Friday, December 3, 2010

bestfriend lelaki

Siapa kata lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik? actually boleh. Tapi kena berpada. Flashback 8-9 tahun dulu aku pernah ada 2 orang kawan lelaki yang aku kategorikan sebagai bestfriend. Mereka berdua sangat baik pada aku sehinggakan girlfriend diaorang jeles. Argh...sebab itu aku katakan kena berpada-pada. Berkawan dengan boyfriend orang kena jaga hati girlfriend dia, tapi akhirnya mereka tak kawen pun, hehe. Jodoh is not in our hand rite.

Hari ini aku ingin memuji kaum lelaki setelah sekian lama aku tidak berbuat demikian. Lelaki adalah makhluk yang senang untuk berkawan, tak macam perempuan yang emosional. Aku tahu lah sebab aku juga perempuan, dan ada masanya aku juga diserang dengan emosi yang tak stabil. 'Senang untuk berkawan' itu bermaksud aku senang nak bercerita apa sahaja tanpa perlu menjaga hati atau memikirkan ayat-ayat klasik untuk bercakap. Lelaki lebih bersikap terbuka, that's why aku suka bercerita dengan lelaki kerana mereka sebenarnya adalah pendengar yang sangat baik. Walaupun adakalanya mereka tak faham pun apa yang aku cerita contohnya pasal baju, pasal perempuan period tiap-tiap bulan, pasal mekap, pasal lipstik la bagai, tapi mereka cuba untuk mendengarnya.

Kami boleh keluar mengeteh sama-sama, dan masa tu mereka cuba bercerita pasal bola dengan aku walaupun aku bukan peminat bola, tapi aku cuba untuk dengar perbualan tersebut walaupun aku tak mampu nak memberi sebarang pendapat, cukup sekadar angguk-angguk. Ok la kan kiranya ada respon juga.

Ada masanya mereka meminta pendapat aku bagaimana nak memujuk girlfriend mereka yang merajuk dah seminggu. Masa itu aku jadi kaunselor mereka. Mereka sebenarnya dalam proses untuk mengenali perempuan. Kalau lelaki nak mengenali perempuan, kena tanya perempuan. Sama juga kalau perempuan nak mengenali lelaki, kena tanya lelaki sendiri. Aku rasa itu lebih baik daripada kita duduk berkumpul dan buat spekulasi yang tak betul.

I miss the moment. And of course I miss both of them, Ahmad and Fakhrul. Mereka sudah tidak aku temui lagi. Apa yang aku harapkan, kalau lah mereka sudah berkahwin, semoga mereka bahagia. Mereka lah kawan lelaki yang pernah rapat dengan aku suatu ketika dulu. Kawan yang pernah ketawa dan berkongsi cerita.

No comments: