Wednesday, October 6, 2010

akhirnya..


Seriously otak aku dah berkarat dan sepatutnya aku kena kira corrosion rate untuk otak aku ni. Oh padan muka aku juga sebab selama ni aku tipu dalam timesheet charge overhead konon-konon study pasal material, padahal aku buat benda lain.

Masa aku tengah tunduk membisu buat calculation semalam, Masyudi kata baru ni aku nampak betul-betul macam engineer. Selama ni dia kata aku tak ubah macam budak sekolah yg duduk dalam cyber cafe sambil main online game. Sadis betul ayat tu. Sedap sungguh dia mengutuk aku..hahaha.

Hari ini aku nak isytiharkan bahawa aku surrender dari peperangan ini. Aku berperang selama 3 minggu konon-konon aku mampu buat report yang lagi tip top dari GL, tapi hampeh kerana akhirnya aku kalah. Nevermind, at least I learned something rite. Dari aku tak tahu apa itu STF, tapi skg aku dah tahu, apa itu FCO2, tapi skg aku dah tahu, macam mana nak kira UCR, CCR, CA dan apa ntah lagi, skg semua aku dah tahu. Thanks bos kerana sekolahkan aku dalam bilik hari itu. Walaupun kata-kata itu pedih, tapi aku tahu dia nak aku jadi budak pandai.

Sekarang aku boleh tarik nafas lega sebab aku boleh siapkan kerja lain yang banyak pending. Bertimbun dah specs, calculation dan design basis untuk Samarang menanti untuk diupdate.

Sekurang-kurangnya aku boleh senyum semula dan kurangkan makan sebab tahap tekanan dah menurun.

2 comments:

joyahsport said...

kih..kih...gelak sama dia..

Julie Shahril said...

joyah: gelak ler...gelak ler...