Thursday, July 29, 2010

warung asam pedas

Dulu, saya pun suka makan. Sama mcm Gojes. Tapi sejak tersedar dari dunia mimpi dan kembali ke alam nyata, saya bertaubat nasuha, tak mau makan banyak dah. Sesekali je terlepas jadi pelahap. Tu pun kalau tertengok cheese cake. Benda lain saya tak heran sangat. Dan skg, saya kurang bernafsu utk makan. Seriously saya tak diet, memang takde nafsu. Sampaikan saya paksa tekak ni telan makanan sebab takut kembung perut. Aneh kan aku sekarang...

Gojes dah cerita dalam blog dia. Tapi tu blog dia. Saya nak cerita dalam blog saya. Haha. Last week kami ke rumah Ana, my ex-housemate merangkap kawan rapat saya jugak. Ayahnya baru kembali ke rahmatullah kerana diserang heart attack. Takziah Ana. Saya tengok muka Ana tak menunjukkan yang dia sedih. Dia sgt tabah. Tabik spring...

Area rumah Ana tu ada kedai asam pedas. Sekali toleh memang boleh menggamit penggemar makanan utk singgah. Seperti yg aku jangka, Gojes terlalu teruja untuk singgah. Siapa yg kenal Gojes sejak 10 tahun lalu pasti tahu lah, Gojes dan makanan tidak boleh di pisahkan. Ok, kami singgah selepas balik dari rumah Ana. Memang sedang elok lah waktu tu waktu makan tengahari.

Ini lah kedainya. Warung kecik aje, tapi penuh dengan manusia. Saya bet..kalau tokei warung ni jual lauk macam ni kat kl....menangis la tokei kedai lain. Masakannya sedap dan murah. Paling saya suka ialah siput sedut masak lemak. Terbaik setakat ini. 2 thumbs up!

Asam pedasnya juga menyelerakan. Tapi Gojes berkata kepadaku secara berbisik.. "asam pedas ni sedap, tapi aku masak lagi sedap". Hehehe. Aku setuju. Statement yg ni aku setuju lah.

Keluar dari topik makan. Saya jumpa cili berwarna purple di rumah Gojes. Tak pasti lah pedas ke tak. Nanti kalau pegi rumah dia lagi saya try kunyah. Hehe.

4 comments:

mrs.ecam said...

x pedas pong sbb kt kg aku pong ade...hihihiihih

cinta said...

ooo cili.. macik ingatkan terung..

gismo82 said...

wah..cik gojes masak asam pedas sedap ke...bawalah kat opis..

Julie Shahril said...

rozi: x pedas ek...aku pikir mcm pedas je..

siti: hahaha...baby terung

kerul: asam pedas ni kalo nk masak ada syarat, x bleh bawak opis, nti cpt basi...wakaka