Tuesday, September 21, 2010

jiran

Saya tinggal di apartment sederhana di USJ. Saya ada 3 jiran. Berdepan dengan rumah ialah warga Bangladesh yang bekerja di kilang Maggie. Sebelah kiri pula lelaki cina yang kurang peramah. Sebelah rumah Bangladesh tu orang Melayu yang jumpa setahun sekali je.

Tinggal di bandar memang kita akan jadi selfish. Kau dengan hal kau, aku dengan hal aku. Tak sama macam tinggal di kampung. Kalau kat kampung tiap-tiap pagi cik Bedah kat sebelah rumah akan menegur, eh..nak kemana tu cik Jah? atau pun...banyak beli barang kat pasar cik Munah?.

Saya tak kenal pun siapa jiran saya tu. Cuma sekali sekala terserempak kat tangga atau kat parking kereta. Saya hanya sedekahkan senyum kambing je kat diaorang. Tak ada tergerak hati pun nak berkenalan. Dan saya pun tahu diaorang pun tak ada hati nak kenal dengan saya. Tapi bukan itu persoalannya.

Persoalannya ialah kita harus berhati-hati dengan jiran. Walaupun kita tak mengenali dia, tak tahu nama dia atau siapa mak bapak yang melahirkan dia, sekurang-kurangnya kita boleh kenal rupa dia. Saya tak kata mereka ada niat tak baik, tapi hati orang mana kita tahu kan? Saya terpikir pasal benda ni selepas keluar berita pembunuhan seorang ustazah dan anaknya beberapa minggu lepas. Aishh...yang bunuh itu adalah jirannya.

Kadang-kadang kita tak sedar ada orang memerhatikan kita setiap hari. Sama ada dia memerhatikan kerana minat atau ada niat lain, itu tak pasti lah. Tapi hati manusia kita tak tahu. Ada orang nampak baik tapi hati macam singa. Ada orang muka nampak ganas tapi dalam hati ada taman. Haha. Just beware.

Ada juga jiran yang peramah dan baik hati. Sampai tahap peramah diaorang tu kita tak terlayan. Haha. Takpe lah, asalkan dia bukan jenis jiran blok sebelah yang tiap-tiap pagi dengan sengaja duduk di balkoni sambil memberus gigi dengan tidak memakai baju. Atau pun yang jenis kalau nampak kita terus dia merenung kita macam nak telan, pastu bini dia kat atas merenung kita semula seolah-olah kita yang nak mengorat laki dia. Auwwww...tak kuasa mak.

4 comments:

cinta said...

kerisauan yang kena pada tempatnya.

gerbera said...

Aku pun tak tau bila aku nak berkenalan dengan jiran aku.

bain said...

stiap pg deme kn ngorat dgn abg manis mat maggie la yer.. mesti hari2 dpt maggie pree..

jiran deme ok lagi.. Teman nyer ada gak wat peleceh.. ada yg slamba badak buang sampah dpn umah Teman, sangkut sampah kat pagar umah Teman, bakar sampah dpn umah Teman..itu ms Teman baru pindah.. la nie, lps Teman & wife mengaum, smua jiran yg keparat dah reti jd manusia kembali..

j.u.l.i.e said...

siti: sometimes risau,sometimes buat bodoh je..

meeza: haha..buat2 la hantar kuih kt jiran,ko kan rajin masak2...tu tektik brkenalan

bain: jiran ko tu x skolah ke smpai tahap sangkut smpah kt pagar umah ko?perghh..mcm org tak bertamadun je. Uishh..garang jugak ko yer bleh mengaum kt jiran ko tu...kira ko pun spesis harimau jadian la ni...hehehehe. Aku rasa kalo jiran tu mmg 'manusia' tak perlu kita nk mengaum,diaorg mesti reti bahasa, ni mesti spesis tak mkn saman & buat2 x phm...cehh..mmg patut pun ko mengaum...aum...aum...