Monday, April 12, 2010

weekend

Happy weekend. Memang happy pun. Happy membuta. Sabtu, tersedar waktu subuh, hujan turun lebat gila. Cancel aktiviti panjat bukit. Panjat atas tilam lagi best. Kononnya postpone panjat bukit hari ahad. Ahad pun sama, tidur tak sedar diri. Sedar subuh je, pastu pengsan balik. Kalau bakal mak mertua tau perangai aku, mati. So weekend 2 hari tu tak kemana2 pun. Duduk rumah buat kek batik. Haha.

Biasalah, saya ni pakar ubahsuai resepi. Saya guna biskut merrie perisa coklat dan tambah kismis. Tapi terlebih susu, jadinya terlebih manis. Next time kena kurangkan susu.

Tiba-tiba saya teringat saya pernah beli satu t-shirt BLUES Din beramboi 10 tahun dulu. Sampai skrg saya simpan dan pakai t-shirt ni. Ni antara baju yg paling saya sayang. Tone color memang dah tak cantik, lusuh gila. But I still love it. Kira boleh la buat kenangan sebab kartunisnya dah tiada lagi dlm dunia ni.


Rajin belajar kurang bodoh,
Malas belajar tambah bodoh,
Tak mau belajar terus bodoh..


Ini kata-kata Din Beramboi pada t-shirt ini. Muka dia pun ada sekali.


Kenangan.




2 comments:

mrs.ecam said...

mane kek batik??? x bg pong

Julie Shahril said...

rozi: ada dlm peti sejuk kt umah...hahahahha, oleh kerana aku puasa hari ni, jadik x bwk la ke opis, jadinya x dpt la ko merasa...hehhe...