


 Ini buku yang aku baca sambil-sambil menunggu doktor..
aku pernah juga merasai 'baby blues' ni...
perasaan seperti...tak sangka dah ada anak, berjaga malam, tak tidur, penat yang amat, mengantuk, stress takde susu, stress baby asik menangis..
semua aku dah rasa..

 Ini topik yang paling sensitif dalam dunia keibubapaan..
ramai dah aku tengok makbapak yang berperang sesama mereka termasuk doktor pasal isu vaksin..
yang mana satu betul aku tak tahu lah..
mungkin doktor tahu... kan..

Penjagaan gigi kanak-kanak

Menyentuh pasal penjagaan gigi, last month aku bawa Zhareef berjumpa dental buat pertama kalinya. Hasil pemeriksaan gigi, alhamdulillah gigi Zhareef takde masalah, bersih cuma alignment lari sikit sebab masa kecik dia pernah jatuh dan gigi depan jadi sompek sikit.

Selama ini memang aku yang dipertanggungjawabkan untuk menggosok gigi Zhareef setiap hari. Ya, aku yang gosokkan gigi dia walaupun aku dah ajar dia cara gosok gigi. Aku pernah biarkan dia gosok gigi sendiri, tapi nampaknya biar lah aku yang gosokkan, lagi puas hati.

Dan tindakan aku itu tidak sia-sia bila doktor kata tindakan aku itu betul.

Kata doktor..

"Kebanyakan ibubapa suka membiarkan anak mereka menggosok gigi sendiri. Bukan tak boleh, tapi bila kanak-kanak menggosok gigi sendiri, hasilnya memang tak bersih. Dengan sisa makanan yang melekat dicelah gigi dan juga sisa air susu, benda-benda itu lah yang menyebabkan terjadinya pluque gigi. Sebaiknya, ibu atau bapa yang gosokkan gigi anak sehingga usianya 6 tahun"

Bukan tak boleh bagi anak berdikari dengan menggosok gigi sendiri, tapi kena pantau lah sebab aku yakin diaorang gosok gigi memang tak bersih. Sebab itu gigi cepat rosak. Ataupun, kita gosok gigi bersama-sama dengan anak, tunjuk pada dia cara yang betul, anak-anak kan suka tiru apa yang makbapak buat, biar dia tiru sesuatu yang bermanfaat.


Ok, panjang karangan aku kali ni. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.