Pada 11 Januari yg lalu, seperti yang dirancang dan dibincangkan melalui bepuluh-puluh email, akhirnya impian menjadi kenyataan. Kami 8 orang, perempuan kesemuanya iaitu saya, Nurul, Yat, Fad, Adik, Kay, Huz dan Athirah selamat berlepas ke Mulu menaiki pesawat AirAsia. Oleh kerana AirAsia tidak ada flight direct ke Mulu, jadi kami transit 1 hari di Miri.
Kami berpecah kepada 2 kumpulan dimana saya, Fad, Nurul dan Kay menaiki flight sebelah pagi iaitu pukul 7.10am, manakala yg lain berlepas sebelah petang. Kenapa kami berpecah? kerana tiket flight la, masa si Nurul nak booking ada sikit problem, so terpaksa lah kami berpecah. Takpe lah yg penting kami semua selamat pergi dan balik.
Alhamdulillah, penerbangan kami berlancar lancar, tiada delay. Syukur. Pada mulanya macam tak best sebab dapat tiket pagi-pagi buta, maklum la lagi 4 orang tu tengah syok tidur, tapi kami dah kena bergegas pergi airport sebelum subuh untuk check in.

Then tempat pertama yg Nurul bawa kami ialah makan laksa sarawak. Oleh kerana si Nurul ni pernah kena transfer ke Miri selama 3 bulan, jadi dia tahu kat mana laksa sarawak yg sedap. Ternyata memang sedap. Two thumbs up!! Saya hirup kuahnya sampai licin. Kalau boleh tapau, rasa nak tapau. Saya pernah makan laksa sarawak sebelum ni di KL iaitu di restoran Laksa Shake, tapi tak sesedap laksa yg ni. Jauh bezanya. Sangat sedap. Terima kasih la cik Nurul kerana bersusah payah membawa kami makan laksa sarawak yg lazat ni. Kepada kawan kami yg flight petang tu tak sempat nak merasa la...jangan jelessss.
Oleh kerana kami dapat makan laksa sarawak dan jalan-jalan, kami bersyukur sangat2 dapat tiket flight pagi. Terima kasih cik Nurul.

Actually warung laksa ni terletak di tengah-tengah padang golf. warungnya kecik aje, nak kesana kena merentas padang golf. Hati-hati la kalau nak merentas tu sebab takut terkena bola. Haha. Cuaca sangat baik ketika ini, alhamdulillah tak hujan.
Dah kenyang membedal laksa, on the way nak balik merentas padang golf tu kami sempat lagi snap gambar. Actually orang kat sini tak bagi snap gambar sebab diaorang takut terkena bola. Arghh...aku tak peduli. Nak amek gambar jugak. Berjaya juga lah snap 3-4 keping. Jadi la daripada takde langsung.

Harga baju-baju di Miri ni tak ada la mahal mana pun, lebih kurang sama je macam kat KL. Saya pun hampir-hampir terpedaya, tapi bila memikirkan beg yg sedia ada tu dah berat, nak tambah lagi dengan baju or seluar baru, tak payah lah.

Mengikut sejarah, Miri adalah tempat telaga minyak terawal di Malaysia. Jadi sebagai memperingati telaga minyak pertama ini, satu monument dibina. Seperti biasa lah kami terus berposing dan berpelukan dengan patung-patung ini. Best juga peluk patung..ekekeke.

Saya tak sure lah kenapa dinamakan the grand old lady. But the 4 of us still young...itu yg penting hokeyy.



Hari dah makin gelap. Kejap lagi Nurul dah amek kawan kami yg flight petang tu kat airport pulak. Kesian diaorang, flight delay. Kesian diorang tak dapat makan laksa sarawak...ekekeke. Kesian diaorang tak dapat peluk patung..hehehe. Jahat aku kan. Gurau aje...what ever..what ever..


Bersambung...
7 comments:
Laksa tu mengiurkan. Masa pegi Kuching tak sempat nak merasa laksa kat sana. Laksa Sarawak @ laksa shack was ok=ok je.
Berbulu je tengok gambar Mulu korang ni.
next trip minta nurul book kan tiket semua orang pagi ye :P
Sama-sama...asal kn korang enjoy
Wei hari tu semua org patut dpt flight ptg tp aku ade skit kesilapan technical tu yg terbook pagi....anyway kalu xde aral melintang next trip insyallah aku bw korang plak yea jalan2
xde mase wei nk update apa2pics n storey...busy...hari2 pun balik mlm :-(
best laksa sarawak tuh!
miza: lepas mkn laksa shake yg so-so tu aku x pnah ada keinginan nk mkn laksa swak lg,hingga la kt miri haritu,nasib baik rasa dia mabelesss..teringat2 plk nih.
aku nk tggu gmba ko gi gunung irau...
whooz: next trip? gunung mulu? yeahhh...pastikan smua dpt tiket pagi hokeyyy
fiza: bgus la ko 'terbook' pagi..hehe,kalo x tak dpt mkn laksa n jln2.
Salam, nak tanye...
brape rate utk park hotel tu eh.. igt nk stay kt miri jgk satu malam, so nk carik yg betul2 murah.. heheheh
paiz: rate lebih kurang rm85-rm100, bleh check kat sini http://www.parkhotelmiri.com/ , kitaorg amek bilik yg ada 2 katil besar tu.
Post a Comment