Monday, December 7, 2009

perlu ke buat loan utk kawen?


Lagi cerita pasal kawen. Topik menarik yg saya dapat dari FB. Bagus juga FB ni, bleh bincangkan isu2 hangat, maknanya bukan hanya utk main game aje. *wink*

Perlukah membuat pinjaman bank untuk berkahwin?

Actually saya suka tajuk ni sebab ini adalah salah satu jawapan kepada org2 yg bertanya saya bila nak kawen? Ada sesapa nak sponsor? Kalau ada alhamdulillah. Tapi kalau takde, maknanya jgn la tanya lagi sebab majlis perkahwinan memerlukan belanja yg banyak walaupun kita hanya buat kecil-kecilan.

Soalan ini mengundang 1001 jawapan sebab semua org mempunyai pandangan yg berbeza. Dah saya katakan, kawen ni bukan senang. The most important thing is life after marriage. Kehidupan selepas kawen itu banyak dugaan, apatah lagi kalau tinggal di bandar besar mcm KL ni.

Ada org tak setuju buat loan sebab:
- Kalau buat loan akan menyusahkan kita lepas kawen sebab akan menanggung beban hutang yg byk, silap haribulan dah ada anak 3-4 pun hutang masih belum selesai.
- Loan dgn bank akan byk interest, lepas kawen hutang akan bertambah. Kalau kedua-dua (suami isteri) mampu bayar balik sampai habis mungkin takde masalah, means kedua-duanya perlu ada kerja tetap dan di jamin boleh bayar balik. Yg susahnya kalau dua2 atau salah sorang keje tak tetap, ada kemungkinan susah nak bayar balik, so inilah yg akan mengundang masalah.
- Lepas kawen suami isteri (terutamanya suami) kena fikirkan pasal bayaran duit rumah, kete, bil air/api, makan minum, sakit pening, petrol, tol, kad kredit (kalau guna kad kredit) dan macam2 hutang setiap bulan. Kalau ada anak kena fikirkan pasal anak juga. So boleh tak bayar loan kawen tu? Kalau boleh, it's ok.
- Buat majlis perkahwinan kecil-kecilan saja. Tak perlu buat 'Wedding of the Year' kalau tak mampu. Buat sekadar apa yg kita bajet. So tak perlu buat loan.
- Lebih baik kumpul duit sendiri, kerja dulu 2-3 tahun baru kawen. Kata org kita akan lebih menghargai perkahwinan tu sebab kita tahu betapa susahnya carik duit utk kawen.

- Buat sekadar yang mampu.Yang penting akad nikah dan mas kahwin.Yang lain tu buat sekadar termampu.Jangan membebankan diri sendiri.


Ok, tu pendapat bagi yg tak setuju. Ada juga yg setuju buat loan sebab :
- Kalau nak tunggu kumpul duit sendiri, alamatnya lambat la kawen, silap haribulan terus tak jadi sebab duit belum cukup.
- Lebih baik buat loan daripada tak jadi kawen dan berlaku maksiat dan melahirkan anak yg tak sepatutnya.
- Boleh buat loan dgn syarat dua2 pasangan tu mampu bayar balik lepas kawen nanti. MESTI bayar.
- Nak ringankan beban mak bapak, at least kalau buat loan mak bapak tak perlu keluar duit byk, kecuali kalau mak bapak jenis berduit. Kecuali juga kalau mak bapak boleh sponsor..hehe..alangkah bahagianya.
- Perlu buat loan, ye la kan zaman skrg hantaran dah ribu-riban, semua barang naik harga.

Ok, ini je la yg mampu saya taip sebab kalau nak taip semua sampai esok pagi pun tak habis. Kesimpulannya, perkara ini ada pro & kontra. Ada perlu dan ada tak perlu bergantung pada pendapat masing2. Bagi yg mampu tak salah buat majlis besar-besaran. Masalahnya ada yg tak mampu tapi nak buat majlis gilang-gemilang. Inilah yg mengundang masalah sebab kita hanya fikirkan keseronokan SEMASA berkahwin tanpa memikirkan kehidupan SELEPAS kawen. Tapi ini semua terpulang pada pendapat masing2. Lain org lain ragam.

Cuma saya rasa lebih afdal buat majlis secara sederhana, yg penting ikatan perkahwinan itu kekal abadi hingga ke akhir hayat.


So sebelum buat loan, fikirlah semasak-masaknya. Kalau betul-betul perlu buat loan, boleh buat tapi mesti dijamin boleh bayar balik. Kalau rasa tak perlu, buat saja majlis kecik-kecik, dan kepala kita tak pening pikir pasal hutang..kan..kan.

Pjg lebar aku menaip hari nih...


4 comments:

aina said...

Berdasarkan dr pengalaman pengantin basi....hihi seeloknye JANGAN la buat loan nak kawen beb sebabnye lepas kawen tu yg lagi penting...jgn sebab kusut nak membayar utang jadi porak peranda lak suami isteri...sbb komitmen lepas kawen pon byk jugakkan spt yg dah saudari listkan...

J.U.L.I.E said...

joy: macehhh la ah joy...seeloknya jgn buat loan, buat majlis sederhana je kan, kalo dgr prkataan 'hutang' tu aku trus alergik..sbb hutang sedia ada ni pon berlambak..muahahaha..

m@Ri@ said...

pd maria tak pyh buat loan..sbb pas kahwin nk pakai duit byk lagi..nnt nak ada baby lagi..so bersederhana dlm segalanya..tak perlu buat majlis besar2 smp kita tak tertanggung hutangnya..sederhana janji meriah..;)

J.U.L.I.E said...

maria: yup..i agree with u. hutang sedia ada ni pon x trtanggung rasanya, nk tmbh lg hutang baru..huhu