Thursday, October 21, 2010

gambar kaki

Saya pernah terfikir kenapa orang suka amek gambar kaki sendiri atau kasut sendiri. Akibat terpengaruh dengan ikutan orang, saya pun terjebak dan saya sendiri tak tahu apa motif saya amek gambar macam itu. Contoh-contoh gambar seperti itu adalah seperti dibawah. Jom kita lihat.

Gambar ini saya amek ketika memanjat bukit broga. Macam la sampai puncak, tak sampai separuh dah turun balik. Saya mendefinisikan gambar ini sebagai salah satu cabang seni fotografi..hahaha. Motif gambar ini diambil ialah untuk membuktikan saya dah pernah sampai ke broga walaupun tak sampai puncak dan nak tunjuk struktur rumput di situ. Hehe.

Gambar ini pula ketika di Kuching. Motif, nak tunjuk kasut baru. Pertama kali saya beli dan pakai kasut warna pink, sungguh pinky aku ni kan. Dulu-dulu aku tengok orang pakai kasut pink macam kelakar yg amat, last-last aku yg pakai.

Yang ini pula juga di Kuching. Motif, nak tunjuk selipar baru yang saya beli dengan harga RM10. Sebab beli selipar ini, kerana kulit kakiku dah menggelembung kerana terlalu lama pakai kasut pink yg kat atas tadi itu. Nak buat macam mana kan dah kulit kakiku nipis dan halus macam bayi...hahaha..(statement keji). Masa ini tengah berjalan kaki di Taman Orang Utan dan sempat jugak aku snap masa tengah jalan tu. Beberapa orang di kiri kanan saya jeling-jeling, mesti diaorang cakap aku sengal sebab amek gambar kaki sendiri. Eh punya suka hati aku lah, aku nak tunjuk kakiku yang comel itu. Kaki korang tak comel.

Ini saja lah contoh gambar yang dapat saya tunjuk kerana saya bukan selalu pun amek gambar kaki. Walau apa pun memang saya suka amek gambar kaki sendiri tanpa motif apa-apa. Sekadar untuk review semula 20 tahun akan datang bahawa dulu masa muda aku pernah mempunyai sepasang kaki yang.....yang....yang apa-apa lah. Aku dah cakap kakiku comel, kalau aku cakap lagi mesti orang termuntah... :)


note: aku terperasan blurr33 pun ada amek gambar kaki dia sendiri, klasik hitam-putih, siap buat wallphoto kat facebook..hahaha, sori aku gurau.


7 comments:

mrs.ecam said...

hahahahhah...

yee org yg ske amik gambo kaki tu sbb kaki die chantekkkkk....hekhek eh yeke??? kui3

kfaisal said...

itu bukan gambar kaki aku lah.. itu gambar kaki benjamin button aka brad pitt aka blurr33...

harap maklum..

SuzieLAWAti said...

ha.hahaha....x cantik x la amik gambo..yer dak...
masa mula2 baca teringat jgk de sape lg yg suka amik gambo kaki...rupenye blurr33 eh..hehehee cuma kali ni x berapa nak deep...hehehee..

Julie Shahril said...

rozi: xde la...saje2 je,asik amek gmba muka je,sesekali amek gmba kaki pulok..hehe

blurr33: ooo...yeke,bergaya btol la cara kaki tu dibengkok kan..hahaha,aku nk tiru

kak su: smua kaki org cantik kak su..,sapa ntah yg mulakan benda ni,dah jd ikutan..hehe

liza aziz said...

kah kah kah.. kita pun sama. suka amik gambar kaki. kekononnya terasa cantik. hahaha..

mr blurr33: apa persamaan ko dgn brad pitt tu? konpius aku.
xberapa deep aku nak feeling brad pitt aka blurr33. hahahaha

Julie Shahril said...

liza: tu la,actually kaki kita x lawa pun,tp saje ngengada..mcm berseni la konon..

blurr33 yg hari2 blur

cinta said...

cantik itu abstrak.