Wednesday, May 13, 2009

New glasses

*Bvlgari Eyeglasses*

I am specky. It's almost 3 years I was not checking my eye power and I guess, it was increased! Patut lah kepala asyik pening hingga saya menyangkakan saya ada migrain. Tapi saya memang selalu sakit kepala sejak sekolah, dan saya berfikir bahawa saya diserang migrain. Namun apabila saya berjumpa doktor pagi tadi, doktor tersebut mengatakan bahawa saya tidak ada migrain. Sakit kepala yang saya alami adalah disebabkan oleh keletihan pada otot mata.

Apabila budaya kerja kita lebih terarah kepada melihat komputer setiap hari, orang yang tak rabun pun boleh jadi rabun, apatah lagi orang yang sedia ada rabun seperti saya. Saya mula memakai cermin mata pada awal usia 17 tahun. Waktu itu saya seperti tidak percaya bahawa saya rabun kerana sebelum itu penglihatan saya jelas dan saya boleh menonton tv serta membaca subtitle dengan jelas tanpa kabur sedikit pun. Saya berbangga dengan mata saya pada waktu itu. Namun, mungkin Allah ingin menarik balik nikmat yang ada dengan memberi saya sedikit rabun supaya saya lebih menghargai panca indera ini.

Dari tahun ke tahun power mata saya semakin meningkat, dan kali terakhir saya check mata ketika di Perlis 3 tahun lalu. Jadi lebih baik saya check mata sebelum sakit kepala saya menjadi lebih teruk. Cuma yang saya hairankan ialah pendapat doktor ini berbeza-beza. Ketika saya berjumpa seorang doktor perempuan berketurunan India tahun lalu, dia mengatakan sakit kepala saya ini di sebabkan oleh 'hyper tension'. Waktu itu saya hampir tergelak. Entah apa yang saya tensionkan sgt pun tak tahu lah. Tapi doktor perempuan itu agak kerek, jadi saya malas nak tanya banyak. Bila saya berjumpa dengan Dr.Paul, dia kata sakit kepala ini disebabkan oleh otot mata yang lemah. Entah mana satu betul pun tak tahu.

Walau apa pun sebab musababnya, saya harap ia tidak merbahayakan kesihatan untuk jangka masa panjang. Thanks to Dr.Paul, walau dia kedekut nak bagi MC, tapi ubat yang dia beri memang mujarab. Selepas 1 jam telan ubat, sakit kepala saya beransur hilang. Confirm ubat tu banyak dadah.. :)

Next month budget : spend an extra money for new spectacle.

3 comments:

Nanie Harris said...

bila pulak nk cerita pasal tarian zaman persekolahan...

Gmbr2 kenangan masa tu masih ada sy simpan lg...

Julie Shahril said...

i see...yeke..,kene kumpul material ni sblm tulis.

Kalo dpt bagi gambar tu bgus juge..

Nanie Harris said...

Insya Allah...nanti sy scan & bg julie..