Friday, October 30, 2009

iskandar vs zulqarnain

Sabtu lepas saya memborong 5 bijik novel. Actually novel2 tu semua yg lama, zaman2 sekolah dulu, tapi saya tak penah baca. Diaorg jual murah2, longgok2 je dlm rak. 1 novel RM5...murah kan. Saya beli banyak2 tu tak pasti bila boleh khatam semuanya. Baca 1 novel pon makan tahun nak abes, ni kan plak 5 novel. Kuikuikui..

Dan ini pulak hasil kajian Afareez Abd Razak Al-Hafiz mengenai asal usul dan sejarah 2 pejuang agung, Iskandar dan Zulqarnain. Sebelum ini semua org menyangkakan Iskandar dan Zulqarnain adalah orang yg sama, namun setelah dikaji selidik, fakta telah membuktikan bahawa mereka bukan org yg sama. This is a nice book for us to know the detail about our Prophet starting from Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman sehinggalah tiba ke asal usul Iskandar dan Zulqarnain. Setelah saya baca buku ini, baru saya tahu bahawa semua manusia yg ada di muka bumi ini berasal dari salasilah keturunan Nabi Nuh.

Kenapa?

Sebabnya, semasa Nabi Nuh membina bahtera atas perintah Allah, tak ramai manusia yg percaya bahawa ada banjir besar akan berlaku. Jadi tak ramai lah pengikut2 Nabi Nuh naik ke bahtera itu. Semasa banjir besar itu berlaku, satu dunia ini ditenggelami air, bukan bumi Arab saja. Jadi siapa yg tak naik atas bahtera itu semuanya mati, yg selamat cuma yg berada di dalam bahtera itu saja termasuklah binatang. Hasil kajian Afareez dlm buku ini, kita semua ini berasal dari manusia-manusia yg ada dlm bahtera itu. Erm...baru saya tahu.

Untuk tahu lebih lanjut, baca lah buku ini, sesekali baca buku ilmiah ini ok juga. Cuma...saya amek masa lama sket la nak khatam sebab saya dah kurang tekun bab2 membaca ni, tak macam dulu lagi boleh mengadap satu hari suntuk. Tapi kalo main game no hal.. *wink*

No comments: