Thursday, October 8, 2009

susu kacang soya

Saya jatuh cinta pada air soya Home Soy. Sebelum ni saya bukan lah pencinta soya bean, tapi tak tau kenapa masa terpandang susu kacang soya Home Soy masa beli barang kat Maidin Mall, USJ hari tu, saya tergerak hati nak beli. And yes...it's yummy.

Susu soya Home Soy menyediakan soya dgn perisa gula putih (tutup bo
tol color hijau) dan susu soya bersama brown sugar (tutup botol color oren). Dua-dua sedap tapi I like the soya bean with brown sugar because it has a slightly lower calorie by weight than white sugar. Dan susu soya sebenarnya amat baik bagi mereka yg sedang berdiet kerana ia mengandungi nutrisi seperti protein yg tinggi di mana ia membantu membina otot. Kacang soya juga mengandungi antioksida yg membantu melindungi masalah kulit akibat pencahayaan terik matahari. Cewahh...mcm terer je saya bercakap pasal ni...hahahaha...

And I found the recipe how to make our own soya bean at home.

Bahan-bahan:
1 cawan kacang soya

4 cawan air
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan [simpulkan]

Cara

1. Basuh dan rendamkan kacang soya semalaman.
2. Ramaskan kacang soya supaya kulitnya berpisah. Buangkan kulitnya sambil membilaskan kacang soya.
3. Mesinkan dalam blender sehingga halus.
4. Tapiskan dengan penapis kain [selalu tapis teh tarik/tapis kain putih]
5. Masukkan soya dan gula dalam periuk bersama simpulan daun pandan.
6. Masak sehingga mendideh. Jaga supaya jangan sampai melimpah keluar periuk.
7. Sejukkan dan hidangkan bersama ketulan ais. Boleh juga hidangkan soya panas.

Jom...buat soya sendiri kat rumah..


Source of the recipe : Hanieliza

No comments: