Showing posts with label Food/recipe. Show all posts
Showing posts with label Food/recipe. Show all posts

Wednesday, March 14, 2018

Langkawi - Tempat makan

Bab makan di Langkawi, aku tak pandai nak komen sangat sebab aku bukan jalan-jalan cari makan, kitaorang makan asal boleh dan kena dengan tekak, dan kami makan untuk dapatkan tenaga nak berjalan-jalan, hahaha.

Ada satu restoran, namanya Restoran Kak Yan Nasi Campur memang terkenal di Langkawi. Ramai juga blogger yang share pasal restoran Kak Yan ni. Selama 5 hari di sana, memang aku sering ulang alik ke restoran Kak Yan je sebab senang nak makan, harga yang affordable dan rasa yang kena dengan tekak aku.

Gambar ni aku google sebab aku lupa nak snap gambar kedainya dari luar

Suasana dalam kedai Kak Yan

Ikan bakar, harga ikan bakar ikut jenis dan saiz lah
Aku ambil ikan siakap bakar, harganya agak pricy sikit tapi husband aku suka


Lauk-lauk lain

Kerabu taugeh dan kerabu bronok
Haaa...pernah dengar nama bronok tak? Kerabu bronok ni kategori makan eksotik di Langkawi

1st time aku dengar nama bronok. Husband aku kata, kalau nak makan kerabu bronok ni jangan google dulu rupa bronok tu....nanti tak lalu nak makan
hehehe

variety of sambal

Restoran Kak Yan ni dah buka pagi-pagi pukul 8.30 gitu, jadi pagi dah ada sarapan
kuih-kuih dia pun kena dengan tekak aku sebab tak terlalu manis

Macam menarik perhatian aku je kuih labu ni...
sagu gula melaka memang feveret aku 

Aku beranikan diri lah mencuba makan kerabu bronok tanpa menggoogle dahulu rupa paras bronok tu...hahahah...tapi tak kena dengan tekak aku, kerassss...aku makan sikit jer
.
.
.
.
.
Dah makan, masuk kereta, baru aku google rupa bronok tu. Mak aii...kalau setengah orang memang kembang tekak lah, nasib baik aku okey jer, tapi cukup lah sekali aku makan, sebab aku tak minat. 

 Kedai lain yang aku sempat cuba ialah Uncle Jai Cafe. Not bad tempat ni, sedap juga dan servis cepat. Gambar ni dari google juga sebab lupa nak snap

 Soft shell crab fried rice, aku punya

 Air dalam kole stainless steel

 Chicken chop
zhareef share dengan adik dia

My husband's plate
Ayam sambal fried rice
dia memang tak boleh lari dengan ayam

.
.
.
.


Kedai lain yang famous di Langkawi...tak lain tak bukan kedai Nasi Dagang Pak Malau. Kedai ni popular sebab viewnya yang cantik, makan sambil mengadap sawah padi.

 Aku pilih duduk di pondok kayu, makan sambil duduk bersila


 Ada angsa..
ada lembu kat tengah sawah nun jauh disana

 Padahal kat kampung sendiri ada sawah padi..
tetap lah teruja tengok sawah padi kat tempat orang

 Ada maksud mendalam pantun itu
Kajang itu ialah atap yang diperbuat daripada mengkuang dan nipah

.
.
.
.
.

 
Itu sajalah tempat makan yang sempat aku cuba. Lain orang lain citarasa.


Wednesday, October 5, 2016

scone sedap

Untuk memudahkan aku mencari semula resepi scone, aku simpan disini lah. Resepi asal dari SINI , dan tuan punya blog pulak dapat resepi ini dari Joy of Baking.

BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
25 grm gula - aku agak-agak je sebab penimbang rosak
70 gm butter tanpa garam - sejuk - aku lebihkan butter
1 biji telur - dipukul sikit
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
100 ml cream - dalam kotak
1 biji telur dipukul sikit utk disapu atas scones
 
CARA MEMASAK :

1. Panas kan oven pada suhu 180'C selama 5 minit (suhu panas bergantung pada jenis oven yang anda guna)
 
2. Ayak tepung dengan baking powder , gula serta garam . Kemudian masukkan semua butter sejuk yang sudah dipotong menjadi kiub kecil dan terus ramas-ramas butter dengan tepung sehingga menjadi macam serbuk roti yang berderai-derai . Buat semua ni dengan cepat supaya butter kekal sejuk.
 
3. Dalam bekas yang sesuai satukan telur , esen vanilla dan cream . Kacau semua bahan sehingga sebati.
 
4. Buat seperti lubang di tengah-tengah adunan tepung tadi dan masukkan  adunan telur tadi kemudian gaul rata  adunan ni dengan senduk , biar semua bahan-bahan cukup sebati  . Jangan uli terlalu lama jika adunan melekik letak sikit tepung ditangan/jari-jari . Bila doh dah jadi padat macam sebiji bola masukkan sekejap dalam peti sejuk selama 20 minit . 
 
5. Keluarkan doh dari peti sejuk dan terus ratakan doh guna pengelek anggaran 1 1/2 inci tebal dan boleh la guna acuan bulat atau gelas untuk terap doh ni , saya hanya tekan-tekan doh dengan jari dan terus terap guna gelas . Susun adunan tadi atas tray pembakar yang sudah disapu sedikit butter atau minyak sayur . Sapu telur atau susu pada pemukaan adunan scones ni .
 
6. Bakar scones ni selama 15-20 minit pada suhu 180'C atau sehingga scones masak kuning keemasan , pastikan jangan terover masak nanti scones boleh jadi berderai/kering . Bila masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas relai/tray besi. Aku bakar scone ni selama 15 minit saja sebab aku tak berapa suka scone yang terlalu kering berderai.  
 
 
Jom tengok hasilnya:
 
 aku tekap scone ni guna gelas sebab takde acuan

 masukkan dalam oven

 dah hampir siap dibakar

 tadaaa...menjadi scone ai..

 makan dengan strawberry jam yang aku beli di YZ Agrofarm dan butter
 

Tuesday, September 15, 2015

Sup ayam dengan rempah home-made

ini last portion aku korek-korek dari dalam periuk, kentang dan segala isi dah banyak habis

Bila badan rasa tak sedap, hidung mula berair, tekak pun mula sakit....terasa nak makan sup lah. Selama ni aku selalu masak sup plain je, cuma letak sup bunjut, tapi kali ni macam nak letak rempah sup. Rempah sup ready-made banyak aje jual di kedai-kedai, pelbagai jenama ada, jenama Faiza ada, Adabi ada, Baba's pun ada kalau tak silap.

Aku google, terjumpa resepi buat rempah sup sendiri, macam menarik je. Aku jumpa di blog Azlita Masam Manis. Kakak ni kalau masak semuanya sedap-sedap.

Resepi rempah sup home-made:

3 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang Putih
3 biji Buah keras
1 inci Halia - (ini aku tambah)
1 sudu teh Jintan Manis*
1 sudu teh Jintan Putih*
1 sudu teh Ketumbar*
1 sudu besar Lada Hitam

Cara-cara: 

Sangai dulu bahan bertanda *
Kisar semua bahan-bahan di atas. Siap.

Dan kau masak lah sup macam biasa, tumis kulit kayu manis+bunga lawang+buah pelaga+bunga cengkih. Kemudian, masukkan rempah sup home-made yang kau dah kisar tadi, tumis sampai pecah minyak. Masukkan air, then masukkan kentang atau carrot atau apa-apa sayur yang kau suka. Kemudian, masukkan ayam, biarkan mendidih.

The taste is sooo good. Lepas ni aku tak payah guna rempah sup yang kat kedai lagi.

Sup ni....cicah roti pun sodap.






Thursday, November 14, 2013

susu badam



Aku testing semalam buat almond milk. Katanya sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan, juga kalau bagi anak-anak minum pun bagus, baik untuk otak. Kebetulan aku ada beli almond haritu. So nak try lah. Aku google resepi, sangat lah senang.

Bahan-bahan:

Almond - 1 cawan. Nak guna raw almond atau roasted almond pun boleh. Mana-mana lah. Aku guna roasted almond. Kalau raw almond biasanya orang rendam semalaman, kes aku, aku rendam dengan air panas 1-2 jam je.

Air - 300~400ml. Aku rasa air ni terpulang pada kita nak pekat macam mana.

Kurma - 4-5 biji. Ni untuk memaniskan susu badam, jadi terpulang juga pada tekak kita nak letak byk mana. Tapi semalam kurma takde, aku ganti dengan pisang. Haha, asal boleh aje.

