Monday, April 27, 2009

Salam takziah

My friend Fad is on leave for the whole week. Her father was passed away last saturday. Alfatihah dan salam takziah kepada seluruh keluarganya, semoga roh arwah bapanya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

As I mentioned on my previous entry, suatu hari nanti kita pasti akan kehilangan orang yang kita sayang. Apa yang penting kita kena redha pada setiap apa yang berlaku walaupun ianya agak pedih untuk diterima, tetapi itulah hakikat kehidupan yang mesti kita tempuhi. Sedih tetap sedih, namun hidup mesti terus.

Bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa, rajin-rajin lah melawat mereka selagi mereka masih hidup. Saya mengingatkan diri saya sendiri kerana saya sendiri jarang sekali pulang ke kampung. Namun saya sedar sebagai anak saya bertanggungjawab untuk melawat mereka, walau hakikatnya mulut mereka mengatakan tidak kisah jika saya tidak pulang. Saya tahu semua ibu bapa tidak mahu menyusahkan anak-anaknya, tapi sebagai anak kita sendiri yang kena berfikir apa yang patut kita lakukan sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka.

"Ibu umpama lilin, menerangi dan melindungi anak-anaknya walau terpaksa membakar dirinya sendiri, bapa pula umpama bunga plastik, walaupun ia tiada bau, namun ia kekal segar dan cantik sepanjang masa. Itulah kasih sayang seorang bapa, kasih sayangnya tetap kekal selamanya"


No comments: