Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Tuesday, November 28, 2017

Al-Falaq - Waktu Subuh



Suka maksud ayat Surah Al-Falaq.

Menyeru manusia memohon perlindungan dari kejahatan-kejahatan yang tersembunyi.

Yakinlah bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik pelindung.


Friday, August 15, 2014

fatwa#1



Saya mengaku saya cetek ilmu, banyak lagi yang perlu saya belajar, terutamanya ilmu agama. Baru-baru ini ada sesuatu telah terjadi kepada seseorang yang melibatkan rumahtangganya. Saya terkejut, terdiam, terfikir dan macam-macam perkara bermain di benar hati.

Bagi mereka yang belum berkahwin mungkin akan risau jodoh belum tiba. Saya faham perasaan itu kerana saya telah pun melaluinya. Bila sudah berkahwin, dugaan lagi hebat, biasa lah,.. seorang datang dari planet Marikh, seorang lagi datang dari planet Venus. Proses memahami hati budi dan kehendak antara satu sama lain bukan mudah. Kerana itu kena banyakkan sabar. Saya juga telah melaluinya.

Berbalik pada kes seseorang yang melibatkan rumahtangganya yang dilanda badai, dia berpesan kepada saya dan suami bahawa jangan sesekali bermain-main atau bergurau senda dengan perkataan:

- dah kawen tapi mengaku bujang
- mengaku dah bercerai walau hakikatnya isteri masih ada dirumah
- belum kawen lagi

Kerana dengan bercakap begitu walaupun hanya main-main, talak boleh jatuh.

Saya rujuk fatwa seperti gambar diatas, tidak jatuh talak jika seorang lelaki yang telah berkawen tetapi mengaku bujang, tetapi dia menanggung dosa kerana menipu.

Jangan sesekali bermain-main dengan perkataan cerai walaupun hanya nak bergurau, memang buruk lah padahnya. Hal-hal agama yang berkaitan dengan nikah kawen, cerai dan talak tidak boleh dibuat bahan gurauan, malah sebenarnya perkataan-perkataan itu sangat mengerikan dan boleh meruntuhkan rumahtangga dalam sekelip mata saja.

Kisah dari seseorang itu saya jadikan ikhtibar. Siapa sangka, senyuman yang saya lihat di wajahnya tidak pula saya nampak ada gundah dihatinya. Perkahwinan yang dibina selama 20 tahun berakhir dengan kisah duka. 20 tahun, bukan satu jangka waktu yang sekejap. 20 tahun itu lama. Peristiwa ini benar-benar membuatkan saya berhenti berfikir sejenak bahawa jodoh itu tidak selama-lamanya kekal, tetapi berusaha lah untuk mempertahankannya walau dengan apa cara sekalipun sehingga berakhirnya nafas. Kita berusaha, Allah juga yang menentukan segala-galanya.

Saya doakan dia tabah.


** Tiba-tiba teringat kata-katanya setahun yang lepas, dia pernah berkata begini kepada saya: "kawen ni senang, tapi nak mempertahankannya yang susah, betul kan julie..."

Saya angguk aje, mana lah saya tau masa tu dia sedang gundah.

Pengajaran yang sangat berharga buat saya dan suami.



Tuesday, April 29, 2014

biar gambar berbicara#1


This picture makes me...

sad.

i wanna cry.

cry.

cry.

Aku harap hidup anak dan semua ahli keluarga aku terbela.


Tuesday, March 25, 2014

melancholy

...but I have to accept fact that you will not come back again



Ya Allah, kalau benarlah mereka semua sudah tiada, tempatkanlah roh mereka yang Islam di kalangan orang-orang yang beriman. Yang bukan muslim, berehat lah dengan aman di alam baru.

Seboleh-bolehnya aku cuba berfikiran positif. Aku kerap fikirkan tentang semua penumpang dan anak kapal serta 2 orang pilot. Walaupun mereka takde kena mengena pun dengan aku, kesedihan itu sangat terkesan dalam hati ini. Aku masih mengharapkan keajaiban akan berlaku. Aku terbayang-bayang bagaimana agaknya keadaan mereka disaat-saat akhir sebelum kapal tenggelam membelah lautan hindi.


Dear Hindi Ocean,
hug them, warm them, keep them in touch with you until we come to bring them home.









Thursday, October 24, 2013

sihat sebelum sakit

Ini bukan pakcik aku, tapi sepupu aku. Aku panggil dia Abg Din. Dia kena Kanser Hati stage 4, thats means last stage for cancer patients.

Raya Haji haritu aku balik kampung, amek kesempatan untuk menziarah dia yang kebetulan ada kat kampung jugak. Sebelum ni dia asik keluar masuk HSA Johor Bahru. Aku takde kesempatan untuk melawat dia di HSA.

Dia kurus, terlalu kurus. Muka dia dah lain. Tapi dia masih boleh bangun duduk. Boleh bercakap dan kenal orang. Cuma dia takde selera makan. 

Aku teringat arwah nenek aku dulu. Keluar masuk hospital sebab kanser jugak. Kanser apa aku lupa, tapi permulaan sakit dia, dia mengalami bengkak di leher. Mula-mula kitaorang ingat arwah nenek kena beguk, tapi rupanya bukan beguk, ianya kanser. Cuma aku tak pasti apa nama kanser tu. Masa masuk hospital tu, nenek dah takde harapan. Doktor pasangkan satu alat macam mesin. Abah aku tanya doktor, mesin tu untuk apa?

Doktor jawab, mesin tu mesin penyambung hayat.

Oh, yeke..



Adik aku ada bercerita, dia ada tengok satu video mat saleh yang sakit kanser. As we known, kanser adalah satu penyakit yang dapat dikesan bila dah stage teruk. Masa awal-awal memang susah nak detect. Mat saleh ni berusaha cara illegal iaitu gunakan Marijuana atau nama lainnya Canabis untuk mengubati penyakit kanser. Marijuana atau canabis itu adalah daun ganja.

Dia amek daun ganja, rebus dan minum airnya. Tapi kena minum sikit-sikit sebab dosnya tinggi. Selang beberapa bulan, dia pegi check doktor dan kanser dia tak takde.

Aku tak pasti betul ke tak, tapi itu lah yang adik aku cerita. Adik aku memang rajin tengok benda-benda macam tu sebab ada kena mengena dengan apa yang dia belajar.

Tapi bila aku pikir balik, tak mustahil cara tu betul cuma salah disisi undang-undang. Entah la, mungkin itu lah kaedah perubatan yang paling semulajadi dan kesannya lebih baik compare dengan amek ubat-ubatan sintetik.

Allah jadikan pokok popi, pokok ganja dan yang sewaktu dengannya tu ada sebab kan?

Allah tak jadikan sesuatu tu sesaja je tanpa sebab.

Bila kaedah perubatan moden dah surrender,sepupu aku tu balik kampung dan cuba kaedah lain pulak. Katanya, dia sekarang tengah makan biji buah aprikot.

Ini biji buah aprikot. Rupa parasnya macam badam, tapi kecik sikit dari badam. Aku selalu tengok benda ni kalau beli kacang campur-campur kat klcc. Biji buah aprikot ni rasa dia pahit sikit tapi khasiatnya tinggi, salah satu kebaikan biji buah aprikot ni ialah ianya mampu membunuh sel-sel kanser, Wallahualam....google la kalau nak tau lebih lanjut.

Usaha lah selagi terdaya. Memang ajal dan maut itu ditangan Allah, tapi Allah dah cakap setiap penyakit ada ubatnya, cuma mungkin kita belum jumpa lagi penawar penyakit itu, tapi teruskan usaha, jangan cepat mengalah. Mak dan abah aku sentiasa bagi semangat pada Abg Din supaya dia tak patah semangat. Aku faham perasaan orang sakit, walaupun luaran dia nampak biasa, tapi dalam hati Allah saja yang tahu betapa dia sedang tabah melawan dugaan yg datang.

Bila tengok keadaan Abg Din, macam tak percaya dia yang dulu sihat walafiat boleh jadi kurus cengkung macam tu. Baru aku tersedar betapa berharganya waktu sihat sebelum sakit.


Baru tadi call mak, dia dalam perjalanan ke HSA, Abg Din masuk hospital semula.

Dia koma.

Doakan untuk dia.


Thank You.








Thursday, September 19, 2013

short message for a friend, you...

Pesan abah aku, mendengar nasihat orang itu perlu dan bagus tapi belum tentu kita boleh ikut. Pilih la nasihat yang berguna, jangan ikut nasihat yang menjahanamkan. Sebab kita kan ada akal, boleh fikir. Jadi matang.

Semalam aku bagi tazkirah kat seorang kawan rapat. You...you know who you are. If you read this, this is for you.

Aku ni bukan pandai sangat nak menasihatkan orang sebab aku pun bukannya baik sangat. Tapi bila ada sesiapa datang especially orang yang rapat dengan aku minta pandangan, aku boleh jadi pendengar setia dan boleh bagi pendapat yang mana termampu. Kadang-kadang aku risau takut tersalah bagi nasihat atau pandangan, sebab tu aku sedaya upaya akan berfikir dulu sebelum menasihatkan orang. Dan aku berharap sangat pandangan dan nasihat yang aku bagi tu berguna untuk dia. Bukan sekadar omongan kosong.

Aku sayang kawan-kawan aku walaupun aku tak pasti diaorang sayang aku ke tak...hihi. As a friend, kalau boleh aku tak nak tengok kawan-kawan aku bermasalah, hanyut dilanda badai...cewah. What are friend for kan? Sebagai mana dulu aku juga pernah dilanda badai, aku faham perasaan itu, cuma aku minta jangan bertindak melulu, jangan buta hati, jangan jadi dungu, jangan jadi lembu kena cucuk hidung. Appreciate lah diri sendiri, penat tau mak kita beranakkan kita, bela cantik-cantik, sekolahkan kita sampai pandai, bagi makan minum, last-last hidup hancur tersasar. Please appreciate yourself and anyone around who loves you sebelum mereka pergi meninggalkan kita terkontang kanting. Bila suatu hari nanti semua orang pergi, baru timbul penyesalan dalam diri, minta diputarkan waktu dengan harapan nak ubah segalanya. You are too late dear.

Sometimes orang lupa, bukan tak tau tapi lupa, bila kita dilanda musibah, we should back to the basic, means back to our Creator. HE always be beside us and always listen to our prayers.

Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)


Benda ni sebagai peringatan untuk diri aku juga. Kita tak tau apa akan berlaku pada masa depan. Kita tak sentiasa berada di atas. Kalau berjalan mendongak langit tu, sesekali tunduk lah sekejap melihat bumi yang kita pijak.



Aku rasa aku nak tulis novel lah...hihi.




Monday, August 5, 2013

find aishah

updated.

Budak ni dah jumpa, selamat di Penang. Bila dah baca news aku rasa macam nak blame mak dia. Tapi kita tak tau cerita yang tepat dan benar, so takpe lah, yang penting budak Aishah ni selamat.

Moral of the story, jangan mudah percayakan orang yang baru kita kenal, kenal di facebook pulak tu.


As a mother, this news makes me touched. Comel gila budak ni. Pesanan dan peringatan untuk semua dan diri sendiri terutamanya...jangan berenggang langsung dengan anak kalau keluar ke mana-mana. Please, please, please. 

Sejak-sejak dah ada anak ni aku memang tak boleh dengar berita macam ni, mudah je air mata ni dah berjurai.

Ya Allah, lindungi lah Aishah. 



Monday, December 31, 2012

berakhirnya 2012

Tahun 2012 bakal melabuhkan tirai (ayat buku). Aku rasa tahun ini lah tahun paling fantastik dalam hidup.

Kenapa?

Kerana tahun 2012 ini aku melahirkan Zhareef, menjadi ibu kepada seorang anak comel. Ini lah yang fantastiknya. Sepanjang 9 bulan mengandungkan Zhareef, aku tidak mengalami sebarang masalah, alhamdulillah. Aku tak muntah, aku sangat berselera makan, lena tidur dan....suka berjalan. Aku boleh berjalan dalam mall tanpa membeli apa-apa dan pergi ke taman-taman sambil memetik kamera.

Di saat hampir tiba aku bersalin pun aku masih sempat ajak family berjalan-jalan ke Cameron Highland, tapi hasrat itu termati di situ sahaja kerana sehari sebelum ke sana, aku dah sakit...sakit nak bersalin.

Pengalaman mengandung memang best. Walaupun tubuh badan ini sangat penat tapi keseronokan itu tidak ada tolok bandingnya. Begitu juga pengalaman ketika sakit di labor room. Sakitnya bersalin tu tak terucap, macam nak putus nyawa, tapi bila tengok muka baby, hilang rasa sakit. Indahnya bersalin! Itu lah nikmat yang Allah bagi kepada setiap wanita bergelar ibu.

Pengalaman menjaga Zhareef sangat mencabar. Aku stress setiap malam kerana Zhareef selalu buat perangai, suka merajuk dan kuat menangis. Sehingga sampai satu tahap aku takut nak menghadapi waktu malam, aku takut nak berdepan dengan Zhareef yang bakal mengaruk tu. Bila ingat balik, aku tersenyum sorang-sorang.

Tapi...

Ada satu perkara yang aku kira paling menyedihkan dalam hidup ini. Aku adalah salah seorang ibu yang gagal memberikan anaknya minum susu ibu secara ekslusif. Aku dah gagal. Aku hanya sempat beri Zhareef minum susu aku semasa dalam pantang, itu pun tak banyak. Aku makan macam-macam kononnya untuk menambah susu, tapi hasilnya sangat mendukacitakan. Dalam diam-diam, aku sangat cemburu melihat ibu-ibu lain yang berjaya menyusukan anaknya tanpa sebarang masalah. Setiap kali aku baca artikel mengenai breast feeding, hati aku menangis.
 
 
Aku melihat Zhareef membesar depan mata, melayan kerenah dia, mandikan dia, tidurkan dia dan memujuk dia semasa dia merajuk. Semua itu rutin harian aku sepanjang tempoh berpantang. Bila tiba waktu aku kena memulakan hari pertama untuk ke ofis, aku menangis. Aku tak sampai hati nak serahkan Zhareef kepada pengasuh. Mungkin Allah makbulkan doa aku. Selepas pengasuh Zhareef tak mahu jaga dia lagi, adik aku sedia membantu. Aku kini lebih tenang meninggalkan Zhareef di bawah jagaan adik aku sendiri.


Dan kini, Zhareef semakin membesar dan semakin aktif. Beratnya sudah 6kg dalam masa 2 bulan. Dia dah pandai isap jari, jilat-jilat tangan dia yang debab tu. Pukul 4 pagi dia rajin kejutkan aku untuk ajak aku bermain dengan dia.

Baru aku tahu betapa seronoknya ada anak!

Ini lah pengalaman paling berharga sepanjang tahun 2012, kenangan yang tetap segar dalam ingatan. Aku berdoa dan berharap, tibanya tahun baru 2013 nanti bakal membawa sinar baru dalam hidup kami sekeluarga.


Selamat Menyambut Tahun Baru 2013.





