Monday, December 27, 2010

double P

Sabtu selepas subuh, saya bertolak ke Penang. Tujuannya untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang kawan saya Dilla. Selamat pengantin baru untuk Dilla dan suami, Syed Izzairie. Kami tiba di Penang sangat awal, pukul 10+ dah sampai, sedangkan majlis makan bermula pukul 12. Dilla suruh pergi masjid tengok dia nikah. Woo..dapat lah tengok Dilla sah menjadi isteri. Sekali lafaz!

Upacara nikah agak lambat sebab ada 2 pengantin yang akan dinikahkan pada waktu yang sama. Agak boring dan mengantuk juga lah menunggu. Tak pernah dalam seumur hidup saya tengok sendiri kawan dinikahkan, selalunya datang untuk makan saja, then balik. Tapi ni special case, Dilla pun terharu sebab tak sangka kitaorang attend majlis kawen dia, siap tengok dia nikah lagi.

Teringat dulu-dulu masa zaman study di Unimap, Dilla selalu duk cakap pasal jodoh. Bila la nak dapat boyfriend. Tup tup dia yang kawen dulu. Semuanya ketentuan Allah kan. Lambat atau cepat jodoh itu bukan kita yang tentukan, dan dengan siapa jodoh itu juga bukan kita yang tentukan. Tahniah Dilla kerana kau dah selamat melangkah ke satu level dengan jayanya. Level yang memang di impikan oleh setiap manusia. Semoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir usia.

Lepas habis majlis, kami terus bergerak ke Perlis. Memang itu lah tujuannya sebenarnya. Dah 3 tahun tak jejakkan kaki ke Perlis, memang teruja rasanya. Perlis bukan lah sebuah negeri yang besar, tapi negeri ini banyak meninggalkan kenangan manis buat saya sepanjang saya belajar disini. Kami sampai di Perlis hampir maghrib dan kami stay di Seaview Hotel. Not bad lah hotel ni, nak kata bagus sangat tu tak lah. Kami ambil bilik untuk 3 orang, RM95/night.

Lepas maghrib, kami keluar merayap di Kangar dan sekitar Kuala Perlis. Tempat pertama yang dituju ialah gerai Char Kuey Teow. Dulu char kuey teow kat Kangar ni sangat best, pada saya the best char kuey teow lah. Sebab tu teruja sangat nak makan. Tapi kali ni makan rasa dia dah lain. Uhh, 3 tahun berlalu, rasa char kuey teow pun dah berubah. Nasib baik portion tak banyak, boleh la habiskan. Murah, RM3.50 je sepinggan.

Then kami patah balik ke Kuala Perlis untuk makan ikan bakar. Lokasinya tak jauh, berhadapan dengan hotel tempat kami menginap dan juga berhadapan Putra Brasmana Hotel. Dulu masa study, selalu juga makan kat sini, jadi kami dah tahu kedai mana best, kedai mana kurang best. Menu yang kami order : kerang bakar, sayur campur, tomyam campur, sotong goreng tepung dan ikan gerut bakar. Price semua skali RM55.

Ini lah ikan gerut ( if not mistaken lah nama dia ikan gerut). Ikan ni suggestion daripada orang kedai tu, dia kata ikan ni sedap kalau bakar. Ya, memang sedap. Kami memang nak cari ikan lain sket, ye la kan asyik2 makan ikan terubuk or siakap or pari. So kali ni ikan pelik sket. Tapi nasib baik sedap. Isi dia lebih kurang macam ikan siakap.

Esoknya pagi2 lepas breakfast, kami jalan-jalan sekitar Kuala Perlis, termasuk lah pegi ke kolej kediaman masa study dulu. Bukit dalam gambar tu di belakang asrama Kg. Wai dimana disebalik bukit itu ialah Siam. Beautiful view. Cuaca elok je haritu.

Kuala Perlis

Terminal feri untuk ke Langkawi. Sepanjang study kat sana, 3 kali saya ke Langkawi. Sekali dengan kawan-kawan, 2 kali dengan family. Tak pasti lah berapa harga tiket sekarang. Masa ni orang ramai, maklum lah kan tengah cuti sekolah dan cuti christmas. Penuh sesak pekan Kuala Perlis tu.

Saya beli kuah rojak Mak Bee. Kat Perlis memang famous dengan kuah rojak Mak Bee ni. Dulu harga dia Rm2.50 je, beli 3 Rm10. Sekarang sebotol dah Rm3, beli 4 botol Rm11. Kat Perlis ni berlambak-lambak buah delima, tengah musim kot. Delima bagus sebenarnya, tapi saya tak beli pun. Kuih kat atas tu nama dia Kuih Bunga Budak. Pelik sket la kuih ni. Masa study dulu tak pernah jumpa. Inti dia kelapa. Ok la, tak manis sangat. Benda yang saya borong banyak ialah ikan pekasam.

buah delima

Kemudian, kami ke Padang Besar pulak. Bukan nak beli apa pun, saja jalan-jalan. Orang ramai, biasa lah Padang Besar mana pernah tak ramai orang. Sentiasa ramai.

Saya beli kacang gajus dan Pistachio. Dua-dua tu sekilo RM34. Mahal kan? Tapi nak beli jugak sebab dah alang-alang sampai sini, lagipun memang itu tujuan saya ke sini, nak beli kacang ni. Dulu harga sekilo baru RM25.

Perlis memang banyak pemandangan yang cantik dan hijau. Tapi sekarang dah banyak pembangunan, agak-agaknya tak lama lagi sawah padi dah makin mengecil. Hilang lah pemandangan hijau yang cantik tu. So sebelum pemandangan itu pupus, lebih baik snap gambar dulu kan. Nanti 10 tahun lagi boleh compare..hehe.

Sawah padi di merata-rata. Tak jemu mata memandang, sejuk je tengok.

Lepas balik dari Padang Besar, kami pergi semula ke Kuala Perlis untuk makan laksa Perlis. Kedai yang popular ialah restoran Kak Su. Laksa dia sedap, ada kuah cair, ada kuah pekat. Orang-orang Perlis suka makan laksa dengan kicap.

Haha, jangan main-main, tokei kedai ni siap ada facebook tau.

laksa Perlis

Ini gambar-gambar random yang saya snap disepanjang perjalanan. Orang pelik je tengok kitaorang beria-ria ambil gambar, siap park kereta tepi jalan semata-mata nak snap gambar menarik. Ni pokok bunga rumah sapa ntah, main snap je. Tuan rumah tu tengok aje..haha.

Gambar cili pun saya snap

itik sedang beristirehat di tepi sawah.

Kakak ni tengah memancing ikan kat tali air ditepi sawah untuk buat ikan pekasam. Ikan pekasam yang korang makan asalnya dari sini lah yer.

Tempat ini lah yang paling saya rindu sangat. Peduli la orang keliling nak tengok semacam je, janji dapat ambil gambar kat signboard ni. Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, nama asrama saya. Disini lah banyak kenangan pahit manis, tidur makan semua kat sini. Bergaduh bertekak pun kat sini. Buka puasa ramai-ramai bentang tikar pun kat sini. Joging petang-petang pun kat sini. Semua kat sini lah. Memang tak akan lupa, apatah lagi saya pernah bergaduh yang maha hebat kat sini. Tapi tak mau ingat yang pahit lah, nak ingat yang manis-manis aje. Air mata boleh bergenang kalau ingat balik.

Ini empangan air di Timah Tasoh. Singgah sekejap snap-snap gambar masa on the way balik dari Padang Besar. Cantik tempat ni, tapi tak boleh masuk. Ambil gambar dari luar je.

lagi gambar di Timah Tasoh

lagi..

lagi..

dan lagi..

Hari dah makin petang, nasib baik tak hujan. Kami bergerak balik, tapi sebelum tu singgah di Changlun, rumah sapa ntah, orang kampung Fad. On the way ke Changlun tu lalu kat Pauh dan nampak lah kampus Unimap sedang dalam construction. Dulu kata tahun 2010 akan siap, tapi ni dah nak masuk 2011 dah. Tapi ok la kira ada improvement juga la projek ni. Bila kampus ni dah siap sepenuhnya saya nak datang lagi untuk tengok..hehe, kalau panjang umur lah. Sekarang kampus Unimap bersepah-sepah kat Perlis tu. Merata tempat ada bangunan Unimap.

Nice journey, nice view. InsyaAllah, kalau umur panjang dan ada masa mungkin saya akan kembali ke Perlis lagi. Lain kali kalau pergi boleh singgah Gua Kelam pulak.


8 comments:

Kay said...

trip ke gua kelam, jgn lupakan kami!

Julie Shahril said...

kay: tu ntah bila la,tp kalo nk gi ramai2, aku on aje.masa duk sana dlu xde plk aku teruja nk gi gua kelam,skg baru nyesal..hehe

june said...
This comment has been removed by the author.
june said...

reminiscence.. seronok ek

Anonymous said...

best kan jln2 ke tempat jatuh lagi dikenang :)

Julie Shahril said...

june: mmg seronok,teringat balik kenangan dolu2..

whooz: tmpt jtuh,tmpt lepak,tmpt tido mkn smua lah..kena buat lawatan 2-3 thn lg..hehe

kfaisal said...

tak singgah kat ikan bakar lynda ke?? layang jenahak bakor..

Julie Shahril said...

blurr: ikan bakar lynda tu kt mana pulak?