Wednesday, March 11, 2009

Marriage - between happiness and sadness

*Clockwise: Me,Fad,Mas and her husband,Hairul*

Have you ever heard somebody said like this..."Ermm..rileks la, kau ingat kawen ni bahagia sangat ke"

Saya pernah mendengarnya sekali dan saya terfikir bahawa tidak semua perkahwinan itu bahagia walau hakikatnya ia sepatutnya bahagia, apatah lagi jika perkahwinan itu adalah pilihan hati kita sendiri. Pernah juga seorang kawan saya berkata..

"Tak payah bercinta lama-lama Julie, buang masa. Kalau rasa dah bersedia nak kawen, kawen aje, kalau rasa belum bersedia tak payah kawen"

Melalui bahan bacaan seperti di akhbar atau majalah, saya selalu terbaca mengenai penceraian. Hakikat perkahwinan mereka itu asalnya daripada percintaan yang bagai nak mati, tetapi akhirnya kecundang di tengah jalan. Saya tahu itu semua qada' dan qadar dari Allah, namun terdetik juga dihati mengapa sampai jadi begitu?Sebab itu kawan saya menasihati saya supaya jangan bercinta lama-lama. Semasa bercinta sikap yang ditunjukkan semuanya palsu dan hipokrit. Apabila sudah bersatu sebagai suami isteri dan tinggal sebumbung, barulah terserlah perihal perangai masing-masing dan pada masa itu barulah kita tahu sikap sebenar pasangan kita. Itulah yang saya takutkan.

Namun tidak semua perkahwinan itu tidak bahagia. Ramai orang yang berkahwin dan perkahwinan itu kekal hingga ke akhir hayat. Mungkin mereka punya tips dan rahsia bagaimana perkahwinan boleh kekal hingga ke hari tua. Saya pernah terbaca, apabila selesai sahaja tangan seorang lelaki menggoncang tangan tok kadi semasa akad nikah, maka bermula lah 1001 episod hidup baru dan tanggungjawab besar yang bakal mereka lalui. Mereka bakal menghadapi kegembiraan dan bakal juga menghadapi kedukaan. Semua itu harus di tempuh dengan kekuatan mental yang kuat dan semangat yang tinggi. Jika tidak, akan hancurlah mahligai yang dibina. Bukan senang nak bergelar suami dan isteri, bukan senang juga nak bergelar ibu dan ayah. Tanggungjawab itu terlalu berat untuk dipikul, tetapi insyaAllah, kita boleh menghadapinya.

Jadi, jangan takut untuk kawen! *wink*

No comments: