Monday, August 17, 2009

Alfatihah - untuk arwah Alin

Jenazah arwah Alin selamat dikebumikan selepas Zohor. Saya dan Fad tiba dirumahnya di Seksyen 27, Shah Alam lebih kurang pukul 11 lebih. Masa sampai ramai kawan2 sekelas menunggu di luar. Ada setengahnya yg duduk dalam rumah. Rupa-rupanya rumah arwah Alin tersangat lah dekat dgn rumah saya...tapi oleh kerana tak tahu, saya siap search google map mcm mana nak pegi rumah dia. Punya lah sengal, padahal dulu saya keje di Seksyen 26, selalu sangat keluar makan kat seksyen 27 dan memang selalu sangat lah lalu depan Sekolah Menengah Taman Alam Megah tu.

Saya menatap wajah arwah Alin untuk kali yg terakhir. Tatapan ini adalah tatapan yg diselubungi dengan seribu perasaan. Sedih, sebak dan insaf. Melihat sekujur tubuh Alin yg terbaring kaku membuatkan saya terkenang kembali saat-saat arwah masih bernafas, tersenyum, bercakap dan ketawa. Saya bukan lah kawan yang rapat dengannya, tapi saya mengenalinya sebagai seorang kawan yg pernah sama-sama belajar dalam kelas yg sama.

Selepas menatap wajah arwah Alin, kami duduk beramai-ramai bersama ahli keluarganya membacakan surah Yasin. Hanya ini yg mampu kami sedekahkan untuknya. Saya lihat ibu Alin tak henti-henti menangis. Saya harap ibu Alin tabah, begitu juga dgn ayahnya yg saya lihat tangannya berbalut. Dan hari inilah pertama kali saya tengok dan kenal tunang arwah. Dia hanya cedera sikit di tangan. Dari luaran dia nampak tenang, tapi saya nampak ada genangan air mata di matanya. Saya tahu kejadian ini akan terpahat di sanubarinya sampai bila-bila.

Menurut cerita seorang kawan ptg tadi, semasa kemalangan itu berlaku, arwah Alin sedang tidur. Mungkin arwah penat selepas majlis konvokesyen. Ajal maut itu semua rahsia Allah. Apa yg berlaku itu hanya sebagai 'penyebab'nya saja. Saya tak tahu cerita selanjutnya sebab masing-masing sdg sibuk dan bersedih.

Kepada keluarga arwah Alin, semoga kamu semua tabah dengan kehilangan anak tersayang. Kepada tunangnya pula, semua kejadian ini ada hikmah yang kita tak nampak. Semua ini mengajar kita insaf dan menghargai orang yang kita sayang. Hidup mesti diteruskan walau apa pun yg terjadi.

Arwah Alin, semoga rohmu dicucuri seribu kerahmatan dari Allah. Sesungguhnya kamu sudah pun kembali kepada Pencipta.

Dan kepada kita yg masih hidup, harus sentiasa ingat bahawa kematian itu pasti tiba..

6 comments:

Kreko said...

parent arwah follow blkg, nmpk kejadian berlaku dpn mata...

al-fatihah...

J.U.L.I.E said...

ooo..yeke..
this tragedy will never forget..
and alin will be missed..

Madi the Photographer said...

Arwah adalah seorg yg periang, ceria & peramah... sy sekeluarga mengenali arwah semasa menjadi jurufoto majlis pertunangan beliau... minggu lepas arwah minta sy bg quotation fotografi, tp sy kata, tgklah sampel album dulu.. rupa2nya itu adalah mesej terakhir beliau kpd sy... Arwah nak lampu chendalier di khemah pengantin masa sanding nnt... Ya Allah... tempatkn Nurfazlin Binti Abu Hasan dikalangan solehah yg beriman... Aminn

J.U.L.I.E said...

Madi the Photographer: sdihnye...Allah menyayangi mereka yg baik2, mgkin sbb tu dia dijemput dulu ke alam abadi..,yg masih idup must be get ready..when is our turn? tu rahsia Allah..

Madi the Photographer said...

Julie, terlalu byk kenangan bsama arwah, sbb jika xder aral, kami yg akan jd wedding planner dia... mcm2 dia dh rancang wpun majlis lg 1 tahun. Paling hiba, mlm td kami sekeluarga menatap 'slideshow' yg kami buat utk arwah sempena pertunangannya... Mula2 lagu tema utk slideshow tuh lagu Bukan Cinta Biasa, namun arwah minta tukar & masukkn lagu Ayat2 Cinta... kami tatap smp anak sy yg berumur 10 tahun menangis teresak2... bg MediaKreatif, arwah adalah pencetus kpd kebangkitan kami dlm industri fotografi perkahwinan...Link ke laman web MediaKreatif tetap menjadi keutamaan arwah & beliau mengikuti perkambangan kami tanpa jemu... semoga Allah memberkati roh Arwah...

J.U.L.I.E said...

Madi: baca komen u dh bleh buat saya sedih, saya bkn rapat dgn arwah, tp Allah memberi kita satu perasaan walaupun kita bkn rapat sgt dgn dia, tp kita akan terasa kehilangannya bila org tu dh xde, tgk gmba2 dia dlm facebook, sayu sgt rasa hati ni, dan saya akan tetap jenguk blog dia walaupun saya tahu blog tu x akan di update lg. Bila saya masuk blog dia & baca entry dia yg terakhir tu, saya rasa seolah2 Alin masih ada..