Tuesday, June 1, 2010

Mount Kinabalu - Day 4 & 5 (Mesilau-Laban Rata-Summit)

Entry yg panjang. Maklum la,cover utk 2 hari.

Day 4 : From Mesilau to Laban Rata.

21 May 2010 (Jumaat). Kami memulakan pendakian lebih kurang pukul 8.30pagi melalui track Mesilau. Cuaca sangat baik, syukur, sepanjang perjalanan hari tak hujan. Kami bersama-sama pendaki yg lain (group air force from Labuan) mendengar sedikit briefing dan tak lupa, membaca doa sebagai pelindung di sepanjang pendakian.


Untuk group saya yg seramai 9 orang ini, kami ambil 4 orang guide. 2 daripadanya adalah personal guide utk fad dan adik. The other 2 guides are for 7 of us. Mari kita mulakan pendakian.

Bismillahirrahmanirrahim...


Mesilau trail

Look at the top of kinabalu..
wait for us...


9 of us before start climbing
mcm gangster kan aku..

9 of us with our stick..

okey, timbang beg dulu sebelum beri pada porter..

short briefing from pak James, he is personal guide for adik

pendakian bermula...
baru berapa meter...dah jumpa view yg cantik..


pokok2 kat Mesilau ni mcm bonsai..
renek2...


stop kejap..
bila lagi nak sampai sini kan..
amek gambar dulu..


At kilometer 1

indahnya ciptaan Allah..

cuaca sgt baik...panas tapi sejuk

bergambar lagi..

these 2 guys are from air force group..
mulut diaorg bedua ni sgt becok..


at kilometer 2.5
jauh lagi nak sampai Laban Rata okey..


ada small water fall..
cantik


water falls

okey...ada jambatan gantung juga..

okey....at kilometer 3
bersama group air force..


I was in the garden....

at kilometer 5
lepas KM 5 ini lah saya start jalan sorang2 sehingga lah tiba di Laban Rata


I was in the heaven on earth..

saya sejuk...
kabus sana sini..


okey...at kilometer 5.5
now I'm at 3137m above sea level


sejuk rasa hati bila dah nampak bumbung..
means...dah nak sampai Laban Rata..
saya selamat tiba di Laban Rata pukul 4 ptg..
8 jam perjalanan..


Laban Rata Rest House..

Sebaik tiba Laban Rata, saya check in dulu..
ok, dapat 2 bilik..
then pegi makan...
sgt lapar okey..
makanan sedap.....don't worry...sedap..


yat & huz

sapa la yg cerdik main bola/badminton kat sini kan..

I'm on the clouds..
wonderful creation..


Kami berehat hanya beberapa jam sebelum menyambung pendakian pada pukul 2.30 pagi esoknya untuk sampai ke summit. Perjalanan ke summit mengambil masa lebih kurang 3-4 jam.

Day 5 : From Laban Rata to Summit.

22 May 2010 (Sabtu). Kami menyambung pendakian pukul 2.30 pagi. Suasana gelap, jadi kena pakai headlamp. Hanya headlamp lah penyuluh utk nampak jalan. Cuaca sgt sejuk. Awal2 perjalanan, saya rasa sakit dada. Saya mengalami kesukaran utk bernafas. Jadi sebaiknya belajar bernafas dgn betul. Lagi baik mengunyah chewing gum. Bila saya kunyah chewing gum, saya tak rasa sesak nafas lagi. Boleh kontrol sket pernafasan. Itu pendapat saya la.

Sepanjang pendakian awal pagi ni, saya hanya snap 2-3 keping je gambar. Takde masa dah nak berposing2 waktu ni. Apa yg ada kat kepala, nak cepat sampai summit before sunrise. Waktu ni, saya tak rasa lapar langsung, cuma haus. Sesekali saya rasa mengantuk. Bila kita berada di paras yg tinggi, oksigen semakin kurang. Jadi kita akan rasa mengantuk. Utk itu, saya bykkan minum air kosong.

Pagi2 buta orang lain tido, kitaorg mcm nak mati panjat sampai atas..
honestly menitik air mata nak sampai summit..
gila mencabar..


finally...
nurul & I reached summit (Low's Peak) at 5.45 am..
alhamdulillah..
selesai semua beban yg kami tanggung di sepanjang pendakian..
Low's Peak ialah puncak paling tinggi di antara 12 puncak di gunung ini..


Terima Kasih Allah kerana memakbulkan doa saya agar selamat tiba di puncak..
I'm so happy...and at the same time...sebak

see.....gorilla's face..
kat belakang tu ialah St.John Peak
mcm muka gorilla


South Peak..
sila lihat duit RM1 anda...


dalam byk2 gambar, gambar ini lah yg paling saya suka..
sweet huhhh...


yat,nurul and me..

3 of us again..
at the signboard


peluh kecik,peluh besar semua abes keluar..
air mata pon keluar utk sampai ke Low's Peak
hingus pun keluar...hahaha

kami & gorilla

sebenarnya saya dah tak mampu utk senyum..
bibir aku dah beku..sejuk sesangat..
suhu : 5 deg C


mcm2 aksi kan..
penat, tapi seronok..
dan sgt puas hati..


we are acting...hehehe..

acting again...
great experiences!


Seseorang itu tidak akan faham apa yg kita rasa melalui pengalaman yg kita alami kecuali dia sendiri dah merasainya. Utk itu, saya tak tahu nak terangkan bagaimana perasaan apabila akhirnya saya sampai ke puncak. It's a great experiences in my lifetime. Sedih, gembira semua ada. Dan yg penting, saya bangga kerana saya dan kawan2 yg lain adalah antara manusia dimuka bumi ini berjaya sampai ke puncak Kinabalu. Ianya bukan sesuatu yg mudah.

Sangat susah!

Tak kira sama ada cepat atau lambat, yg penting, kami 9 orang berjaya tiba hingga ke Low's Peak. Sekarang baru saya faham kenapa orang lain sanggup datang lagi ke sini banyak kali. Ada yg sampai 10 kali mendaki kinabalu.

Kerana Kinabalu adalah tempat yg hebat!

Tak semua orang berjaya hingga ke puncak. Ada yg hanya separuh jalan saja. Puncanya ada byk. Antaranya kerana faktor stamina. Dan juga cuaca. Saya rasa bertuah kerana cuaca ketika saya sampai di puncak sangat baik. Sangat cerah. Alhamdulillah.

Saya teringin nak pergi lagi! Sungguh...kalau saya diberi peluang sekali lagi, saya nak ke sana lagi.

Saya rindukan suasana cantik di Mesilau trail. Saya rindukan pemandangan yg maha hebat di sana. Saya rindukan pokok2nya, udaranya, tanahnya dan bunga2 liar di situ.

Rinduuuuu!!!!!

Pengalaman paling hebat sepanjang saya hidup setakat hari ini. Tanya lah pada sesapa yg pernah sampai ke kinabalu, diaorang pasti sependapat dgn saya.

I miss Mesilau.

4 comments:

Kay said...

alamak... termenitis air mata!
walopun dh seminggu berlalu... masih lg rasa mcm ada kat sana... terkenang2, terbayang2, termimpi2!

mmg teringin sgt nak pi lg berkali2...

eh gmbo pokok yg itam tuh, mcm takde je dlm FB? ke tak perasan...

Julie Shahril said...

kay: gmbo pokok tu ada kt fb...

ada sapa2 nk organize pegi sana lg...? hehehe...

mrs.ecam said...

julie pe kata ko buat list kos n cane cara nk g sne....ala2 cam vacation tu kn...pastu suggestkn skali agen mne yg besh...tu pong klu ko amik agen la kn...hihihihi

Julie Shahril said...

rozi: will do....mmg aku nk buat pun, cuma blom siap lg list segala-gala kos tu....tgguuuuu...next entry!