Monday, August 16, 2010

perempuan

Mendengar ceramah seorang ustaz di fb membuatkan saya terfikir nak tulis di sini. Mengenai perempuan. Ada 3 perkara:

1) Perempuan ni kalau kawen cepat pun salah, kawen lambat pun salah. Kalau kawen cepat dikatakan gatal, kalau kawen lambat dikatakan memilih.

2) Perempuan ni kalau beranak ramai pun salah, tak beranak langsung pun salah. Kalau beranak ramai sangat dikatakan terlalu produktif, kalau tak beranak pulak dikatakan mandul.

3) Perempuan ni kalau kawen hantaran murah pun salah, hantaran mahal pun salah. Kalau hantaran murah sangat dikatakan 'mesti ada apa2 tu', kalau hantaran mahal pulak dikatakan 'mak bapak dia nak jual anak ke?'.

Jadi perempuan ni senang nak masuk syurga. Cuma buat 4 perkara:

1) Solat 5 waktu
2) Puasa
3) Jaga maruah diri
4) Taat pada suami

Senang kan nak masuk syurga? cuma buat 4 perkara diatas, tapi harus ingat, mampukah kita buat 4 perkara itu? Susah sebenarnya. Kalau menjawab cakap suami, pun dah dikira menderhaka. Tapi kalau perempuan berjaya melakukan 4 perkara diatas, pilih lah mana-mana pintu syurga yang mahu kamu masuk, masuk lah.

Perempuan tidak dibebani dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah kecuali pada situasi tertentu. Perempuan juga tidak perlu berjihad di medan perang. Tanggungjawab terhadap ibubapa juga bukan wajib ke atas perempuan seperti lelaki. Walaupun lelaki sudah berkahwin, dia masih wajib menjalankan tanggungjawabnya terhadap kedua orang tuanya selagi kedua orang tuanya masih hidup.



I proud to be a woman.

5 comments:

cinta said...

taat kerana SAYANGkan suami menandakan si suami adalah lelaki.
taat kerana TAKUTkan suami bermaksud si suami adalah jantan.

Kay said...

taraf wanita sangat tinggi di sisi Islam... hairan knp ramai yg nak menyamatarafkan wanita dgn lelaki?

Julie Shahril said...

siti: sebab itu kita kena pilih lelaki sbg suami,bkn jantan...dan lelaki kena pilih wanita sbg isteri,bukan betina.

kay: sebab rmai yg tak faham darjat wanita tu tinggi di sisi Allah,jgn smpai kita kmbali ke zaman jahilliah,wanita ni mcm hamba diaorg je.

Anonymous said...

saya pun bangga

Julie Shahril said...

huz: ye idop pompuan!