Wednesday, June 20, 2012

doa pelindung diri

Tadi ada orang tiba-tiba kena histeria kat level 21, terkejut aku. Pertama kali aku tengok orang histeria, tapi aku tak pegi dekat pun, duduk diam-diam je kat meja. Baru nak jenguk-jenguk konon-konon nak intai apa yang berlaku, dah kena marah dengan Puan Lawa, dia kata, duk sini diam-diam, jangan nak nyebok kat sana. Hehe.

Abg Razak suruh aku baca ayat kat bawah ni, bagus di amalkan sebagai doa harian, insyaAllah, Allah akan melindungi kita. Terima kasih Abg Razak.
 

Maksudnya:
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Petua Beramal:
  • Doa ini dibaca 3 kali di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan. Jika dibaca 3 kali di waktu maghrib, insya-Allah sepanjang malam Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan.
  • Bila hendak pergi ke suatu tempat yang berisiko/merbahaya, tempat kerja, bermusafir, balik kampong, hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7 kali.
  • Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7 kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
  • Lazimkan juga membaca surah al-Fatihah & ayat Kursi setiap kali selepas solat 5 waktu.

Friday, January 6, 2012

ikrar

Saya....saya....berikrar, akan menurunkan berat badan saya yang dah naik sebanyak...ehem..5 kilo. Damn!

Saya...saya....berikrar, akan mengembalikan berat badan saya yang asal.


Doakan saya berjaya.


@__@

Tuesday, January 3, 2012

sabar

Untuk tahun 2012 ini saya mempunyai satu azam yg sejak dari dulu tidak pernah terlaksana dengan betul, atau dengan ertikata lain ianya amat payah untuk direalisasikan.

Azam saya itu ialah hendak menjadi seorang yg penyabar.

Sabar adalah satu sikap yg sangat baik. Orang yg sabar adalah orang yg kuat. Saya seringkali gagal untuk menjadi seorang yg sabar. Saya memang seorang yg sangat TIDAK SABAR dalam sesetengah perkara, walau macam mana saya cuba untuk berubah, ianya sering gagal.

Saya menerima sekeping kad ucapan di hari perkahwinan dari Dilla Majid, ianya berbunyi macam ni:


"Selamat pengantin baru dan banyak-banyak lah bersabar"


Ucapan itu sangat berbeza dari ucapan yg sering kita dengar untuk pengantin baru. Ucapan dan kata-kata itu membawa makna yg sangat besar untuk diri saya. Tak cukup dengan kata-kata dalam kad, pesanan itu disambung lagi dari mulutnya sendiri kepada diri saya sewaktu kami berjumpa di Restoran My Mom Chicken Rice, Ampang.

Pesanan yg sama juga datang dari emak saya sendiri.

Saya percaya, setiap kesabaran itu ada hikmah yg kita sendiri tak nampak, tapi bila tiba harinya, kita akan rasa betapa sifat sabar itu sangat bermakna.



Persoalannya...mampukah aku menjadi seorang yg sabar?


Mampukah?

Monday, January 2, 2012

2012

Sekarang dah masuk tahun baru 2012. Cepatnya masa berjalan. Baca kat blog orang semua dah cerita pasal azam tahun baru, tengok tv pun semua cakap pasal azam, dengar radio pon semua cakap pasal topik yang sama.

Tahun 2011 banyak meninggalkan kenangan. Semua kenangan itu memberi 1001 pengajaran dan ingatan buat saya sampai mati.

Yang penting, tahun 2011 saya sudah bergelar seorang isteri.

Saya harap dan berdoa semoga ikatan ini akan kekal sehingga ke nafas yang terakhir.


HAPPY NEW YEAR!

Friday, December 31, 2010

2011


happy new year 2011
hopefully this coming 2011 will be more meaningful, happy and blessed
forget the past, start a new life


HAVE A GREAT MOMENTS



Sunday, October 24, 2010

surah Al-Kausar

Maksud ayat ini:

1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

Verily, We have granted you (O Muhammad (Peace be upon him)) Al-Kauthar (a river in Paradise);

2. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Therefore turn in prayer to your Lord and sacrifice (to Him only).

3. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
For he who makes you angry (O Muhammad (Peace be upon him)), - he will be cut off (from every good thing in this world and in the Hereafter).

Surah ini bermaksud Sungai di Syurga, mengandungi hanya 3 ayat dan di turunkan di Makkah. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata. Rasa airnya lebih manis daripada madu, warnanya lebih putih daripada susu dan baunya lebih harum daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Rasulullah S.A.W ketiba baginda sedang bersedih diatas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.



Wednesday, October 20, 2010

beautiful date

Tarikh hari ni cantik, 20.10.2010. Jangan ada perkara buruk berlaku macam 10.10.10 sudah. Hopefully everything gonna be alright.

Beautiful date, beautiful day hopefully.

Wednesday, July 21, 2010

Istikharah

Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pentunjuk yang baik dari Mu. Aku minta dari Mu dari kelebihan Mu yang banyak. Maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui, bahkan Engkau sangat mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, pada duniaku dan baik pada kesudahan urusanku, maka tentukan lah ia untukku dan permudahkan lah dan berkati lah aku padanya.

Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku serta kesudahan urusanku, maka jauhkan lah ia dariku dan jauhkan lah aku darinya.

Tentukah lah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada kemudian redailah aku pada Nya.




Thursday, June 3, 2010

peluru vs batu


Buku ni bagus. Tulisan Maszlee Malik. Lepas baca buku ni, baru saya tahu cerita isu Palestine dari mula sejarahnya hingga lah sekarang. Selama ni tak pernah amek tau pon. Yahudi ada berapa kelompok, asal usul diaorg dari mana, Masjidil Aqsa di bina waktu bila, ada berapa tiang, berapa pintu, berapa kali di ubah suai akibat peperangan, siapa Salahuddin Al-Ayubi, siapa Sheikh Ahmad Yassin dan siapa sebenarnya Yasser Arafat.

Dan kenapa Yahudi nak sangat rampas Palestine. Isu agama yg tak tahu bila kesudahannya.

Credit to the author.

Doakan Palestine selamat.

Friday, May 7, 2010

mother's day

I am not blogging on weekend. So I would like to wish and say 'Happy Mother's Day' to my lovely emak in advance due to mother's day will falls on this coming Sunday.

Saya tak tahu nak cakap macam mana, saya cuma mampu cakap bahawa saya menyayangi mak sepenuh jiwa.


Semoga mak tabah melayan kerenah anak2nya termasuk lah aku....

hehehe...


Happy mother's day to all mothers and mother-to-be out there...

Thursday, January 28, 2010

3 kilo je

Think positive....think positive....think positive...

Cuma nak turunkan 3kg je...kalau dapat lebih lagi bagus...

Nak naik senang, bedal je nasi lemak, chicken chop, lamb chop, cheese cake, ice cream..

Nak turun, kena lari 5-6 round kat tasik ampang hilir, tu pun kalau larat, kalau hari tak hujan..dan kalau lah aku berjiwa kental...

Memang jiwa saya kental kali ini...

Friday, January 22, 2010

rezeki

Life, is not predictable what will happen. Mungkin sesuatu itu bukan ditakdirkan menjadi rezeki kita kerana ada orang lain yang lebih berhak memilikinya. Dan mungkin juga Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik dari apa yg kita harapkan selama ini. Atau kita sendiri belum cukup berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita rasa kita patut dapat.

Jadi usaha lagi.

What I can do is be patient and continue to be patient. Saya belum cukup bagus untuk mendapatkan sesuatu yang lebih, jadi ianya bukan lah mudah. Cuma, saya sangkakan ianya sama rata, rupanya tidak. Ada sikit ada banyak, ada lebih ada kurang. Nampak mcm tak adil, tapi itulah yg berlaku.

Betul lah, rezeki orang lain-lain.

Bersyukur saja lah.