Saturday, November 27, 2010

surah al-baqarah, ayat 240

Melalui satu novel yang saya kategorikan sebagai novel terbaik, saya belajar banyak perkara melalui novel itu. Ye lah kan saya ni jahil sikit bab-bab agama. Saya tabik pada penulis novel itu. He is very smart.

Salah satu perkara yang saya dapat dari novel itu ialah terjemahan ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat 240 yang membawa maksud lebih kurang begini:

"Seorang suami, mesti menyediakan nafkah makan, pakai dan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anaknya untuk jangka masa setahun jika ditakdirkan dia mati dulu.."

Ayat ini menerangkan tentang tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar suami. Suami bukan saja wajib menyediakan nafkah semasa dia masih hidup, tetapi juga setelah dia meninggal dunia. Suami mesti menyediakan segala keperluan hidup yang asas iaitu tempat tinggal, makan dan pakai untuk isteri dan anak-anaknya jika ditakdirkan dia meninggal dunia lebih awal untuk jangka masa at least setahun. Ini kerana, jika ditakdirkan suami meninggal dunia dulu, sekurang-kurangnya isteri dan anak-anaknya tidak duduk merempat dan merasa susah kerana kehilangan tempat bergantung. Isteri yang tidak bekerja masih ada waktu untuk mencari kerja kerana nafkah yang ditinggalkan oleh suaminya utk tempoh setahun cukup untuk dia menyara dirinya dan anak-anaknya.

Allahuakhbar!

Ada byk lagi perkara dalam cerita itu yang membuka minda, tapi kalau nak tulis semua 4 hari 4 malam pun tak habis. Haha. Pada siapa yang memang dah arif pasal agama mungkin dia tak heran, tapi saya yang jahil ni macam orang kejakunan, teruja dan tersedar bahawa martabat seorang wanita disisi Islam sangat lah tinggi. Tapi ramai yang masih tidak tahu atau tahu tapi ego untuk mengaku terutama lelaki. Sori lelaki. Ini kenyataan.

Orang barat selalu melaung-laungkan bahawa Islam itu agama yang menindas wanita, padahal mereka lah yang selalu mengeksploitasikan wanita. Bullshit.

No comments: