Friday, September 3, 2010

bahaya fb dan blog

Walaupun blog ini hak mutlak saya, tapi saya TIDAK BOLEH menulis sesuka hati. Sama macam facebook. Walaupun akaun facebook itu adalah hak mutlak saya, tapi saya tidak boleh meng'update' status mengikut kepala otak saya contohnya "Aku tak sangka Johor ni hina" atau pun "Jom kita bom KLCC sabtu ni". Saya percaya, status macam itu mungkin satu gurauan tapi sebenarnya status sebegitu umpama menempah tiket ke penjara.

Atau pun jangan lah saja-saja gatal tangan update status berkaitan agama kerana ia isu sensitif. Tak pasal-pasal nanti wujud page dalam facebook "Si polan bin si polan menghina agama Islam, sila klik butang LIKE jika anda setuju. Tak sampai 24 jam, dah lebih 15,000 orang menekan butang LIKE. See, dah ramai orang celik IT sekarang.

Kalau tak takkan adik saya yang berumur 12 tahun sms semalam: "tadi adik bukak facebook kak yie guna facebook kawan adik, adik bukak kat komputer sekolah".

Masa saya berumur 12 tahun nak pegang mouse pun terkial-kial. CPU pun tak tau yang mana satu, ini kan pulak nak buka internet. Haha. Nak menaip pun kena tekan keyboard sebijik-sebijik.


Hehe.



5 comments:

Kay said...

5 - 6 thn dulu, berblog sgt best... takde "pihak" nak kaco... skrg, semua org kena berhati2 dgn apa yg ditulis...

aku tak suka sgt FB, tp bila tgk org update status, teringin gak... hehehehe...

eh, adik aku yg umur 11 thn created akaun fb senyap2... dh kena pelempang sebijik... hihihhi

cinta said...

andaikan fb n blog sbg kereta dan pemilik akaun sbg pemandunya. baik pemanduannya, insya Allah xde eksiden.

Julie Shahril said...

kay: ok,aku fhm.dulu org anggap blog ni mcm personal diary,suka ati nk tulis apa,xde org mrh, tp skg dh rmai reader,ada reader yg jdi follower,dan ada reader yg x follow tp bookmark utk hri2 baca.Ada reader yg suka tgglkan komen,ada reader yg hnya sekadar membaca sbb dia suka baca tp x pnah tgglkan komen.cuma skg x best sbb ada reader suka komen guna prkataan yg teruk2 & kasar.Mcm x seronok plk nk berblogging sbb dah kena maki, walaupun apa yg kita tulis tu sbnrnya bukan bermaksud jahat, tp disalah tafsirkan.jdi skg kena hati2 dan pikir dlu sblm menulis...

fb tu nk tulis status bleh,tp jgn berbaur ugutan dan hinaan.selain dr tu bleh aje..hehe

ohh...kesiannya adik ko kena pelempang ke...hehe,adik aku blom lg sbb dia blom create,cuma view guna akaun kwn dia,jadi dia masih slmt dari pelempang aku...hahaha


cinta@siti: good advice la, thanks!

Ju@Lucky^Mummy said...

hehe.. zaman kita 12 tahun dulu cpu suma pakai command je.. mouse pon lom ade lagi.. hihihi

Julie Shahril said...

ju: ingt lagi 1st time guna komputer kt skolah,masa tu mouse yg jnis bulat,kena tolak2 ngn jari nak gerakkan,adoi...terkial2 beb..hehe