Saturday, March 28, 2009

Taman Pelangi

There are a lot of memories during I stayed at Taman Pelangi, Johor Bahru in 1999-2001. When I remember all the things happen to me and friends, I will cry. I moved to Taman Pelangi after stayed 1 year at hostel. We (my friends and I) try to find the nice place to us to stay and study and we were found 'rumah kedai'. The owner is malay woman who married with chinese guy. We stayed at level 3 with 4 rooms, 1 toilet, 1 bathroom and complete with furniture such as sofa, tv, washing machine, freeze, kitchen and apparatus, and including tables and chairs for us to study. Very nice.

Mar, Mayna, Nan, K.As, Aida, Lina, Jun, K.Jura, K.Is and I..........

We were a housemate at Taman Pelangi. Do you thing 10 persons in a house is congested? Maybe yes, maybe no. But for me, we are have a fun stay together dan kami bagai adik beradik. Oh, I forgot to mention the rent of the house. It is RM150/person (termasuk api & air). I think it's quite cheaper compared with the other house. Lagipun ia lengkap dengan peralatan rumah termasuk meja dan kerusi untuk belajar. Very comfortable.

Rumah itu banyak kenangan. Sebab itu saya rasa kalau ada kuasa boleh berpatah balik, saya ingin berpatah ke tahun 1999 untuk merasai sekali lagi hidup di situ, disamping membetulkan apa yang tersilap, apa yang kurang dan segala macam kesilapan yang telah berlaku pada waktu itu. Buat pertama kali juga saya menyambut harijadi yang telah dirancang secara senyap oleh kawan-kawan saya. Terharu sesangat ketika itu. Mereka siap masak bihun goreng, belikan kek, hadiah dan kad ucapan. Jujurnya saya rasa macam nak menitis air mata sebab tak sangka mereka merancang dengan begitu teliti dan saya tak perasan langsung rancangan mereka itu. Terima kasih kawan-kawan.

Kenangan di situ berakhir pada tahun 2001 apabila kami hampir-hampir berada dihujung tahun pengajian. Waktu itu kami akan menjalani program latihan industri, tetapi ada sebahagian daripada kami yang extend belajar. Saya kembali semula ke rumah itu pada pertengahan 2001 setelah tamat praktikal dan menyambung saki baki SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) yang menyesakkan kepala. Waktu itu dalam rumah sudah tidak lengkap 10 orang lagi kerana ada yang sudah berpindah. Saya masih tinggal disitu kerana tempat itu paling mudah untuk berulang alik ke kolej untuk menyiapkan SKM. Selepas itu saya bekerja sementara di sektor kerajaan dan masih juga menetap di situ, cuma kegembiraan tidak seperti dulu kerana ramai sudah berpindah termasuk Jun yang dah pulang ke Sabah, kampung halamannya. Saya sangat rindu pada Jun.

Kegembiraan tidak dapat dijual beli, tidak dapat dicari ganti, tidak dapat berpatah kembali dan tidak mungkin berulang lagi. Saya sangat rindukan kegembiraan yang pernah saya rasai di dalam rumah itu. Itu kenangan paling mengusik hati sepanjang saya hidup dalam dunia ini. Sehingga kini walaupun kami telah berpisah dan membawa haluan masing-masing, saya tetap mengingati mereka dan mereka (kawan-kawan saya) sentiasa dalam ingatan sepanjang masa.

No comments: