Wednesday, August 25, 2010

di luar kawalan

Sekarang ni bunuh membunuh dah menjadi perkara biasa pulak. Macam nyawa manusia ini sudah tak berharga. Macam bunuh tikus je.

Di Kota Bahru, seorang bapa yang mengalami masalah mental telah menyembelih anak lelakinya yang baru berusia 3 tahun. Kepalanya hampir putus. Mesti ramai yang berkata macam ini:

"Eee...apasal dia buat mcm tu? takde akal ke apa? dah gila ke lelaki ni?"

atau ada juga yang berkata begini:

"Dia tak pikir ke apa yg dia buat tu salah dan bodoh?"

Saya pernah terbaca dalam satu artikel. Tapi lupa siapa penulisnya. Dia berkata, manusia ini akan melakukan sesuatu perkara diluar kawalannya ketika dia gagal berfikir dengan sempurna. Contohnya dalam berita dan akhbar sudah jelas menyatakan lelaki itu ada masalah mental. Jadi ketika dia melakukan perbuatan sembelih itu, dia berada diluar kawalan pemikirannya. Jadi waktu itu dia gagal berfikir bahawa apa yang dia sedang lakukan atau bakal dia lakukan adalah perbuatan yang salah.

Benda ini sama ketika kita sedang marah. Umum tahu semua orang ada sifat marah, bezanya bagaimana cara kita mengawalnya. Apabila kita berada dalam keadaan marah, kadang-kadang kita gagal mengawal sifat marah itu. Waktu itu kita akan berkata apa saja yang terfikir di fikiran tanpa memikirkan perasaan orang lain, kita mungkin akan bertindak dan melakukan sesuatu perbuatan yang tidak sepatutnya seperti menumbuk dinding, membaling pinggan mangkuk, menendang kerusi atau meja atau memaki hamun orang dengan kesatnya. Tapi selang beberapa minit atau beberapa jam, kita akan menyesal melakukan itu semua. Sebabnya ketika mereka sedang memaki hamun orang, mereka berada didalam keadaan separuh sedar. Fikiran dan hati mereka penuh dengan kemarahan dan dalam keadaan marah itu lah mereka tidak boleh berfikir dengan betul. So...lihat lah syaitan sudah berjaya menghasut anak adam supaya berbuat jahat.

Contoh lain ialah bunuh diri. Ada manusia yang mengalami masalah tahap kronik seperti menanggung beban hutang yg banyak atau putus cinta akan memilih untuk menamatkan riwayat hidupnya. Ketika ini, mereka buntu dan mengalami ketidakwarasan fikiran secara total. Mereka gagal berfikir disebabkan rapuhnya iman. Jadi, jalan paling singkat ialah bunuh diri. Saya pasti ramai akan berkata mereka ini bodoh dan tidak boleh berfikir dengan betul kerana mengambil tindakan yang salah. Ya, sebenarnya memang ketika mereka sedang dalam perjalanan untuk membunuh diri itu, mereka tidak berada dalam diri mereka yg sebenar. Fikiran mereka adalah diluar kawalan dan mereka berada dalam keadaan tidak waras. Sebab itu mereka tidak boleh berfikir bahawa bunuh diri itu perkara berdosa. Menamatkan riwayat hidup dengan sengaja adalah perkara yang keji dan berdosa besar.

Kita yang berada dalam keadaan yg waras ini memang akan pelik memikirkan tentang apa yg mereka lakukan. Apa pun, semua itu ketentuan Allah. Di situlah pentingnya pendidikan agama. Saya pun jahil juga bab-bab ini, jadi mari lah kita sama-sama menyelami dan memahami agama kita sebaik mungkin.

Sekian tazkirah kita untuk hari ini. Eh..eh....aku bagi tazkirah ke hari ni? macam tak percaya je. Hehe.


Ok, gua nak blah dulu, nak main Cafe World.



Note: hantarlah mereka2 yang mengalami masalah mental ke hospital sakit jiwa, itu lebih baik.

4 comments:

mrs.ecam said...

wahh pg2 dh bg motivasi...hebat....heeee

joyahsport said...

HUH...tol2..pas marah2 nnti akan nyesal..huu...

tp saye xbaling pggan mangkuk..hee..

Gelaspecah said...

itula manusia, kekadang kalau dah marah macam2 boleh terjadi, kalau setakat maki hamun saja, mungkin ok, tapi kalau sampai bunoh membunoh ni, na'auzubillah,,,,

j.u.l.i.e said...

rozi: mood tetiba dtg nk bagi tazkirah...hehe

joyah: hee..bgus la x baling pggan mgkuk,kalo x abes la en.suami mu kena bli pggan mgkuk tiap2 bulan..

gelaspecah: skg ni org mcm senang je nk bunuh membunuh,takut plak.Salah sket bunuh,silap sket sembelih.Jom la sama2 belajar mcm mana nak mengawal emosi marah..