Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

bintang kecil di bumi Tuhan


Dah lama aku tak buat ulasan cerita. Hehe.

Filem Taare Zameen Par (Bintang kecil di bumi Tuhan) adalah filem kedua yang aku anggap 'best' setelah filem 3 Idiots. Juga dilakonkan oleh Aamir Khan.

Bukan filem cintan cintun tapi kisah Ishaan, seorang budak lelaki yang mengidap penyakit Dyslexia. Apa itu Dyslexia? Baca di sini.

Aku suka cerita ni yang membawa tagline: Setiap anak adalah istimewa.

Cerita ini membawa banyak pengajaran khasnya kepada ibubapa yang mempunyai anak istimewa. Kanak-kanak yang mengidap Dyslexia bukan beerti mereka bodoh, mereka cuma tidak mempunyai kemampuan untuk belajar secara normal, lambat membaca dan sering keliru untuk mengenal huruf.

...dan boleh pulak di akhir-akhir cerita ini, aku menangis. Bongoknya aku rasa. Husband aku gelakkan aku. Hahaha...

Aku suka lakonan budak yang jadi 'Ishaan' tu, very talented dan bersahaja.





Monday, September 10, 2012

jane jamilah

Drama ni macam lawak-lawak tapi membawa makna yang besar. Dah lama tak tengok Sofia Jane berlakon. Dulu jadi heroin, sekarang dah jadi mak-mak orang. 

Moral of the story from this drama:

"Kalau kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayang, jangan cari apa salah dia, tapi kaji lah apa salah kita"

Drama ini bagus untuk semua yang sudah berumahtangga. Untuk yang masih bercinta-cinta tu boleh juga amek kisah ini untuk dijadikan panduan.




Thursday, May 10, 2012

tiket percuma


Suatu petang saya ke Alamanda bersama husband. Niat nak tengok wayang, cerita The Avengers. Sampai-sampai terus menuju ke kaunter tiket, orang tak ramai. Tengah beratur tu, datang satu couple ni, tak tahu lah diaorang ni bangsa apa, Malaysian ke foreigner, tak pasti. Dia datang menuju ke arah kami dan bertanya:

"Do you want to watch The Avengers?" yang si lelaki bertanya.
"Yes", saya dan husband menjawab serentak.

"Actually I have 2 extra ticket The Avengers 3D, I have bought for my friends but they do not coming.." katanya. Dia menghulurkan 2 tiket tu kepada kami.

"How much do you want to sell to me?" saya tanya.
"It's up to you....berapa-berapa lah"..eh..eh boleh cakap Melayu pulak.

Lepas tu girlfriend dia kata..

"It's ok...I give to you for free.."..dia senyum, terus bagi kat husband saya tiket tu dan blah.

Saya pandang husband, husband pandang saya. Hahaha. Kami gelak. Rezeki...rezeki...dapat tengok wayang free. Sebenarnya plan asal kami nak tengok yang 2D je, tapi dah dapat tiket free 3D...layannnn.

Movie ni gabungan 4 superhero, Ironman, Thor, Captain America dan Hulk. Nice movie actually...nice sampai aku terlelap sekejap. Terlelap sebab pakai cermin mata 3D tu....hahaha...setiap kali tengok movie 3D pasti aku terlelap.

Terima kasih lah kepada 2 orang couple tu, tak kenal pun siapa mereka. Tak pasal-pasal dapat tengok wayang free.


Wednesday, January 4, 2012

ombak rindu

Saya agak ketinggalan untuk menonton filem box office yg dikatakan berjaya mengutip kutipan berjuta-juta ni. Novelnya saya belum khatam. Nak buat ulasan pun tak berapa nak reti. Apa yg saya rasa semasa menonton filem ini ialah.........boring.

Tapi lagu tema nyanyian Adira dan Hafiz saya boleh terima. Lagu tu sangat syahdu.

Kadang-kadang saya terfikir, filem tu yang boring ke atau saya tak ada perasaan semasa menonton?

Lain orang, lain pendapat mengenai filem ni.

Tapi ada satu perkara yg saya suka....perkara yg tak ada kena mengena pun dengan filem ni...

Oh, Lisa sangat cantik berpakaian begini!



Tak ada kena mengena kan...

Wednesday, September 21, 2011

hantu susu


I laughed out loud watching this drama.

Synopsis: Mengisahkan 4 jenis hantu dari telemovie yang lepas iaitu Pontianak kg Batu (Erra Fazira), Kum Kum (Marsha Londoh) , Tangisan Langsuir (Zarina) dan Penanggal (Amy Mastura). Keempat empat hantu ni berpindah ke kampung baru dengan niat nak bertaubat dan jadi hantu baik tetapi di kampung tu mula ada pembunuhan dan mereka berempat cuba menyelamat kampung itu dari Hantu Susu.Siapakah Hantu Susu?

Drama komedi yang best.

Monday, August 22, 2011

merpati putih

Lagu puitis dari drama Tahajjud Cinta. Drama ini mengisahkan perjuangan hak wanita yang sering ditindas, terselit kes penderaan dan penceraian. Nice drama.








Chrisye - Merpati Putih

Mengering sudah bunga di pelukan
Merpati putih berarak pulang terbang menerjang badai
Tinggi di awan, menghilang di langit yang hitam

S'lamat berpisah kenangan bercinta
Sampai kapankah jadinya aku harus menunggu
Hari bahagia seperti dulu

Terserah kasih kembali mesra
Bercumbu langit memadu satu janji berjuta bintang
Dalam pelukan sehangat pagi yang cerah


Monday, May 30, 2011

nur kasih the movie

Finally saya berjaya duduk dalam panggung wayang sit paling belakang untuk menonton Nur Kasih The Movie, antara tiket paling lewat pukul 11.00pm. Berduyun-duyun manusia tengok movie ni. Sangat laku dan tiket cepat habis macam McD buat promo beli burger 1 percuma 1.

Movie ni so-so je. Tak se'best' drama bersiri sebelum ni. Tak tau la kenapa saya tak rasa touching pun, ke saya yg takde perasaan? Bukan tak touching langsung, cuma tak berapa nak touching. Watak Umi Nazira takde, jadi mcm ada kureng sket. Kalau ada Umi mesti ok kot, ada lah perasaan geram sebab Umi bawak watak pompuan psiko, adik kepada Nur Amina (lakonan Tiz Zakiah). Lakonan Tiz tetap mantap macam dalam drama sebelum ni, dan Tiz Zakiah memang comel dan gebu.

Kiranya cerita ni happy ending untuk Nur Amina dan Adam sebab mereka berdua kekal bahagia hingga ke hari tua, cuma malang bagi Aidil sebab dia kematian isteri kerana kemalangan. Fizz Fairuz berjaya membawa wataknya dengan berkesan. Ohh...aku ni nak mengulas movie ke pelakon? huhu...

Secara keseluruhan, jalan cerita movie ni tak berapa nak kuat, tapi visual cantik, lagu tema sedap. Bagus lah Kabir Batia dan isterinya dapat menghasilkan movie keislaman macam ni. Patut diperbanyakkan lagi cerita-cerita berunsur keislaman ni. Ni asyik-asyik filem seram. Boring.

Monday, March 21, 2011

unknown

Unknown mengisahkan seorang lelaki bernama Dr. Martin Harris datang ke Berlin bersama isterinya Elizabeth Harris untuk menghadiri satu persidangan. Semasa tiba di lapangan terbang, briefcasenya tertinggal. Semua pengenalan diri termasuk pasport ada didalam briefcase itu. Dr. Martin Harris bergegas semula ke lapangan terbang untuk mengambil briefcase itu dengan menaiki teksi yg di pandu oleh seorang perempuan bernama Gina.

Dalam perjalanan ke lapangan terbang, teksi yg dinaiki oleh Dr. Martin Harris mengalami kemalangan dan dia telah koma selama 4 hari. Kesan dari kemalangan itu juga Dr. Martin Harris hilang ingatan. Setelah sedar dari koma, Dr. Martin Harris hanya mengingati namanya, isterinya dan untuk tujuan apa dia ke Berlin. Dia bergegas mendapatkan isterinya semula tetapi yang mengejutkan ialah isterinya sendiri tidak mengenalinya. Yg lebih suspen, ada lelaki lain yang mengaku bahawa dia lah Dr. Martin Harris.

Pada aku movie ni menarik. Kali kedua aku hampa tak dapat tengok Merong Mahawangsa, so this time I have chosen to watch this movie. Dari mula sampai akhir, otak aku tak berhenti berfikir apa akan berlaku seterusnya, kenapa ada lelaki lain menggunakan identiti dia dan kenapa isterinya sendiri tidak mengenalinya. Bila dah last-last tu, owhhh... ok, baru tahu kenapa jadi macam tu.

Bila lah agaknya aku dapat tengok Merong ni....


Saturday, March 12, 2011

Mars need Moms

Tiket Hikayat Merong Mahawangsa sold out! Biasa lah cerita tengah panas. Untuk tidak menghampakan diri sendiri yang dah tercegat depan pawagam, saya layan satu cerita bodoh ni, Mars Need Moms.

Hei, siapa kata cerita ni cerita bodoh? Movie ini adalah movie animasi komputer 3D berkisahkan seorang budak lelaki berusia 9 tahun bernama Milo yang suka melawan cakap ibunya. Sepatah ibunya bercakap, 10 patah dia jawab. Pada Milo, ibunya tidak patut ada didunia ini. Pada suatu malam, ibunya telah diculik oleh UFO dari planet Mars. Milo yang kebetulan ternampak ibunya diculik serta merta berlari untuk mendapatkan ibunya semula. Milo sempat berpaut pada kapal angkasa UFO itu dan sama-sama mengikut pergi ke Mars. Dari situ bermula lah kisah Milo yang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan ibunya dari angkara makhluk UFO yang jahat. Pada ketika itu baru lah Milo tersedar betapa pentingnya kehadiran seorang ibu dalam hidupnya. Ibu lah segala-galanya.

Nampak macam cerita bodoh, tapi sebenarnya mesej yang cuba disampaikan amat lah dalam. Sangat sesuai untuk ibubapa membawa anak-anak menonton filem ini di musim cuti sekolah. Biar anak-anak sedar sikit bahawa seorang ibu itu menyayangi anak-anak mereka lebih dari segala-galanya.

Kalau mak aku tak bagi aku buat rafting di Padas macam mana yer? Erk....

Monday, January 3, 2011

3 Idiots

Saya sangat suka tengok cerita ni, 3 Idiots lakonan Aamir Khan yang diadaptasikan dari sebuah novel. Dulu movie ni bersiaran di Astro Box Office (ABO) channel 952, sekarang kat Astro Fiesta pulak. Saya tak pernah jemu tengok movie ni sebab jalan ceritanya menarik, kelakar dan ada sikit romance. Biasa lah filem hindi mana boleh lari dari elemen romance kan.

Cerita ini mengisahkan Aamir Khan seorang pelajar yang luar biasa pandai, mengambil jurusan Engineering di Imperial College of Engineering (ICE) salah satu kolej terkemuka di India. Dia menyatakan bahawa mempelajari engineering itu tidak susah asalkan kita minat dalam bidang itu dan yang paling penting ialah belajar dengan cara yang mudah, bukan dengan cara menghafal apa yang ada dalam buku. Erk...hehe.

Dia juga menyatakan, belajar dan buat sesuatu berdasarkan apa yang kita minat, bukan apa yang orang lain minat. Baru lah hidup kita happy.

Dan yang paling saya suka ialah sebahagian daripada lokasi penggambaran movie ini dijalankan di Kashmir! Very beautiful place in the world.

Wednesday, December 15, 2010

hantu kak limah balik rumah


Hantu Kak Limah Balik Rumah ialah kesinambungan cerita Zombi Kampung Pisang. Saya berkesempatan tengok movie ni semalam dengan Kak Su, Miza, Fad dan adik di Sunway Pyramid. Sangat kelakar..! Two thumbs up!

Lepas habis swimming class semalam saya memecut kereta balik rumah sebab tiket wayang pukul 9.30pm. Fuhh..berbaloi la tengok movie ni. Lawak nak mati...!!

Tahniah kepada pengarah movie ni dan pelakon-pelakonnya.

Monday, October 25, 2010

ulik mayang

from google

Teringat pulak masa sekolah dulu, saya pernah involve menari tarian ni. Masa tu saya tak ambil tahu sangat sejarah tarian ini. Ulik mayang adalah tarian berasal dari negeri Terengganu. Tarian ini macam ada ala-ala 'memuja' sikit. Dengar lagu dia pun bulu roma dah meremang. Tapi anehnya saya akan dengar lagunya banyak kali, macam asyik nak dengar je. Aishh..betul kot lagu ni berhantu.

Tapi masa sekolah dulu persembahan tarian ini hanya sekadar suka-suka saja, tiada unsur khurafat. Mayang yang digunakan adalah mayang kelapa, sepatutnya guna mayang pinang. Ia hanya persembahan hiburan akhir tahun sewaktu sekolah. Penat tau datang sekolah petang-petang buat latihan.

Malu lah nak tunjuk gambar waktu menari dulu, muka aku kelakar yang amat.

Ada slot drama terbaru kat TV3 bertajuk Ulek Mayang, Elly Mazlin jadi heroin, dan Fezrul Khan heronya.



Sunday, October 3, 2010

siapa dah menonton Magika?


Siapa yang dah tengok Magika? Berbaloi tak tengok movie ni kat pawagam? Ke lebih baik tunggu aje keluar kat tv/astro?

Monday, July 12, 2010

rumusan

Ahad, saya, meeza, fad, adik, nurul dan intan ke Midvalley untuk menonton Twilight Eclipse. Actually memang follow siri movie ni. Episod pertama best, kedua boring dan yg ketiga romantik sket sebab Edward dan Jacob saling berebutkan Bella.

Edward:
Pontianak hensem abad ini, cool dan bersifat tidak memaksa. Edward juga memiliki sifat cemburu, biasa la kan, bila girlfren kena tackle, sapa tak jealous. Boleh membaca fikiran orang lain. Terlalu sayangkan Bella dan begitu konfiden Bella akan memilih dia walaupun dia tahu dalam masa yg sama Bella cintakan Jacob. Edward seorang lelaki 'old school' , tidak akan menyentuh Bella kecuali selepas berkahwin. Cool huh...

Suka part ni..
masa Edward melamar Bella supaya berkahwin dgnnya..


Jacob, Bella's bestfriend

Jacob:
Lelaki serigala yg pada mulanya bestfriend Bella, tapi sebenarnya dia sangat cintakan Bella dan berusaha menawan hati Bella tanpa kenal erti putus asa. Tapi kadang kala rimas dgn sikapnya yg suka memaksa Bella. Jacob begitu konfiden bahawa dia adalah lelaki paling tepat sebagai pasangan Bella dan dia pasti boleh membahagiakan Bella. Saya suka sikap konfidennya, tapi rimas dgn sikapnya yg mcm suka memaksa.

Kesimpulan sequence movie yg ketiga ni best untuk di tonton. Tak boring mcm episod kedua.


Thursday, May 13, 2010

ketika cinta bertasbih




Housemate beli VCD cerita Ketika Cinta Bertasbih yg dikirim dari Indonesia. Saya tak sure ada jual kat Malaysia ke tak. Cerita ni best. Cerita kedua yang saya suka selepas Ayat-ayat Cinta.

Cerita yg bagus bukan berdasarkan pelakonnya, tapi penulisnya. Congrats to Habiburrahman El Shirazy kerana dah menghasilkan sebuah novel yg bagus (walaupun saya tak baca...kekekeke).



Friday, March 26, 2010

alice di alam khayalan

pic from internet

Yesterday, precisely at 5.30pm, I've been out of office to go to Sunway Pyramid. I've booked 4 tickets to watch Alice in Wonderland. Phiewww...akhirnya dapat juga menonton movie ni. Hajat di hati nak tgk 3D, tapi utk 3D hanya ada pukul 1pm. Makanya...tgk yg biasa saja sudah.

Komen:
Cerita ni seronok tapi pengembaraan Alice mcm tak mencabar sgt. Tengok kartun dia lagi best kot.


Sekian.



Thursday, February 11, 2010

avatar lagi

Semalam lepas balik keje saya menonton Avatar utk kali kedua. Kali ni yg 3D. Memang best sampai saya mengelak kalo ada benda nak menerkam. Konon2 mcm real je.

Dan yg paling syok, saya tido dlm pawagam.

Suasana gelap, sejuk di tambah dgn spek mata 3D tu memudahkan lagi saya melelapkan mata.

Best kan.

Haha.

Monday, January 18, 2010

avatar


After 2012, Avatar is another great film for the year of 2009. This film is directed by James Cameron, the same director for Titanic. Tayangan tinggal tak banyak, saya baru terhegeh-hegeh gi tgk. Kihkihkih.

Mula-mula saya tak minat sgt dan tak terpikir nak tgk citer ni, tapi member kata best, saya pun pegi la menontonnya sabtu lepas. Ternyata mmg puas hati. Kira hampir 10 tahun James Cameron bertapa tak hasilkan apa2 filem, berbaloi la dia buat filem ni. Gabungan manusia dgn 3D.

Sama mcm Titanic, Avatar memaparkan sifat manusia yg tamak dan mementingkan diri sendiri. Dan sebenarnya James Cameron memaparkan sifat sebenar orang Amerika...hehehe.

Monday, November 16, 2009

pisau cukur


Oh my Dior! Oh my Louis Vuitton! Oh my Gucci!

Sebuah filem ringan sesuai utk seisi keluarga, dan juga sebuah filem ala2 gedik. My friends and I make a plan to watching 2012, punya la beratur pjg, but lastly tiket habis, yg ada cuma malam. Sapa nak stay sampai malam kat Sunway Pyramid tu kan, so we decided (actually I follow aje) utk tgk citer Pisau Cukur.

Citer ni not bad la (tapi tak tau pendapat org lain), kira boleh buat orang dlm pawagam tu gelak. Saya dapat sit sebelah mat saleh, saya tak pasti dia faham ke tak tgk citer ni. Oh..mungkin dia faham sebab ada subtitle. Ermm...mungkin girlfriend dia Malay, sebab tu dia boleh beli tiket citer ni sebab teramat lah susah sekali nak jumpa mat/minah saleh tgk citer Melayu.

Filem ini filem lawak, tapi bagi setengah orang filem ini seakan menyindir golongan tertentu yg mata duitan. But at the end of the story, we know that money is not everything. Dan dalam masyarakat kita sebenarnya, perkara macam ini memang benar2 berlaku. Tapi tak pasti pulak ada perempuan segedik Fazura dan Maya Karin di alam realiti ni, mungkin ada kot. Dan Fazura & Maya, you are the good actress.

Friday, August 21, 2009

the time traveler's wife

Saya mcm nak tengok citer ni...The Time Traveler's Wife.




This movie is based on the best selling book about a love that transcends time. Clare has been in love with Henry. She believes they are destined to be together even though she never knows when they will be separated. Henry is a time traveler, cursed with a rare genetic anomaly that causes him to live his life on a shifting time line, skipping back and forth through his lifespan with no control. Despite the fact that Henry's travel force them apart with no warning. Clare desperately tries to build a life with her one true love.

Macam best je kan movie ni. Beli DVD, pastu tgk kat rumah sambil kunyah2 keropok ke..goreng pisang ke, then minum air teh or kopi panas...ermm..nikmat. Tapi oleh kerana esok dah puasa, jadi haruslah saya tgk lain kali. Mata pun kena puasa juga kan..;)

Pada sapa2 yg rajin membaca, bleh cari novel cerita ni. Kalau saya jangan harap la nak baca novel, novel yg ada pun tak terbaca. Memang tahap gaban punya malas nak membaca. Satu novel amek masa setahun nak abes. So..tgk movie lagi bagus.


The Time Traveler's Wife Novel