Esen Vanilla - Letak sikit je, tak letak pun takpe sebab ni untuk menambahkan bau wangi vanilla je. Ada setengah resepi letak cinnamon powder, aku belum cuba lagi.


Cara-cara:

1. Rendam almond semalaman, buang kulit. Basuh bersih-bersih.
2. Kalau guna kurma, kurma pun rendam juga supaya ianya lembut.
3. Masukkan semua bahan dalam pengisar, dan blend sehingga betul-betul hancur.
4. Kemudian tapiskan susu badam dengan penapis halus, aku guna tapis kopi tu aje, hihi.
5. Dah tapis, blend sekali lagi, lepas tu tapis lagi.
6. Kalau guna raw almond, dah siap blend kena masak dulu, sama macam buat air soya. Tapi macam aku guna roasted almond tak payah masak, aku cuma blend dengan air suam.
7. Sedia untuk diminum.

Cara simpan, kena simpan dalam peti sejuk, tahan 3-4 hari (kata google lah), ataupun boleh guna kaedah simpan stok susu ibu, letak tempat sejuk beku tu.

Senang je kan.

Sila lah buat.





Friday, March 1, 2013

telur separuh masak

google
Ada kawan aku tanya:

Weh, macam mana ko buat telur separuh masak? Aku buat selalu terkeras.

Hah...ingat senang ke nak buat telur separuh masak? Aku pun dulu selalu gagal, sama ada terkeras atau tercair sangat. Kalau terkeras aku tak kisah, boleh je makan. Tapi kalau tercair...aku tak boleh makan. Tapi kalau terkeras tu bukan telur separuh masak lagi dah...tu telur dah masak ranum. Kalau tercair...tu telur tak masak.

Aku pun buat la eksperimen sendiri dengan bantuan google. Cara-caranya:

- masak air dulu sehingga mendidih. Air tu biar la yg boleh menenggelamkan telur tu.
- bila dah mendidih, tutup api.
- masukkan telur, tutup periuk.
- set time : 10 minit.
- dah cukup 10 minit, keluarkan telur.
- siap untuk di makan.


Senang je kan.






Monday, August 13, 2012

lamb chop

Aku pegi Carrefour Alamanda, niatnya cuma nak beli balang plastik untuk simpan kuih raya, tapi benda lain pulak yang aku beli.

Lamb!

It's quite cheaper, 5 keping rm30. Kalau makan kat kedai sepinggan lamb dah bape hengget kan. Aku tak pernah masak lamb dan ini adalah untuk pertama kalinya aku cuba-cuba nak memanggang lamb ni. Google resepi, tapi last-last aku ikut resepi yang mak aku bagi.

Lamb Chop.

Bahan-bahan:

Untuk perap daging kambing:

5 keping daging kambing
*4 atau 5 biji bawang besar (bawang besar yang aku guna tak besar sangat)
*5-6 ulas bawang putih
*1" halia
*sedikit lada hitam
*3 sb sos lada hitam
*2 sb madu
*sedikit garam, gula dan serbuk perasa

(Sila blend halus bahan-bahan bertanda *)


Untuk black pepper sauce:
Sedikit butter (untuk menumis)
2 biji bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (potong dadu)
2 sb tepung gandum
sedikit sos cili
sedikit kicap manis
sedikit serbuk lada hitam
sedikit tepung jagung
air

Cara-cara:

dalam bekas besar, perapkan daging kambing dengan bahan blend tadi selama 1 jam,
tapi aku perap 30 minit je.

kemudian, panggang atas kuali leper atau non stick pan,
kalau guna kuali leper biasa tu kena letak minyak sikit la,
aku letak minyak sapi..

 untuk black pepper sauce pula,
cairkan butter..

kemudian masukkan tepung gandum, campur sikit tepung gandum tu dengan air ye..
masa tumis ni, tepung tu memang akan berketul-ketul sket..
kacau je sampai sebati.

kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih..

 gaul-gaul jadi macam ni..

 bila dah naik bau,
masuk air..
air tu agak-agak sendiri la banyak mana..


kemudian, masukkan sos cili, sos lada hitam, serbuk lada hitam dan kicap manis,
kicap tu jangan banyak sangat, nanti kalau warna terlampau gelap tak cantik..
bila dah mendidih, warna dia akan jadi makin gelap...so tak nampak cantik masa menghidang,
rasakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa.. 
untuk nak pekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung dgn air.

 dah boleh serve dengan kentang goreng dan coslow..
takde la cantik sangat presentation aku kan..
hahaha..

 tapi habis juga...
licin..
makan kat rumah memang buruk lantak sket..



ini lah menu aku berbuka semalam dan sahur pagi tadi.
I love lamb so much!



biskut makmur

Aku ni old fashion. Aku suka kuih raya jenis lama-lama, contohnya kuih makmur, baulu, biskut suji dan semperit. Kuih yang canggih-canggih sekarang ni suka juga, tapi bukan kategori feveret. So dengan tabah hatinya aku sedaya upaya buat kuih makmur. Actually kuih ni bukan setakat kesukaan aku, tapi adik aku juga. Tiap-tiap tahun dia akan request aku buat kuih ni. Sama macam cornflakes madu tu.

Aku ikut resepi google, tapi biasalah, aku tak akan ikut 100%. Aku suka nak godak-godak resepi tu ikut tekak aku. Jadi ini adalah resepi aku yang telah di godak.

Biskut Makmur.

Bahan-bahan: (Untuk 50-60 biji)

Untuk inti:
200gm kacang tanah
4-5 sb gula halus
sedikit minyak

Untuk bahan doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
minyak sapi (tak ada sukatan, ikut banyak mana boleh kepal)
gula halus untuk salut kuih

Cara-cara:


 goreng kacang tanah tanpa minyak..
kemudian, buang kulit, kalau tak nak buang kulit pun takpe.
blendkan halus, then campur dengan gula halus..
ikut suka la kalau nak manis lagi boleh lebihkan gula..
lepas tu tuang minyak sikit supaya kacang tu boleh melekat, nanti senang nak masukkan inti ni dalam doh..

 Untuk doh pula, aku guna sukatan cawan ini...
satukan tepung gandum dan susu tepung dalam mangkuk, gaul-gaulkan sebati,
kemudian gaulkan pula dengan minyak sapi,
gaul sampai agak-agak boleh kepal, jangan keras sangat, jangan lembik sangat.

 ini doh yang dah siap sebati..
banyak ni boleh dapat 50-60 biji..

 bulatkan doh kecik-kecik,
leperkan, masukkan inti kacang tanah tadi,
kemudian bulatkan semula, kalau nak bentuk lonjong macam yg aku buat ni pun boleh..
debab-debab kan kuih makmur aku...hahaha
kemudian, bakar dalam oven pada suku 160 degree C selama 15 minit.

bila dah masak, keluarkan dan sejukkan dulu,
dah sejuk, gaulkan dalam gula halus...
dah boleh makannnnn....


senang je kan...
 tapi aku buat 60+ biji ni pun dah semput cik non...


 

Saturday, August 11, 2012

cornflakes madu

Tak sangka tahun ni aku ada mood nak buat kuih raya. Ala...kuih sempoi je pon. Cornflakes madu. Kuih paling senang dalam dunia.

Cornflakes madu

Bahan-bahan:
250gm cornflakes
150gm butter (aku main agak-agak je butter ni sebab takde alat penimbang)
90 gm gula (oleh kerana aku takde alat penimbang, aku tukar jadi 4 atau 5 sudu besar gula, bergantung pada tahap kemanisan yang kita suka)
5 sudu besar madu
 chocolate rice warna warni untuk hiasan


Cara-cara:

 satukan butter, gula dan madu dalam periuk,
cairkan atas dapur dengan api paling kecil,
kacau-kacau sampai semua bahan cair.

 bila semua bahan dah cair, akan jadi macam ni...

 tuangkan campuran butter, madu dan gula yang dah cair tu ke dalam bekas yang ada cornflakes,
gaul-gaul rata sampai semua sebati..

 sudukan adunan kedalam paper cup..


 hiaskan dengan chocolate rice warna warni..

 kemudian, bakar dalam oven pada suhu 150 degree C,
bakar menggunakan api bawah sahaja selama 15-20 minit.
yang ni dah siap di bakar ye,
keluarkan dari oven, sejukkan dulu..

dah sejuk, baru simpan dalam bekas kedap udara..
tutup kemas-kemas supaya tak masuk angin..
nanti lemau...huhu..
dah boleh makan...

senang kan?
budak darjah 6 pun boleh buat..