Monday, September 28, 2009

peta lokasi majlis


My younger sister is getting married soon. And I had received a bundle of regular questions from my relatives and friends.."where is your turn Julie?". As usual, I just gave them my cute smile and only one word.."entah..!". Sebenarnya...tu jawapan ala-ala malas nak layan soklan2 sadis tu. Sadis ke? takde la sadis sangat sebab saya tak terdesak pun nak berumahtangga. Cuma rasa nak muntah kuning bila org asik bertanya. Yela kan...si adik dah nak kawen, tapi si kakak duk terkinja-kinja lagi. Huhu. Tapi jodoh org kan lain-lain. Mungkin jodoh adik saya cepat sebab dia gatal...hahahaha...(saja dengki), dan jodoh saya lambat sebab saya nak kumpul harta.. ;-)

Btw, saya lah org yg duk sibuk menyiapkan peta lokasi rumah untuk dimasukkan dlm kad jemputan nanti. Saya juga lah yg menempah kad jemputan melalui online di kadkahwinku.com . Dan mak bapak saya dikampung tengah pening kepala membuat persiapan majlis perkahwinan adik saya tu, tapi adik saya senang lenang duduk tido goyang kaki tak buat satu apa pun. Cis..marah ni.

And now baru saya tahu nak kawen bukannya senang. Ya, mungkin bercakap tak semudah nak melaksanakan. Banyak perkara perlu difikirkan untuk membuat persiapan perkahwinan. Dari makanan, pakaian, pelamin, hantaran, kad jemputan, canopi dan macam2 perkara perlu difikirkan. Ada hikmah juga saya belum kawen...hikhikhik.

Tapi kan yg penting ialah life after marriage...mampukah kita mempertahankan masjid yg dibina..., mampukah kita melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu..., mampukah kita menjadi isteri dan menantu yg baik...., mampukah...mampukah..?

InsyaAllah...

Cuma skg ni saya duk fikir...betul ke adik aku nak kawen ni? she's only 22 yrs old, tak pandai masak, bangun tido pun dah tengahari, malas keje, malas itu..malas ini...semuanya malas. Pandai-pandai kau lah dik nak layan makan minum laki kau nanti...huhu.

Tapi ada satu scene yg membuatkan saya nak ketawa bila makcik saya kata...

"Ermm....langkah bendul la ni..., akak kena dpt hadiah jugak.."

Lalu mak saya membalas...

"Entah la si bendul ni..bila nak kawen..."

Mak aku panggil aku bendul?

Uwarghhhh...

2 comments:

aina said...

Soal idop mati, jodoh sume ni kite tak leh jangka kan? so jgn risau2...ade jodoh nanti kawen la tu...molot org ni mmg takleh nak totop...yg penting kite happy teruskan hiduppppp...

J.U.L.I.E said...

owhh..yes..aku mmg hepi, nak kemana2 sesuka hati aku tanpa ada org melarang..hahahahaha..