Saturday, December 4, 2010

drama melayu tipikal

Aku terperasan dalam drama-drama melayu selalu menggunakan nama atau watak atau karektor yang sama. Mungkin penulis skripnya adalah orang yang sama, tapi kalau dah selalu sangat buat benda yang sama, aku nak gelak jugak. Contohnya:

1) Kalau orang gaji mesti nama dia kalau tak 'Mak Som' mesti 'Mak Jah'.

2) Orang kaya mesti anak dia sorang je (anak tunggal), kalau tak lelaki, mesti perempuan. Tapi yang pasti anak mesti sorang.

3) Orang kaya selalu ada satu penyakit iaitu sakit jantung. Masa sakit menggigil-gigil cari ubat, dapat je ubat terus makan dan automatik sakit terus hilang. Magik kan?

4) Kalau watak perempuan kampung, mesti naif, lemah gemalai sesangat, ayu dan sopan. Gadis kampung itu akan jatuh cinta dengan hero bandar yang pada mulanya ego dan malu nak mengaku yang dia dah jatuh cinta pada perempuan kampung tu. Haha.

5) Kalau orang kampung, pekerjaannya kalau tak nelayan mesti pesawah.

6) Aziz Singah kalau berlakon mesti watak dia adalah 'datuk'. Haha. Tak pernah aku tengok dia berlakon watak lain contohnya watak lelaki tua gila ke, perompak ke.

7) Di ofis, datuk begitu sibuk kononnya, tapi meja dia bersih je, tak ada fail atau kertas yang bersepah yang menunjukkan dia benar-benar sibuk. Kelakar kan. Ada sekali tu dia mengadap komputer, tapi komputer tu shutdown. Kah kah.

8) Mekap. Part ni paling aku tak berkenan dan kelakar yang amat. Takkan la dah nak tidur pun mekap masih tebal kat muka? siap pakai lipstik dengan maskara. Logik la sikit. Pakai baju butterfly, baring kat katil dengan lipstik dan maskara.

9) Solat. Pun sama, takkan berlakon tengah solat pakai mekap?

10) Kalau Jasmin Hamid berlakon jadi perempuan tua, mukanya memang nampak tua, tapi jari jemarinya masih cun melecun siap ada kuku panjang.


Ini saja lah pemerhatian aku pada drama-drama melayu tipikal. Sangat kelakar kadang-kadang. Aku masih ingat lagi Eja berlakon watak sakit dah nak mati tapi maskara still melentik kat mata dia. Nak mati pun sempat bersolek ke. Buat aku gelak je la.




2 comments:

Kay said...

yg jadi perempuan kampung tuh rambut merah

Julie Shahril said...

kay: betol2...