Sunday, August 16, 2009

Alin dalam kenangan

Arwah Alin

Dia adalah kawan satu univ. dgn saya, cuma kami berbeza course. Saya Material dan dia Metallurgy, tapi kelas kami selalu combine sebab subjek yg kami ambil lebih kurang sama. Material & Metallurgy kira mcm adik beradik, cuma Metallurgy is more to metal lah. Apa yg saya tahu dia sambung Master di UTM Skudai selepas habis degree, dan kini berkhidmat sebagai pensyarah di Unimap. Saya dah lama tak contact dgnnya, cuma 2-3 menjak ini saya menjadi follower blognya, The Journey Of My Life . Dia pun menjadi pembaca tetap blog saya.

Siapa dia? Dia adalah NurFazlin Abu Hassan.

Jantung saya tersentap petang tadi, bagai tak di duga bahawa tulisan yang saya baca dalam blognya adalah luahan hati terakhir. Saya bagai tak percaya tetapi harus menerima dengan redha. Alin (panggilannya) sedang dalam perjalanan pulang selepas habis konvo di UTM bersama tunangnya. Mereka di timpa kemalangan apabila kereta mereka masuk gaung di Alor Gajah, Melaka. Alin kembali ke rahmatullah petang tadi, manakala tunangnya hanya cedera ringan. Alfatihah untuk arwah Alin, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yg beriman.

Tiba-tiba hati saya jadi sebak dan sayu. Betapa ajal maut itu rahsia Allah yang kita sendiri tak terduga bila kah waktu panggilanNya. Wajah arwah Alin masih terbayang-bayang di ruang mata saya. Patut lah beberapa minggu ni saya selalu menjenguk blognya dan saya pun tak tahu kenapa saya tertunggu-tunggu Alin meng 'update' blog dia. Berita pemergian Alin sangat mengejutkan semua orang. Dan ini lah yang membuatkan saya insaf bahawa kematian itu boleh datang pada bila-bila masa saja. Allahuakhbar.

Saya mendoakan arwah Alin aman di sana. Allah lebih menyanyanginya. Cuma apa yg saya sedih... The Journey Of My Life tidak akan di update lagi, dan perjalanan hidup Alin terhenti setakat disini sahaja.

Alfatihah..

9 comments:

m@Ri@ said...

baru dapat tau berita ni..serius terkejut alin dah takdek..padahal baru baca blog die last week..semoga ber tabah hadapi sumer dugaan ni..n roh alin di cucuri rahmat..amiin..

*mo0ney_seLamaH* said...

turut sedih walaupun xkawan ngnn dia..semoga keluarga arwah dan ber bersabar..

Ella said...

takziah utk keluarga arwah.
semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah..

june said...

hi sis, jun ni.. terhopping ke sini sbb nak find out cerita arwah... al-fatihah...

izny atikah said...

xsangka..inaalilah

J.U.L.I.E said...

hai readers...
semuanya suratan takdir..
saya gi melawat kt umah arwah di s.alam...rmai kwn2 unimap dtg by bas..,jenazah sampai around kul 12+.., sempat tatap wajah arwah utk kali terakhir...wajahnya sedikit bengkak...dan ada kesan luka, kabarnya mmg cedera teruk...,tunangnya ada skali, just luka sket kt lengan..alhamdulillah dia ok.., utk arwah Alin, semoga dia aman disana, Allah lbh sygkannya...semoga dia ditmptkan dikalangan mereka yg beriman...amin

Anonymous said...

kak julie, macamana ngn parents alin? diorng OK x?

J.U.L.I.E said...

masa melawat semlm ayah alin ok, dia sedih tp still under control, but mak alin yg sentiasa nangis, tiap kali salam ngn org mesti nangis, yela ibu mana x sedih kan...
harap2 diaorg tabah...kena redha.

Mama Ryn said...

Takziah utk arwah Alin,family & kwan2.Wlaupun tak kenal die scre rapt,tp pernah jgk dlu kt unimap bertegur sape ngn die.Moga arwah ditemptkan dikalangan org2 yg beriman.Alfatihah....