Tuesday, July 20, 2010

dugong itu tercungap-cungap

Cik greenbutton dah bercerita pasal swimming lesson, saya pun nak cerita lah. Hasil menggoogle internet, saya jumpa gambar kat bawah ni. Breaststroke, yg pada saya susah nak buat sebab selalu teknik tu tersilap. Ada je yang tak kena, rasa nak tenggelam la, nak lemas la, badan rasa senget la, tangan tak cantik la...macam2 la.

Oleh kerana swimming class tu cuma 1 jam, rasa tak puas sangat, plus ada ramai pulak yang sama-sama terjun dalam kolam semlm. Sifu aku tu tak boleh nak fokus la, kejap nak ajar orang ni, kejap nak ajar orang tu.

Semalam Kak Pah suruh pegi tempat dalam, entah bape meter tak sure, kata Nurul lebih kurang 2m. Agaknya la, tapi memang dalam la. Kak Pah suruh belajar macam mana nak floating. So aku pun tercungap-cungap la belajar kuak air tu dengan kaki dan pusing-pusing tangan konon nak floating, tapi harammmmmm....hahaha. Takpe, 1st time belajar kan. Lama-lama pandai la, practice makes perfect omputih kata.

breast stroke technique

Gambar ini di cilok dari blog cik greenbutton yg diambil dengan teknik curian menggunakan telefon canggihnya...atau dgn kata lain candid camera. Haha. sesungguhnya dan sekurang-kurangnya, saya dah tak takut air, cuma takut dengan kedalaman air tu.


10 comments:

gismo82 said...

wah..dah boleh masuk olimpik dah ni..he..he..he..

mrs.ecam said...

kui3 gigih blajo ek....aku ske berenang tp x tau berenang...cane ek..hihihi

gReEnbUtToN said...

rabu ni kak pah ajar aku buat style tu...tgok camane..
pastu mesti die soh float kat ujung kolam tu,..kang dah pandai aku bawak ko laks...huhu

j.u.l.i.e said...

kerul: ni training utk persediaan ke olimpik la... :)

rozi: ko dh ada pelampung rozi...terjun je terus timbul...hahaha

fad: wah..wah..sjak2 dh reti berenang ni,jgn sok ko buat tsunami lagi udahh...mintak2 sok xde budak kecik yg bernama ainur tu...sengsara la ko nak layan dia..

blurr33 said...

tu dia.. laju dah macam submarine KD Tunku Abdul Rahman dah tu..

cinta said...

den ingek sonang jo boronang ni. tapi bilo den tray duk terkuak kuak kek situ yo. takdo gorak2. pasal apo hah?

j.u.l.i.e said...

kam: aku nk lumba diving dgn kapal selam tu la,sapa paling pantas..ekeke

siti: tu la namanya salah teknik...hehehe...tu yg selalu den tensen je..asik x menjadik je..

gerbera said...

Baguslah gambar breast stroke technique tu. baru aku tau macam mane .Sampai sekarang tak pandai nak kuak dada.
Dulu member aku ajak "rumah..love..rumah.."
rumah= tangan ke depan
love= tangan ke belakang

whooz said...

eeii bestnye cik!

j.u.l.i.e said...

boboi: baru ni aku dgr rumah..love..rumah,part tangan tu aku ok je,part kaki nak buat mcm katak tu yg aku lemah semangat sket..

huz: budak bru blaja huz...excitednya lebih...hehe