Saturday, October 2, 2010

fikir-fikir..

1) Mengenali seseorang selama 10 tahun belum cukup untuk kita kenal dia dalam erti kata yg sebenar.

2) Selalunya mulut cakap lain, tapi hati berkata disebaliknya.

3) Ada masanya kita melakukan sesuatu atas kehendak org lain, tapi ada masanya perlu kita lakukan sesuatu mengikut kata hati. Tapi jangan melakukan sesuatu kerana orang lain buat dan kita pun nak buat.

4) Positif. Ini salah satu tips utk menenangkan jiwa.

5) Diam. Diam kadang-kadang baik kerana ia boleh meredakan suasana yg tegang dan rumit.

6) Jangan memandang rendah pada keupayaan orang lain walaupun dia belum lagi membuktikan keupayaannya. Bagi dia peluang.

7) Bagi kritikan yg membina, bukan kritikan yg menjahanamkan.

8) Setiap hari adalah hari yg baru, jadi belajar sesuatu yg baru.

9) Bila kita hilang sesuatu, cuba ingat balik mungkin sebelum ini kita pernah membuatkan orang lain kehilangan.

10) Konsep masa. Kita yg uruskan masa, jadi sebenarnya tak ada alasan untuk berkata 'tak ada masa', kalau 'tak cukup masa' mungkin alasan tu boleh diterima.



2 comments:

joyahsport said...

btol 3x,,

j.u.l.i.e said...

joyah: ni la hakikat khidupan pn.joyah...huhu