Monday, March 21, 2011

unknown

Unknown mengisahkan seorang lelaki bernama Dr. Martin Harris datang ke Berlin bersama isterinya Elizabeth Harris untuk menghadiri satu persidangan. Semasa tiba di lapangan terbang, briefcasenya tertinggal. Semua pengenalan diri termasuk pasport ada didalam briefcase itu. Dr. Martin Harris bergegas semula ke lapangan terbang untuk mengambil briefcase itu dengan menaiki teksi yg di pandu oleh seorang perempuan bernama Gina.

Dalam perjalanan ke lapangan terbang, teksi yg dinaiki oleh Dr. Martin Harris mengalami kemalangan dan dia telah koma selama 4 hari. Kesan dari kemalangan itu juga Dr. Martin Harris hilang ingatan. Setelah sedar dari koma, Dr. Martin Harris hanya mengingati namanya, isterinya dan untuk tujuan apa dia ke Berlin. Dia bergegas mendapatkan isterinya semula tetapi yang mengejutkan ialah isterinya sendiri tidak mengenalinya. Yg lebih suspen, ada lelaki lain yang mengaku bahawa dia lah Dr. Martin Harris.

Pada aku movie ni menarik. Kali kedua aku hampa tak dapat tengok Merong Mahawangsa, so this time I have chosen to watch this movie. Dari mula sampai akhir, otak aku tak berhenti berfikir apa akan berlaku seterusnya, kenapa ada lelaki lain menggunakan identiti dia dan kenapa isterinya sendiri tidak mengenalinya. Bila dah last-last tu, owhhh... ok, baru tahu kenapa jadi macam tu.

Bila lah agaknya aku dapat tengok Merong ni....


2 comments:

SuzieLAWAti said...

da la aku tak tengok..len kali bagi ler sinopsis tu abis...
so..x yah la aku tgk ...hehehehee

Julie Shahril said...

kak su: malas la nk taip pjg2...jari jemari letih..hehe