Wednesday, October 7, 2009

pasal lembu


Abah kata...lembu tu mak angkat kita sebab sejak kecik kita duk minum susu dia. Hahaha. Abah kata lagi, sebab tu kau degil mcm lembu, suka sgt minum susu lembu. Kalau anak yg minum susu ibu mcm abah ni, perangai dia tak degil sangat. Hahaha. Abahku melawak lagi.

Tadi saya duk bual dgn my colleagues (kak ila, kak su & fad) pasal lembu. Apa la kan, pasal lembu pun boleh jadi topik pagi. Diaorg kata lembu tu bukan setakat ibu susuan kita, tapi anak-anak lembu tu secara automatik jadi adik beradik susuan la. Hahaha. Kata mereka lagi, dah jenuh dah kita makan daging adik beradik susuan kita tuuu..hahaha, mereka melawak lagi. Ohhh...takpe, kita makan daging lembu import, susu yg kita minum pun di import dari oversea, jadi tak rasa bersalah sangat lah dgn lembu-lembu yg ada di Malaysia ni. Hahaha. Seronok pulak citer pasal lembu ni kan.

Kepada lembu...terima kasih kerana memberi kami minum susumu, tanpamu daku pasti kehausan dan merengek kedahagaan. Kepada ibuku, suka minum susu lembu tak bermakna susumu tak sedap, cuma...tak mau menyakiti dirimu jika berlaku sesuatu yg menyakitkan...muahahaha.

Byk sungguh jasa lembu kepada serata manusia di dunia ini...

2 comments:

Ella said...

julie adik beradik lembu. hahahha

dah tu makan adik beradik plak tu..huish..buruk perangai..heheheh

Julie Shahril said...

tu la...mcm x kenang budi lak..hahaha.