Sunday, March 1, 2009

The true love is all we want about

The story on my last entry look like that I am too emosional. Yes, I am emosional on that day. But I think it's still under control. I don't want to think 'bout it anymore. The past is past. Forget it. Now, I am back to normal, no emo-emo lagi.

I want to tell to anybody out there 'bout love. It's sound emo again?No. It's just a feeling that we cannot tell to anybody, even to our parents or our close friends. Don't think that I am in love right now. It's just my own opinion.

Begini...
Sebagai manusia normal, sudah semestinya kita memerlukan cinta dalam hidup kerana itu adalah fitrah. Cinta itu satu anugerah dari Allah yang maha Esa. Cuma setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza mengenai cinta dan masing-masing mempunyai cara yang tersendiri untuk membuktikan cinta mereka. Saya pasti setiap orang diluar sana pasti mempunyai pengalaman dalam bercinta, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Saya juga begitu.

Tidak perlu menyalahkan sesiapa jika kita kehilangan cinta yang disemai sekian lama. Baik lelaki mahu pun perempuan, masing-masing ada ego tersendiri. Kalau lelaki yang kecewa, pastinya perempuan yang disalahkan, begitu juga kalau perempuan yang kecewa, pastinya lelaki yang disalahkan. Pendek kata, lelaki dan perempuan masing-masing pernah melakukan kesilapan sama ada secara sedar atau tidak. Lelaki dan perempuan sama saja. Masing-masing ada melakukan kesilapan.

Saya tahu teramat susah untuk menemui cinta sejati, kerana setiap manusia tidak sempurna. Diri kita sendiri tidak sempurna, kerana itu jugalah amat sukar untuk mencari manusia yang sempurna. Sebenarnya kita tak akan jumpa manusia yang sempurna itu walau kita merantau hingga ke hujung dunia. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa jodoh kita itu sebenarnya berada hanya di depan mata. Saya teringat kata-kata Dr.Fadzilah Kamsah. Dia kata, kebanyakan jodoh kita biasanya ia dekat dengan kita. That's true. Buktinya, berapa ramai kawan-kawan saya yang bertemu jodoh di ofis?ada juga yang bertemu jodoh semasa sedang belajar di kolej atau universiti. Jadi ada benarnya kata-kata Dr.Fadzilah Kamsah itu. Tetapi tak dinafikan bahawa ada juga dikalangan kita yang bertemu jodoh yang jauh. Seorang di selatan, seorang di utara, atau seorang di Malaysia, seorang lagi di London. Itu semua kuasa Allah.

Saya bercakap dengan seorang kawan melalui telefon 2 hari yang lalu. Dia seorang lelaki. Saya tidak pernah berjumpa dengannya atau melihat wajahnya. Saya hanya mengenali dia melalui telefon kerana dia adalah kawan chating saya. Saya mengenalinya sejak pertengahan tahun lepas. Dia seorang yang very educated, talented, workaholic, berfikiran jauh, bersemangat tinggi dan mempunyai pendirian yang teguh dalam merancana masa depannya. Ini lah pertama kali saya mengenali manusia seperti ini. Dia selalu memberi saya macam-macam nasihat yang memang berguna, cuma saya yang buat endah tak endah. Katanya, dia memang ramai kawan chating, dia suka mencari kawan, suka berkawan dan memberi nasihat kepada kawan-kawannya. Tapi topik perbualan saya pada malam itu ialah mengenai cinta.

Dia kata dia suka berkawan tapi bukan bercinta. Dia belum bersedia untuk memberi komitmen yang lebih kepada seorang perempuan selagi cita-citanya belum tercapai. Sebenarnya saya sudah tahu mengenai dirinya walaupun saya tak pernah berjumpa dengan dia. Bagaimana saya tahu? Saya boleh tahu hanya melalui bicara dia, cara percakapan dia dan intonasi suaranya. Saya tahu dia memang manusia yang mementingkan kerjaya berbanding benda lain. Sebab itu lah dia berkerja di serata pelusuk dunia untuk mencari pengalaman dan mengumpul material sebanyak yang boleh. Dia tidak ada masa untuk bercinta.

Tapi yang anehnya, ramai perempuan jatuh cinta dengan dia. Dan sebanyak mana perempuan jatuh cinta dengan dia, sebanyak itu juga lah dia menolak cinta perempuan-perempuan itu. Dia kata, dia tidak bermaksud untuk melukakan hati perempuan, jauh sekali untuk mengecewakan mereka. Dia sendiri tidak pasti kenapa ramai perempuan sukakannya. Haha...saya ketawa. Bagus sangat ke dia ni sampai ramai perempuan jatuh cinta padanya?

Okey, saya nak terangkan disini. Saya tahu kenapa ramai perempuan jatuh cinta pada dia. Seumur hidup saya pun ini pertama kali saya mengenali lelaki seperti dia. Pertama sekali, dia seorang yang very soft spoken. Perempuan memang mudah jatuh cinta bila lelaki itu bercakap lembut dengannya. Orang kata, mulut manis. Ya, dia pandai berkomunikasi dengan perempuan, sebab itu ramai perempuan sukakan dia. Kedua, he's a good advisor. Dia selalu memberi nasihat apabila kita memerlukan nasihat. Dia bersedia membantu kita selagi dia boleh bantu. Itu juga salah satu faktor kenapa ramai perempuan jatuh cinta. Dia suka membaca, jadi melalui bahan bacaan itu lah dia menerangkan apa yang bagus, apa yang perlu, apa yang tak boleh, apa yang buruk dan macam-macam lagi.

Ketiga, dia seorang yang kuat berkerja. Dia pernah cakap,"Kalau boleh I nak jadi one of the top management at my company". Tinggi betul cita-cita dia. Dia tak nak jadi kuli seumur hidup. Dia ada perancangan yang rapi dalam membentuk masa depannya. Mungkin itu juga salah satu sebab kenapa perempuan sukakan dia. He's workaholic.

Keempat, dia ada pendirian. Dia tak goyah dengan cabaran-cabaran luar, yang penting dia berusaha untuk mencapai matlamatnya. Macam juga soal jodoh dan kawin, dia tak kisah orang lain nak kawin, kawinlah. Tapi dia belum bersedia untuk ke arah itu. Saya katakan kepadanya, bahaya juga jadi macam dia ni. Tapi dia kata dia belum capai matlamat hidupnya, jadi persoalan kawin belum terlintas. Bukan tak mahu, cuma belum tiba masanya. Jadi, kepada perempuan yang ada hati pada dia, lupakan saja niat untuk menjalinkan hubungan serius dengannya. Buat sakit jiwa je, sebabnya dia akan jarang telefon. Haha....

Ciri-ciri yang ada pada dia cukup untuk membuatkan wanita jatuh cinta. Cuma seperti yang saya katakan kepadanya, jangan terlalu kerap menolak cinta, kelak nanti bila tiba suatu hari dia yang sukakan perempuan, perempuan itu pula yang akan menolak cintanya. Masa itu baru dia tahu betapa pedihnya bila cinta kita ditolak. Sebenarnya dia juga bimbang akan hal itu, cuma dia berharap perkara itu tak akan berlaku.

Saya tahu ramai dikalangan kita yang tinggal nyawa-nyawa ikan apabila cinta kita ditolak. Baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing mempunyai satu perasaan dan keinginan untuk mencintai dan dicintai. Tapi ramai dikalangan kita masih malu-malu untuk meluahkan kata-kata cinta kepada orang yang mereka suka. Hasilnya, makan hati bila orang yang mereka suka rupa-rupanya dah mempunyai pasangan lain. Saya pernah terbaca dan terdengar, jika kita sukakan seseorang, luahkan lah. Tapi cara untuk luahkan itu biarlah dengan cara yang paling bersopan dan berhemah supaya orang tak nampak kita ini terlalu gatal. Cinta itu bukan sesuatu perkara yang gatal. Jika ada orang berpendapat begitu, mereka silap. Cinta itu tidak gatal, ia adalah fitrah dari Allah supaya hamba-hambanya dapat merasai kasih sayang untuk melengkapkan kehidupan. Cuma cara kita bercinta yang dianggap gatal kerana kita selalu dipengaruhi oleh nafsu syaitan.

Motif tulisan saya disini ialah, jangan terlalu mahal atau berkira untuk memberi cinta, dan jangan lah berputus asa bila cinta kita ditolak. Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya. Jika kita terlalu berkira atau terlalu memilih, kita juga yang rugi. Juga...hidup ini kena seimbang. Jangan terlalu mengejar karier sehingga terlupa pada tuntutan sunah nabi junjungan kita S.A.W. Berkahwin juga satu ibadah. Cuma, jodoh itu cepat atau lambat, itu Allah punya kuasa, kita hanya berusaha dan merancang. Jangan asyik bertanya:"Kau bila lagi nak kawin?jangan tunggu lama-lama.."
Well...pastinya ramai yang tak suka atau kurang selesa bila disoal beitu kan. Bukan apa, siapa yang tak mahu kawin kan?biasanya orang yang suka bertanya begitu adalah orang yang dah kawin, kerana mereka dah melepasi satu tahap yang lain, jadi mereka selalu mempersoalkan jodoh orang lain. Sebaiknya, doakan mereka supaya bertemu jodoh yang baik, bukan hanya tahu bertanya bila lagi nak kawin. Saya tahu ramai orang mengalami situasi seperti itu.

Jika sayangi seseorang, sayangi lah dengan ikhlas dan setulus hati, supaya kita juga akan dibalas dengan cinta yang ikhlas juga. The true love is all we want about. Kalau tak mahu diri dikecewakan, jangan kecewakan orang. Balasan Allah itu maha adil. Ingat tu.


No comments: