Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Wednesday, June 1, 2016

workaholic

Tiba-tiba aku teringat ada orang bertanya pada aku:

"Kenapa ada sesetengah orang suka bekerja macam nak mati? Isnin sampai jumaat memang hari kerja, sabtu pun datang kerja (OT), ahad pun kerja. Pernah tu saya dengar, malam raya pun dia ada kat ofis"

Entah lah. It's depends pada apa yang kau kejarkan dalam hidup. Mungkin orang itu komitmennya tinggi, tambah lagi dia bukan permenant staff, so selagi boleh pulun, dia akan pulun. Bila dah takde projek macam sekarang, mana nak cekau duit kan..

Tambahan pula kalau lelaki, tanggungjawab sangat besar.

Tapi, tapi...ada buruknya juga kalau terlampau obses bekerja. Kau macam takde life, untuk diri sendiri pun takde masa, apatah lagi untuk keluarga. Jangan sampai anak tak kenal kau sudah, hehe.

Badan kita bukannya mesin. Mesin pun akan rosak bila tiba masanya. Jangan bekerja hingga memudaratkan badan sebab badan kita ni nak pakai lama. Otak kita pun pandai letih. Bila dah terlalu lama bekerja, fikiran kita pun tak produktif lagi. Silap-silap, kerja yang kita buat tu takde kualiti.

Tapi...nak buat macam mana....dah namanya pun kerja makan gaji...




Monday, June 29, 2015

48 jam : 3 specs : 16 datasheets

B.o.k.o.r

Keja banyak...

tapi hours sikit...

kadang-kadang aku rasa seperti pengemis!


haishhhhh....

Thursday, September 6, 2012

bukan salah ibu mengandung ye

Aku tak rasa yang aku berkemampuan untuk perform bagus ala-ala pekerja terbaik dalam keadaan sekarang, even dulu pun aku bukan pekerja terbaik sangat. For time being I only involved in 2 projects, and I hate one of them. The other one is okey. Kalau ada sesiapa yang rasa aku mengada or blur-blur...I really don't mind. 

I hate meeting and I hate to be a leader. But someone had said to me, you have to learn how to be a leader but not in this condition ( his eyes pointing at my tummy). Actually, being a pregnant woman doesn't mean you have to take a rest 24-7. I don't think so. Seperti yang pernah aku luahkan dalam protected entry sebelum ni, masalah itu lah yang membuatkan aku benci dengan apa yang aku lakukan sekarang, but nobody understand, and finally, aku rasa aku just follow the way yang ada depan mata. Nak mengadap bos pun, dia sangat busy. Bukan salah ibu mengandung, mengandung tu tak salah dan bukan halangan untuk buat kerja (walaupun penat sikit dan selalu blur-blur), tapi masalah yang aku dah rasa lama, sejak 4 tahun dulu.


Untuk pengubat penat, mari lah kita menge'paw' sample perfume kat klcc.

 Orang lain beli perfume tapi aku yang paw sample. Bukan setakat sample perfume.....tapi......

...tapi juga halfmoon pouch ni. Patutnya untuk dapatkan pouch ni, kena beli perfume 50ml...tapi dengan kejahatan yang ada pada aku...aku pujuk rayu salesman tu...dia bagi jugak. Ngeh...ngeh...ngeh...

Alahai...bape hengget sangat la harga beg sekecik tu? Setakat nak bagi free pada customer takde hal lah, diaorang je yang kedekut.

Shopping adalah pengubat segala tekanan. Kalau takde duit nak shopping, temankan kengkawan shopping pun dah boleh melegakan hati dan perasaan. Kehkehkehkeh...



Friday, February 25, 2011

walk in interview

Dapat tahu pasal benda ni dah lama, tapi baru hari ni nak tolong promosikan. Kepada sesapa yang rasa nak cari kerja tempat lain tu, try la walk in interview hari ni dan esok bertempat di Nikko Hotel, Jalan Ampang.

Aku nak pergi tak?

Tak kot.

Kenapa?

Seperti yang aku cakap, aku tak ada BEM. Lepas tu experience belum cukup untuk melayakkan aku melompat kerja tempat lain. Cukup la haritu bos dah interview aku dalam bilik dari pagi sampai petang, teruk jugak aku kena. Jadi aku rasa mungkin aku tak ada rezeki lagi. Walaupun aku buat banyak benda, HVAC, rotating, material dan static, tapi aku buat sikit-sikit. Sana sikit, sini sikit, jadi apa yang aku tahu pun sikit-sikit je la.

Sabar....tengah sabar ni....


Wednesday, October 6, 2010

akhirnya..


Seriously otak aku dah berkarat dan sepatutnya aku kena kira corrosion rate untuk otak aku ni. Oh padan muka aku juga sebab selama ni aku tipu dalam timesheet charge overhead konon-konon study pasal material, padahal aku buat benda lain.

Masa aku tengah tunduk membisu buat calculation semalam, Masyudi kata baru ni aku nampak betul-betul macam engineer. Selama ni dia kata aku tak ubah macam budak sekolah yg duduk dalam cyber cafe sambil main online game. Sadis betul ayat tu. Sedap sungguh dia mengutuk aku..hahaha.

Hari ini aku nak isytiharkan bahawa aku surrender dari peperangan ini. Aku berperang selama 3 minggu konon-konon aku mampu buat report yang lagi tip top dari GL, tapi hampeh kerana akhirnya aku kalah. Nevermind, at least I learned something rite. Dari aku tak tahu apa itu STF, tapi skg aku dah tahu, apa itu FCO2, tapi skg aku dah tahu, macam mana nak kira UCR, CCR, CA dan apa ntah lagi, skg semua aku dah tahu. Thanks bos kerana sekolahkan aku dalam bilik hari itu. Walaupun kata-kata itu pedih, tapi aku tahu dia nak aku jadi budak pandai.

Sekarang aku boleh tarik nafas lega sebab aku boleh siapkan kerja lain yang banyak pending. Bertimbun dah specs, calculation dan design basis untuk Samarang menanti untuk diupdate.

Sekurang-kurangnya aku boleh senyum semula dan kurangkan makan sebab tahap tekanan dah menurun.

Wednesday, February 24, 2010

material selection

Chromium (Cr)
Adding chromium and nickel to form stainless steel, so the steel could be made highly resistant to corrosion and discoloration.



Material selection:
Used to short listing technically acceptable material and selecting the most cost effective one for the required operational life.

Major material used in piping:
- Carbon steel
- Stainless steel
- Duplex stainless steel
- CRA (Corrosion Resistance Alloy)
- GRE

Major Characteristics:
- Chemical propesties
- this is based on :
1. carbon
2. nickel
3. chromium
4. silicon
5. molybdenum
- Physical properties
- Mechanical properties

Sekian pelajaran kita untuk hari ini.

Bla...bla...bla....bla...there are many more things should be read. All about material selection. Thanks cik kimah for your help and notes. Appreciated.

Ehem..ehem..., saya dalam perjalanan untuk berubah jadi baik. Ptg semalam yg tak berapa sejuk dlm opis ini, saya seperti biasa membuka laman web terhebat abad ini, facebook. Secara tidak sedar sambil tersenyum sorang2 mengadap fb, tiba-tiba ada satu suara ajaib dtg dari belakang. Suara yg cukup saya kenali dan rindui. Suara encik bos. Dia bertanya soalan yg saya benci nak jawab. Soalannya berbunyi begini:

"So how's your hvac study? dah terer?".

Air liur saya bagaikan tersekat di celah kerongkong. Saya terkedu. Dgn penuh senyuman manis sambil mengunyah kerepek pisang yg dibeli dgn kak uda, saya tersimpul malu lalu menjawab dgn penuh santun...

"Sikit2 bleh la...". Merdu suaraku ketika itu kurasakan. Harap2 bos cair.

"Eh..mana bleh sket2...patut dah terer..", balas encik bos sambil ketawa. Nasib baik dia ketawa, kalau dia angkat spek dia letak kat dahi, mahu time tu jugak aku timbunkan segala buku hvac atas meja.

Seperti biasa, saya sedekahkan senyuman paling menawan kat encik bos, dgn harapan dia cair lagi.

"Er...tak pun I rasa you study material selection. You bukak project lama, study pasal H2S, cth project Iran haritu I rasa H2S dia tinggi..."

Sambil mengunyah kerepek pisang kak uda, saya senyum lagi.

"Ok...", tu jela jawapan yg mampu saya bagi. Tak lama lepas tu, encik bos pon beredar dari situ. Alhamdulillah...saya melepaskan nafas lega.

Jadi hari ini saya dgn wajah serius membuka nota, specs of previous project and all material book to study about it. Tak lupa, wikipedia, web kegemaran saya utk mencari info.

Wednesday, October 14, 2009

farmville addicted

Blogging is one of my favorite activity during free time besides play the farmville game..hehehe. And currently my broadband was dysfunction and automatically I failed to open my lovely farm....so sad. Macam mana saya boleh terjebak dalam permainan farmville ni padahal dulu saya punya la benci nak main. Ermm...ni semua disebabkan oleh seorang ibu mengandung yg bernama Kak Ila , dia la yg mengajar saya segala selok belok permainan ini dan skrg I was addicted to this game. Jiran cubicle kat sebelah saya ni dah puas senyum tengok saya duk main, agaknya apa la yg dia cakap dalam hatikan, dia sibuk buat keje, aku duk sibuk bukak game. Tapi kan...saya mmg takde keje, so utk mengisi kekosongan masa ini elok la kita bercucuk tanam.

Punya la gila main farmville ni sampai terkeluar satu statement yg membuatkan member gelak. Statement dalam lift..."Kak Ila, kalo kita kaya nanti, kita nak tanam sunflower..".

Member 2 org tu duk gelak, dia ingat saya betul2 cakap pasal masa depan. Kalo kaya nak beli BWM ke, Merc ke..apa ke, rupanya cakap pasal farmville. Hahahaha...hanya saya dan Kak Ila je faham situasi ni. Hikhikhik..

Tak lama lagi mesti bos panggil utk appraisal, apa nak jawab ye...tak naik la increment aku tahun nih..

Oh..tidak..


Wednesday, August 19, 2009

life saving rules


I just attending the briefing of Health Safety and Environment (HSE)\Shell - Life Saving Rules. This briefing is good for anyone who involved or will involve in Shell project. Shell provided the rules for their employees and for those who involved in their project especially consultant to make sure we are always put the safety as a number one procedure before start work everyday and every time. Good huh?

Do you believe from 2000 until 2008, there are almost 350+ fatalities case happen in Shell site. Serious case. That's why we have to be consider with safety and health. I know most of us just thinking this is perkara remeh, but this is very important part especially for those who working in offshore. Take it serious guys.

The briefing schedule supposely start from 10am to 11.30am, means an hour lah. But belum sempat saya ngantuk dah abes. Ayoo...cepatnya, setengah jam dah abes. Rasanya masa duduk dalam meeting room tadi baru je nak menguap, tiba-tiba presenter tu kata..."Ok guys..if you have any questions, can ask me now..".

Ermm..bunyi mcm dah nak bersurai je. Ye..dah abes dah pun. Baru je nak mengantuk..haha. Dan buku catatan saya bersih without any notes. Bagus kan.


"If you choose to break the rules, you choose not to work for Shell.
And for consultant, if you choose to break the rules, you choose to not involve in Shell project"


Senang kan...
Kalau rasa nak keje dgn Shell, patuhi lah segala rules yg dah di buat..
dan kalau consultant tak ikut rules yg ada, jgn involve projek diaorg...hahaha