Sunday, August 16, 2009

ayat-ayat cinta


"Aku ingin menjadi seseorang yang halal bagi kamu, seseorang yang mengucup dahiku dan menghapuskan air mataku.."

"Sekarang baru aku mengerti.. antara cinta dan keinginan untuk memiliki itu tidak sama"

***

Cerita ini mungkin sudah basi bagi sesetengah org. Membaca novelnya tak sama dgn menonton filemnya. Tapi agak susah la nak faham ayat-ayat Indon dlm novel ni, kena baca 3-4 kali baru faham. Saya baca 3-4 baris je, pastu terus tutup tak buka dah.

Tapi saya suka sgt tgk cerita ni melalui layar perak. Kali pertama tgk rasa mcm bosan sebab cerita ini agak lembab dan membosankan. Bagi setengah org yg anti citer lembab2 ni memang dah lama tido depan tv.Masa first time tgk pun saya mcm tak hiraukan sgt, cuma masa dah last2 ending citer ni agak touching sket dan membuatkan saya terasa syahdunya. Hinggalah saya menonton buat kali kedua sebentar tadi kat TV3. Kali ni saya tgk dari mula sampai habis sebab saya rasa saya dah tersuka dgn jalan ceritanya walaupun ada sikit scene yg nampak macam tak logik. Tapi biasa la kan, dah nama pun cerita buatan manusia, mesti ada kekurangan disesetengah sudut.

Filem ini diadaptasi dari novel karya Habiburrahman El Shirazy. Saya suka pada kata-kata cinta yang saya ambil dari filem ini seperti yang saya tulis di atas..."Aku ingin menjadi seseorang yang halal bagi kamu, seseorang yang mengucup dahiku dan menghapuskan air mataku..,...Sekarang baru aku mengerti.. antara cinta dan keinginan untuk memiliki itu tidak sama".

Dah tajuk pun ayat-ayat cinta, dah semestinya ayat-ayatnya begitu puitis. Dalam Islam, cinta itu fitrah. Bercinta itu tak salah, tapi biarlah kena dengan cara yang betul agar tidak terkeluar dari landasannya. Cewahhhh...ada hati nak bermadah plak. Actually saya tak pernah suka pada cerita Indonesia hingga lah saya menonton filem ini. Ini lah cerita Indon pertama yang saya suka. Dan saya berterima kasih kepada penulis novel ini yang berjaya menghasilkan cerita yg agak menarik walaupun susah nak faham ayat-ayatnya...dan ada sedikit part yg kurang logik. Biasa la..manusia mana yg sempurna.

Saya rasa filem ini tak di tayangkan di negara barat kerana ia mengisahkan keagamaan. Dah terang-terang dlm cerita ini menonjolkan seorang lelaki yang sangat anti dan bencikan warga barat. Mungkin ini cara si penulis novelnya untuk meluahkan hasrat dan mungkin ini juga salah satu jalan untuk berdakwah. Agaknya la....saya main agak je...hahaha.

Walau apa pun saya enjoy dengan citer ni...

Ingat yer kawan2....antara cinta dan keinginan untuk memiliki itu tidak sama...

2 comments:

m@Ri@ said...

sy suka ayat dr aisha utk fahrin.."jodoh itu rahsia ALLAH"..

Julie Shahril said...

a'ah...ayat tu pun best gak..puitis btol la citer ni..,saya siap nk cari dia pnya dvd...huhu