Monday, May 11, 2009

Monday blues

We are always start the Monday as the first day of the week with boring and tiring day. We feel like garfield - a lazy fat cat, how nice if we can stay on the bed and continue fall asleep. But we can't! We need go to the office with sleepy face and do the rest of our works of previous week. So bored.

This week is my turn to driving for the whole week. I drove with moody and headache. Pagi tadi bangun dengan mengejut, jadi kepala ada sedikit pening. Waktu pagi dan biasanya hari isnin kita tidak mahu menghilangkan mood pagi yang boleh dikatakan ceria, tetapi sedikit tercalar bila ada segelintir pemandu bersikap mementingkan diri sendiri. Mereka sanggup menyondol kereta depan semata-mata tidak mahu bagi kita masuk depan dia. Bodoh! Apa salahnya mengalah, bagilah kita masuk depan dia, then kau drive lah macam biasa, bukan mati pun setakat bagi aku masuk depan kau, bukan aku tak bagi signal, bongok!

Dulu ada sebuah kereta kancil, dia seboleh-boleh menekan pedal minyak selaju mungkin kerana takut saya mencelah dihadapannya. Tidak mengapalah jika dia tak mahu bagi, saya tak kisah lagipun saya bukan tak bagi signal. Then di hadapan keretanya ada sebuah motor. Agaknya dia terlampau ghairah tak mahu saya masuk depan dia, dia langgar motor tu, bodoh kan? Apa lagi, mamat motor tu bengang lah. Nasib baik ditengah-tengah kesibukan pagi yang sesak itu tak membenarkan mereka bergaduh, kalau tak makin sesak lah jawabnya. Yang si kancil tu, bila dah terlanggar motor, barulah stop bagi saya lalu depan dia. Padan muka kau, tu lah selfish sangat.

Sebagai pemandu yang berkongsi jalan raya yang sama, sama-sama bayar road tax, apa salahnya kita bertoleransi? Kalau kita dah nampak kereta itu bagi signal nak masuk, bagi jelah. Kecuali diaorang tu potong queue or memandu dengan cara yang merbahaya, itu kita boleh marah. Ini tidak, kita dah bagi signal, lagi dia tekan minyak macam nak menyondol kereta depan. Macam lah diaorang tu tak pernah mencelah kat depan kereta lain.

Oppss..sorry if I sound emosional plak...terkadang kita harus meluahkan apa yg terbuku di hati..., and this blog is just like my diary...,this is place where I write what is on my mind...

No comments: