Wednesday, April 29, 2009

World without friend is like world without air

Kawan saya (actually she is my bestfriend) akan berpindah dari rumah yang kami duduki ketika ini. Sebelum ini saya tidak pernah bertanya kemana dia akan berpindah dan dengan siapa dia nak tinggal. Bukan saya tidak mahu bertanya kerana didalam hati saya ini terlalu meronta-ronta ingin tahu, tetapi perasaan takut terlalu menyelubungi diri, dan mungkin juga saya terlalu ikutkan ego. Saya ego ke?entah..

Saya mengenalinya sejak 11 tahun yang lalu. Lama kan? Kami memang rapat dan banyak berkongsi masalah suka dan duka. Saya tidak pasti mengapa akhirnya kami renggang. Mungkin saya ada melakukan kesilapan yang membuatkan dia berasa sedih. Saya minta maaf.

Saya sayangkan persahabatan ini. Ianya terjalin sudah lama, dan mana mungkin saya boleh melupakan segala kenangan bersama dia. Dia banyak membantu saya dikala susah dan senang. Saya hargai segala kebaikannya. Terima kasih.

Perkara yang paling membuatkan saya terkejut ialah, she move because of me. Dia kata biarlah dia pindah kerana mungkin bila dah tinggal berasingan kami boleh jadi rapat semula. Mungkin ada betulnya kata-kata itu. Semasa dia berterus terang itu, saya betul-betul speechless. Saya tak tahu nak kata apa. Saya rasa itulah pengorbanan yang paling besar dilakukan olehnya demi menyelamatkan persahabatan kami. Jahatkah saya kerana membiarkan dia keluar dari rumah itu? Jahatkah saya kerana tidak cuba menghalang dia pergi? Jahatkah saya kerana tidak cuba untuk berbaik dan rapat dengannya semula seperti dulu? Terus terang saya katakan, saya tidak mampu melakukan itu semua kerana saya tidak berdaya. Saya sangat lemah kerana didalam diri saya terlalu banyak perasaan takut. Saya sendiri tak tahu kenapa saya jadi begini.

Saya sudah banyak kehilangan kawan dan mereka pergi tanpa ada kabar berita. Untuk kali ini saya harap saya akan kekal berkawan baik dengannya kerana untuk mencari sahabat sejati bukanlah mudah. Ia bukan seperti mencari boyfriend.

Kadang-kadang saya bertanya pada diri saya sendiri, apa lagi yang aku mahu dalam hidup ini? Saya sudah punya kerja yang bagus (walaupun gajinya ada sedikit hampeh), saya ada mengumpul harta sikit-sikit (walaupun tak banyak mana pun) dan saya ada orang yang saya sayang. Jadi apa yang saya mahu lagi? Jawapannya, saya mahukan kawan. Kita memang tidak boleh mengharap seseorang sahabat itu akan kekal bersama kita kerana suatu hari nanti mereka akan pergi untuk mengecapi kehidupannya sendiri. Saya juga begitu. Mana mungkin saya sentiasa mahu berkepit dengan kawan-kawan sampai tua. Cuma apa yang saya mahukan ialah, persahabatan yang terjalin itu kekal walaupun jarak beribu batu. Itulah yang sebaik-baiknya. Tetapi itulah yang sukar dijumpai.

Saya tidak pernah menyuruh dan tidak juga menghalang untuk dia berpindah. Tetapi jika itu yang terbaik, saya terima saja. Saya cuma berharap dia akan lebih gembira bila berada di rumah baru bersama teman-teman baru. Saya akan sentiasa mengingatinya, itu janji saya pada diri saya sendiri.

No comments: