Tuesday, February 23, 2010

double standard

Kalau nak masuk kedai mahal kena berpakaian vouge, handbag mahal, kasut mahal, lipstik mahal, baju mahal dan cara berjalan masuk ke kedai tu pun kena gaya konfiden habis, walaupun masa tu kita takde duit pun dalam purse.

Baru tuan kedai atau pekeja kedai tu nak layan.

Kalau kita masuk kedai mahal hanya pakai baju kurung, kasut tumit tinggi yg dah tertanggal pengalas tapaknya, lipstik pun dah pudar sebab dah tertelan sekali ngn makanan masa makan, muka berminyak, tudung pun dah lusuh, bawak pulak beg tangan buruk yg dah terkoyak sana sini...maka tuan kedai atau pekeja kedai tu tak nak layan walaupun dalam beg tangan buruk kita tu ada rm10,000 atau paling tidak pun kita ada kad kredit platinum.

Diaorang mengamalkan double standard!

Ok fine. Saya dah faham skrg.

Ini lah namanya kehidupan.



2 comments:

aina said...

mmg selalu mcm tu....kalo mcm tu, angkat kaki terus blah je...

j.u.l.i.e said...

joy: sama ada angkat kaki trus blah atau pon aku x toleh lgsung pun ke arah kdai tuuu...haha