Thursday, February 24, 2011

iktiraf

Kesian aku...kalau pergi interview kat Runhill or Technip dah memang sah-sah kena reject sebab tak ada BEM. What to do? Aku dah register BEM 2 tahun lepas, tapi oleh kerana ada masalah teknikal dan masalah dalaman lain, BEM aku dan ramai lagi yang lain pending. Unimap ni pun satu, aku ada dengar banyak cerita pelbagai version pasal universiti ni. Nak cerita detail karang takut aku kena saman pulak...hehehe.

Pilihan yang ada ialah kena ambil master. Master apa? Masterchef ke? hahaha. Atau pun kena ambil additional paper dengan Unimap untuk melayakkan diri didaftar dengan BEM. Aduhai...seksanya jiwa raga. Yang company aku ni pulak dah sibuk-sibuk mintak BEM registration number. Ermm...

Tiba-tiba aku teringat salah sorang Project Manager pernah cakap kat aku, dia kata dia tak akan ambil exam IR. Alasan dia....apa penting sangat IR tu...it's just a name. Yang penting you boleh buat kerja.

So sekarang, aku nak tanya, apa penting BEM tu? Ianya sebuah pertubuhan untuk mendaftar jurutera-jurutera di Malaysia ini. Kira macam jurutera berdaftar yang di iktiraf la. Maknanya aku ni jurutera yang tidak di iktiraf. Oh ya...dah banyak projek jugak aku buat, dah banyak dokumen aku prepare, cuma aku bukan jurutera yang di iktiraf. Kira kalau tengok dalam senarai beribu-ribu jurutera di Malaysia ni, nama aku confirm tak akan ada, seolah-olah aku tak wujud. Arghhh...sedih.

Aku memang berniat nak ambil master. Pernah ricky2 universiti mana nak ambil, but the problem is sapa nak tanggung pengajian aku tu? dari segi masa pulak, aku rasa buat masa sekarang aku agak sibuk, sibuk dengan kerja, sibuk beraktiviti luar....ermm, kena manage time kalau betul-betul nak amek.

Takpe...takpe...boleh pikir lagi.....tenang-tenangkan diri....



3 comments:

Kay said...

hmmm... aku pernah buat registration ngn BEM, tp ntah cemana smpi skrg nama aku tak berdaftar... tp sbb aku pn dh jadi engineer dh, aku pun dh tak kisah semua tuh...

ada org register dgn BEM dan IEM tu sbb nak amik xm IR... ada org just nak tunjukkan ko adalah seorg jurutera profesional yg berdaftar... tp, ada jek jurutera yg tua, tak daftar pun BEM & IEM ni...

sebenarnya tatau nak komen cemana, cuma, bg aku yg pernah menganjurkan seminar BEM & IEM kat usm dulu, daftar2kan la diri anda...

SuzieLAWAti said...

ntah la julie...tu suma telah di tetap kan kalau nak jadi enggineer kat company consultanat mesti ade BEM register nih....
hemmm...usah kata awak..k.su ni lg la....
dah la dalam org chart nama "senior engineer" walau pon bukan...
pastu dah bape project lepas dah...tak penah client tanyer.."eh..budak nih x dek BEM register x bole masuk project nih..."
laku jerk la pulak nama aku tuh...nape tak buh name org len yg dah ter register tuh....
hangin.....
sabo jerk la...

Julie Shahril said...

kay: aku tau BEM ni penting walau ada yg x register smpai tua,cuma bila dh lama2 jdi boring,psl univ aku tu la,dlu2 kata akan setel mslh,tp x setel juga, last2 di tetapkn kena amek additional paper or amek la master.ckp awal2 dlu kan sng,abes degree terus smbung master,setel mslh,xde la aku duk mnunggu.pastu skg nk lari tmpt keje lain dh susah,most consultant required BEM, smpai tua la aku kt comp nih...hehehe

kak su: hehehe...kalo dh nama 'senior engineer' gaji pon mesti standard 'senior' jugak kan...tp mslhnya....hehehe...sndiri fhm la.Kita rasa benda ni utk rekod je kot,tp kalo lepas ni nama k.su xde tu suh la org lain buat hvac...hehe