Tuesday, March 10, 2009

I got one snapshot this morning

Saya memandu seperti biasa pagi ini. Jalanraya agak sibuk, macam biasa lah sesak dan menyesakkan. Saya fikir ramai orang ambil extra cuti sempena maulidur rasul semalam, tetapi jangkaan saya meleset. Jalanraya tetap sesak. Saya tiba di jalan maharajalela/lok yu lebih kurang pukul 7.50, saya melalui satu trafik light di situ. Bila sudah hampir dekat dengan trafik light tersebut, lampu bertukar kuning dan saya menekan brek untuk berhenti. Tetapi kawan sebelah kata "jalan je terus". So saya tekan pedal minyak. Tiba-tiba saya rasa seperti ada flash menyinari ke arah saya. Sah...ada kamera dah ambil gambar kereta saya. Mati aku.

Well, this is an unexpected thing happen to me this morning. Dari mood yang baik dan gembira nak ke ofis terus bertukar bengang seketika. Saya ingat nak kekalkan rekod bersih kereta saya dari sebarang saman, tapi saya hampa kerana akhirnya saya berjaya memecahkan rekod itu pagi ini. Saya marah...tapi pada siapa harus saya marah?pada siapa harus saya lepaskan geram?Saya tahu saya mesti bertenang dan sabar, tapi...saya tidak tahu nak terangkan macam mana. Minimum saman langgar lampu isyarat ialah RM300. Siapa nak bagi duit free-free pada polis RM300?Baik saya gunakan RM300 itu untuk enjoy sakan, puas hati. I need to renew my driving license end of this month, and renew road tax & insuran on next May. It is summon effected on my renewal lisence and insuran?Oh...

I SMS my friend and asked her about that. Saya harap dia dapat membantu. God bless me, Amin.

No comments: